bab 30

1.8K 170 23
                                    

      Diana dan Leona berjalan menuju ke belakang dewan untuk menjalankan tugas. Tadi waktu mereka keluar dari kelas pun Adrian melambai-lambai kat Diana tapi Malique pula pura-pura menangis sebab tak dapat rehat bersama Leona. Drama queen betul tapi kali ni drama king. Leona pulak memaksa Diana jalan cepat sebab rasa tak selesa bila Malique memandang Leona lain macam. Apa nak jadi la dengan dua ekor ni. Dah penat Diana pesan kat Leona supaya jangan bagi harapan tapi dia tu tak nak dengar cakap.

      "Eryna, Leona saya nak kamu berdua stay kat sini sahaja. Jangan kemana mana. Faham?!" Sabor kak jangan marah, kami tak pekak lagi. Diana dan Leona mengangguk. Senior itu berjalan meninggalkan mereka.

      Tiba-tiba, Diana terdengar sesuatu. Ada benda pecah. Ada murid ke yang tidak pergi canteen? 

      "Leona, kau stay sini jap. Aku rasa aku terdengar something la." Leona memandang Diana pelik, bunyi apa pulak dah.

      "Kau mana boleh pergi dari sini. Nanti senior tu datang kat sini pastu dia nampak kau tak ada kat sini. Aku nak jawab apa?"

       "Kau cakap la aku terdengar something aku nak pergi check." Diana terus berjalan meninggalkan Leona dibelakang dewan itu. Leona dah mengaru kepalanya yang tak gatal. 

       "Buat hal la pulak, Diana ni. Aku nak jawab apa kat akak senior tu nanti. Aduh!!!" Leona memerhati Diana berjalan meninggalkan dia berseorangan di situ.

       Diana jalan pelahan pelahan, apa la budak tu buat kat belakang dewan ni? Omel Diana di dalam hati. Bunyi itu semakin dekat semakin jelas seperti ada manusia yang tengah mendengar lagu. Lagu Queen, We Will Rock you. Diana berjalan dengan semakin laju dan toleh sedikit ke kanan. Ternyata tiada sesiapa. Tapi Diana rasa dia mendengar sesuatu. Diana berjalan menuju kawasan itu. Kawasan itu agak terpencil. 

       Sampailah dia berada bersebelahan dengan pintu usang. Pintu itu sangat usang, pintu itu diperbuat menggunakan kayu dan kayu nya telah dimakan anai-anai. Kenapa pintu ini tidak ditukar? Diana rasa agak teragak-agak untuk memulas tombol pintu itu. Tangannya berpeluh. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang bersembunyi disebalik pintu itu. 

       Diana memulas tombol pintu itu dan terus menarik pintu itu cepat-cepat. Ternyata tiada ada apa-apa disebalik pintu itu. Hanya terdapat mop lama dan penyapu lidi. Diana berjalan ingin memasuki ruang itu,

      "Eryna! Apa yang kamu buat kat sana tu? Saya suruh kamu jaga kat situ sahaja kenapa kamu dekat sini pula." Diana menutup pintu tadi dan berjalan menuju senior itu.

      "Maafkan saya, tadi saya rasa saya terdengar something rupa-rupanya tiada apa- apa."

      "Hmm, kamu berdua boleh masuk kelas sekarang."

       "Kenapa akak? Kami tidak lepas ke menjadi pengawas?" Soal Leona.

       "Bukan macam tu, cuma guru-guru akan berlangsungkan meeting sebab itu pengawas baharu perlu berada di dalam kelas masing-masing dan pengawas senior akan ronda sekolah untuk pastikan pelajar semua masuk kelas." Diana dan Leona hanya mengangguk.

       "Baiklah kalau macam tu, kami pergi dulu." Diana menarik tangan Leona untuk bergerak menuju kelas mereka. Senior pun pergi juga dari situ.

______________________________________

       "Kenapa kau tak tunjuk je kat dia tadi?"

       "Tadi bukan masa yang sesuai."

      "Tak sesuai apa ye, penat aku pecahkan kaca ni tadi."Jejaka itu mencangkok melihat cebisan kaca bersepah di atas lantai. 

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now