bab 55

1.6K 206 36
                                    

    Hari ini merupakan hari perkhawinan Adrian dan Amara Ames, jadi Diana pelan ingin berjumpa dengan Adrian dan mengucapkan tahniah. Diana meminta Leona untuk mengajak Adrian, Malique, Jasmin, Aaron dan pengetua Henry berjumpa di tempat yang agak tertutup. Diana tidak beritahu kepada rakyatnya lagi yang Diana masih hidup.

    Diana akan memberitahu pada hari yang sesuai. Suatu hari mungkin. Diana hanya memakai gaun berwarna hitam labuh dan rambut dilepaskan. Diana juga memakai subang dan rantai, kasut heel itu juga berwarna hitam. Hanya ringkas. 

    Leona, Leo, Lewis dan Rowan juga ikut ke majlis perkhawinan itu dan kini mereka di dalam perut kereta dan sedang menuju ke istana Gold State. Mereka dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja memandang Diana yang sedang membetulkan makeup di mukanya. 

    Diana sedar dia diperhatikan oleh tiga manusia yang naiki kereta itu sekali dengannya. 

    "Korang asal tengok aku macam tu?"

    "Tak ada. Mana ada tengok." Balas Leona. Tapi dalam hati Leona ingin sahaja menanyakan hal itu.

    "Aku okay. Dah tak ada jodoh aku dengan dia, nak buat macam mana." Diana tahu mereka memikirkan perasaan Diana. Tipu la kalau Diana cakap dia tidak sedih tapi dia perlu pura-pura kuat. Itu kan kelebihan Diana.

    "Betul?"

    "Betul Leona."

    "Okay." Diana tengok Leona yang berada di hadapannya. Leona yang tahu Diana sedang  memandangnya hanya mengangkat kening.

    "So, macam mana kau boleh couple dengan Malique?" Leona terkejut mendengarnya. Leona memandang Leo dan Lewis kemudian mereka terus menggeleng menandakan mereka tidak beritahu Diana.

    "Macam mana kau tahu?" Soal Leona. Leona baru sahaja nak buat surprise. 

    "Aku tengok kat media sosial la. Aku tahu semua perkembangan korang tahu. So tell me. Macam mana kau boleh berubah hati?" Diana sangat teruja untuk menyoalkan soalan itu. Lama Diana tunggu Leona bagitahu yang dia sudah berpunya tapi sampai ke sudah Leona tidak bagitau.

    Jadi dia pun ambil keputusan untuk menyoalkan perkara itu.

    "Lepas sahaja kau mati tapi tak mati pun, aku jatuh sakit. Malique la yang jaga aku tapi waktu tu aku memang bekukan hati. Ye la, kau baru je pergi kan. Aku dengan Malique terus rapat. Dalam beberapa tahun lepas tu, dia yakinkan aku yang dia boleh jaga aku. Jadi, aku terima je la." 

    Leona hanya buat riak wajah bersahaja tapi Diana tahu Leona malu.

    "Kau suka Malique jugakkan sebenarnya?" Sakat Diana.

    "Mana ada. Aku just malas nak cari boyfriend lepas ni. Malique dah offer aku pun okay je la."

    "Ye ye je kau. Kau fikir aku ni bongok tak tahu." Diana mengecilkan mata memandang Leona yang sudah give up.

    "Ye la, memang aku suka dia. So what?!"

    "You are lucky. Akhirnya ada juga manusia yang nak jaga kau yang anti lelaki ni." Diana duduk bersilangkan kaki. Leona juga sama. Leona hanya mengangguk tanda setuju.

    "I can't deny it."

    "Stop talking about us. Diana, kau langsung tak bagitau kitaorang lagi siapa Rowan tu?" Leo yang dari tadi mendiamkan diri kini mengeluarkan suara. Dari bulan lepas dia menyoalkan siapakah jejaka tampan itu tapi Diana selalu mendiamkan diri. Lewis dan Leona juga turut tertanya-tanya.

    Rowan yang berada di seat hadapan tidak mendengar perbualan mereka langsung dia tetap berbual dengan pemandu itu.

    "Dia tu manusia yang selamatkan aku."

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now