bab 32

1.7K 173 28
                                    

    Dari awal Diana dan Leona masuk ke kelas hinggalah waktu rehat, satu kelas memalaukan mereka. Diana dan Leona tidak terkejut tetapi Diana sahaja yang kena. Kenapa Leona juga dipalaukan? Dia tidak ada pun dalam gambar itu. Diana curi-curi pandang kawan-kawannya. Diana hanya cuma ingin berbaik semula dengan kawan-kawannya iaitu Juli, Jasmin, Malique dan juga Adrian.

    "Class, kelas bersurai. Kamu boleh pergi rehat sekarang, makan la puas-puas." Ujar guru mata pelajaran sejarah.

    Diana dan Leona mengemas barang-barang mereka dan ingin cuba berbaik dengan mereka. Walaupun dalam gambar tu terdapat Diana dan Aaron tetapi hanya Diana dibenci. Fans Aaron kebanyakkannya perempuan, jadi perlu ke dia nak terangkan lagi. Diana kan perempuan mestilah jadi musuh kepada perempuan. 

    Diana berjalan menuju ke tempat Juli, Jasmin, Malique dan Adrian. Senyum diukir di bibir. Leona dan Aaron memerhati Diana dari jauh sahaja, bukan tak nak masuk campur cuma biarlah Diana handle sendiri.

    "Hai korang, aku nak cakap sikit boleh?" Diana cuba memulakan perbualan yang mngkin menjadi yang terakhir perbualan mereka.

    "Sure, nak cakap apa Eryna?" Jasmin sahaja yang senyum kepada Diana. Kenapa lah Jasmin ni baik sangat?

    "Tak perlu kot nak explain kat kitaorang apa yang berlaku. Bila kau cakap sikit tu pun aku dah tau kau nak cakap pasal viral kau tu kan?" Jawab Malique. Malique memandang Diana atas bawah kemudian tersenyum sinis. Diana hanya mendiamkan diri tidak mampu untuk membalas. 

    "Dah la jom kita pergi makan daripada tunggu perempuan ni nak cakap." Malique menolak badan Adrian untuk bergerak pergi. Diana tak nak mereka pergi Diana berlari dan mendepa tangan kerana ingin menerangkan segala salah faham itu.

    "Bagi la aku terangkan dulu."

    "Okay go on." Adrian hanya mendiamkan diri.

    "Aku dengan Aaron pergi situ bukan sebab aku ni murah tapi ada sesuatu yang berlaku kat situ."

    "Apa yang berlaku?" Diana terdiam. Dia nak cakap apa, takkan la dia nak cakap yang dia pergi situ sebab dia terdengar bunyi dan ternyata dekat situ lah bilik bawah tanah. Gila ke apa?

    "Sebab itu aku kena rahsiakan. Tapi percaya la aku tak buat semua tu kalau kau tak percaya kau tanya Aaron." Aaron baru sahaja nak buka mulut tapi

    "Kau tak perlu lah nak libatkan orang lain dalam hal ni. Aku tahu Aaron ada dekat situ tapi yang aku marahkan sekarang ni kau mempermainkan perasaan Adrian."

    "Listen, aku tak ada hubungan langsung dengan Aaron."

    "Menipu, kerja kau menipu je kan, Eryna." Diana menahan amarahnya kenapa Malique ni nak marah-marah dia je.

    "Buat apa aku nak menipu."

    "Memang kerja kau sikit menipu je. Dulu viral jugak kes kau dengan Aaron berdua-duaan dekat mall tu, pastu kau cakap apa 'kerja berkumpulan'. Kali ni viral lagi sekali dengan orang yang sama lagi tu. Kau rasa orang akan percayakan kau lagi. Entah-entah, kau berkawan dengan kitaorang berempat ni sebab nak gunakan kitaorang je. Lagi-lagi Adrian, kau rapatkan diri kau dengan Adrian untuk kegunaan kau je kan. Dasar sampah."

    "Aku buat semua tu untuk selamatkan kingdom." Jawab Diana. Diana dah penat di fitnah macam ni. Sakit betul hati ni.

    "HAHA, kau fikir kau tu Princess Diana. Walaupun state kau rapat dengan Alfa Kingdom tapi kau bukan Princess Diana. Perasan jugak kau ni kan. Bodoh jugak aku ni percayakan kau selama ni. Dah la murah, tak ada harga diri pulak tu. Pastu perasan diri tu Princess Diana. Kau memang bodoh. Dah la jual diri. Let me guess kenapa kau jual diri, sebab kau nak duit Aaron kan. Ye la Blue State kan state paling miskin. Jadi kau kena la cari duit gunakan tubuh kau." Diana terasa dengan apa yang Malique cakapkan. Sakit betul hati ni.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now