bab 34

1.8K 206 26
                                    

    Tiga jam sudah pun berlalu, Diana masih lagi memikirkan barang yang berada dalam tong sampah. Kenapa barang tu ada dalam tong sampah? Siapa pemilik barang tu? Tapi ramai sahaja ada barang tu. Serabut Diana dibuatnya. 

    "Tuanku, Cik Leona. Kita sudah sampai ke istana." Ujar pengawal itu.

    "Mason." Diana memanggil pengawal yang duduk di kerusi hadapan. 

    "Ye, tuanku." Pengawal itu menoleh sikit kepalanya tetapi tidak melihat langsung wajah Diana.

    "Ada sesiapa tahu yang kami kena buang sekolah?"

    "Tak ada, tuanku. Saya bagi alasan lain tadi tapi saya tak beberapa pasti sekarang. Mungkin pihak sekolah sudah menghubungi Encik Lewis." 

    "Baiklah. Nanti ambil beg aku dengan Leona sekali. Aku nak masuk istana dulu." Arah Diana. Leona sudah membuka pintu kerana tidak sabar ingin kembali ke bilik kesayangannya. Pintu Diana pula dibuka sendiri secara automatik. Sebenarnya, pintu Leona pun boleh dibuka secara automatik tetapi Leona sudah tidak sabar jadi dia pun lupa yang pintu itu automatik.

    "Leona!"

    "Ye."

    "Jangan cakap kita kena buang. Diam-diam dulu. Aku tak nak Queen Dona risau."

    "Okay. Tapi nanti kalau terkantoi macam mana?"

    "Tak apa, nanti pandai-pandai la aku handle." Leona hanya mengangguk lalu berlari masuk ke istana.

    Diana dan Leona memasuki istana Alfa Kingdom. Semua pekerja di dalam istana memandang Diana dan Leona, pelik. Ye la, sepatutnya mereka berada di sekolah tetapi mereka pulang ke istana. Diana hanya berjalan menuju ke biliknya, Leona pula hanya mengekori Diana dari belakang tanpa mengetahui Diana ingin ke mana.

    "Tuanku." Panggil salah satu dayang di situ.

    "Ye."

    "Tuanku, okay?"

    "Okay. Why?"

    "Kalau tuanku okay, kenapa tuanku kat istana sekarang bukan sepatutnya tuanku kat asrama Royal of Alfa Kingdom ke?" Diana mengeluh. 

    "Aku ada hal sikit sebab tu aku balik. Korang tak perlu sibuk hal aku, buat je kerja korang. Aku okay." Walaupun Diana ni princess of Alfa Kingdom, dia masih lagi ada hormat terhadap orang yang lagi tua daripdanya.

    "Baik, tuanku."

    Diana menyambung perjalanannya menuju ke biliknya. Dia sebenarnya tak nak bertembung dengan ahli keluarganya nanti habislah sejuta soalan akan keluar. 

    "Leona, aku nak pergi bilik aku ni. Jalan cepat, aku tak nak kau bertembung dengan ayahda, bonda, abang aku, Leo dan juga Lewis. Faham." Leona mengangguk dan dia mempercepatkan langkah. Diana jalan dengan lajunya ke bilik dan misinya berjaya. Dia rebahkan diri di atas katil empuk yang dibeli di Caspian Kingdom. Caspian Kingdom terkenal dengan perabotnya yang serba mewah dan berkualiti tinggi. Kebanyakkan Kingdom mesti akan membeli perabot di Caspian Kingdom.

    Diana berfikir dia patut memberikan alasan apa untuk tidak disoal dengan sejuta soalan oleh Queen Dona. Kalau cakap dia sakit nanti mesti Queen Dona memaksanya ke hospital. Kalau cakap dia perlu berbincang sesuatu dengan Lewis, nanti mesti ayahda akan menanyakan topic itu. Aduh, nak cakap apa ni? 

    Tak akan nak berterus terang sahaja, nanti Queen Dona mesti sedih. Tapi tak akan la nak menipu. Sampai bila? 

    Akhirnya, Diana tertidur sambil penat berfikir apa yang patut dia cakapkan.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now