bab 38

1.7K 193 23
                                    

    "Diana, kau dah siap ke?!" Jerit Leona di luar pintu bilik Diana. Sejak kemenjak ni Diana selalu lambat selama ni dia lah yang paling cepat siap sekali.

    "Dah." Pintu bilik Diana dibuka secara automatik. Leona di luar terkejut tiba-tiba pintu itu terbuka.

    "Jom, kita dah lambat dah." Leona jalan dahulu dan Diana berjalan di belakang Leona. Leo, Lewis dan Aaron sudah berada di dalam kereta. Hari ini Diana berpakaian sangat lah mudah. Berseluar palazzo berwarna putih dan dipadankan dengan crop top berwarna putih. Dia tidak lupa jacket panjang sampai lutut juga berwarna putih. Temanya memang putih hari ini. Rambut pula dibiarkan lepas. 

    Diana jalan menuju ke kereta di hadapan pintu utama. Diana memasuki perut kereta.

    "Pukul berapa start?" Tanya Diana sambil tangannya ralit memakai jam tangan Hermes milik abangnya. Dia masuk senyap-senyap mengambilnya bukan mencuri ye cuma dia pinjam tanpa meminta.

     "Pukul 10." Jawab Leo. Semalam cikgu Tom ditangkap di Club Safari selepas dia melarikan diri dari rumahnya. Cuba la bijak sikit pilih la tempat yang sesuai untuk bersembunyi, ni club juga jadi pilihannya. Kereta itu melunsur keluar dari perkarangan istana itu. Suasana di dalam kereta itu sangat itu sunyi. Mereka sampai di mahkamah agak lewat kerana parking. Satu basement diaorang cari parking akhirnya letak kat tempat orang kurang upaya. Sorry la, terpaksa. Dah tak ada pilihan. Kesian Aaron kena pura-pura jadi orang kurang upaya.

    "Cepat la Diana. Cuba la lari sikit." Diana tidak peduli malah dia jalan juga. Alah lambat sikit je pun, tak jadi masalah lah. Lebih kurang 15 minit berjalan, mereka masuk ke dalam bilik tempat cikgu Tom dibicarakan. Diana, Leo, Aaron, Lewis dan Leona duduk di tengah-tengah tidak dihadapan sangat tidak dibelakang sangat. Mereka mendengar segala perbualan itu. Lawyer cikgu Tom cuba sebaik yang boleh untuk membela cikgu Tom tetapi tidak ada sesuatu pun yang boleh kalahkan kebenaran. Kau berduit sekali pun tak semestinya kau boleh menang kalau kau memang dah salah.

    "Encik Tom Hank, kamu nak cakap apa-apa?" Ujar hakim itu.

    "Saya tidak rogol anak murid saya. Mereka yang membuat pilihan untuk melakukan persentuhan dengan saya."

    "Kamu yang buat anak murid kamu tiada pilihan." Jawab pendakwa itu. Kes kali ini agak baru dengannya. Pendakwa itu mempunyai anak perempuan mungkin sebab itu dia faham perasaan ibu bapa anak-anak yang menjadi mangsa.

    "Tak, saya tak rogol. Mereka yang nak bersentuhan dengan saya. Saya cakap benda betul. Jadi tolong la lepaskan saya."

    Diana dah muak tengok muka yang pura-pura suci itu. Kalau dah salah tu, salah je la.

    "Rape is about violence not sex. If a person hits you with a spade you wouldn't call it gardening." Semua orang di dalam bilik itu terkejut bila ada suara orang yang tidak dikenali bersuara di dalam bilik itu.

    "Maaf miss. Who are you?" Soal hakim itu.

    "Saya Princess Eryna. Saya lah yang report Tom Hanks." Cikgu Tom terkejut bila dia mendengar Diana lah yang report pasalnya. Dia tidak sepatutnya memperlekehkan bila Diana berkata begitu.

    "Saya ada bukti lebih lagi untuk menunjukkan persalah bersalah." Diana berdiri dan berjalan ke hadapan. Dia berhenti bila dia hampir terlanggar pagar kecik yang memisahkan tempat dibicarakan dan penonton.

    "Maaf miss. Miss tak boleh terlibat dalam berbicaraan ini." Pendakwa itu berhentikan tindakan Diana sebelum Diana menyambung tindakannya.

    Diana mengangguk dan angkat kedua-dua belah tangannya. Dan memusing badannya.

    "Miss, apa kata kamu tunjukkan bukti yang kamu ada?" Hakim itu berhentikan Diana. Diana tersenyum. Pilihan yang betul. Pendakwa itu tidak memahami apa yang hakim sedang lakukan. Bukankah perkara yang hakim lakukan itu salah dalam undang-undang ketika bicaraan sedang berlangsung?

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now