bab 19

2K 189 12
                                    

     Hari ini cuaca sangat memberikan kerjasama. Tahu-tahu je Diana nak ketenangan. Macam-macam berlaku pada hari ni. Pembuli yang membuli Riki sudah dibuang sekolah. Diaorang tak tahu siapa Diana sebenarnya setakat buang sekolah tu benda biasa la.

     Habis sahaja kelas semalam Diana dan Leona terus naik ke bilik mereka. Diana menerangkan apa yang berlaku kepada Leona dan Diana terus menghubungi Lewis.

______________________________________

     Panggilannya diangkat oleh Lewis.

     "Helo, Diana."

     "Helo Lewis aku nak minta pertolongan kau sekejap."

     "Apa dia?" Diana dengar Lewis tengah menghirup sesuatu.

     "Aku nak kau call pengetua Harry dan suruh pembuli-pembuli tu kena buang sekolah."

     "Pembuli-pembuli tu siapa?" Diana menyebut satu persatu nama pembuli itu.

     "Okay, noted. Ramai betul. Kau nak bila diaorang ni kena buang."

     "Tomorrow."

     "Okay, aku akan cuba usahakan."

     "And one more thing"

     "Apa dia?"

     "Rahsiakan siapa suruh kau buang diaorang and aku nak kau datang sekolah ni soal sekor sekor pembuli siapa yang dia pernah buli. Make sure dia diaorang mintak maaf dekat budak-budak yang diaorang dah buli tu."

     "Okay, nanti aku update kat kau."

     "Okay, great. Bye."

     "Bye."

     "Dah settle dah." Soal Leona yang baru keluar daripada bilik air. Diana bangun dan mencapai tualanya.

     "Dah. Nanti kita mesti jadi orang yang pembuli tu target."

     "Sorry, kita? Sorry tuanku, saya tak ada kena mengena dalam hal buli bulian ni."

     "Iye lah, aku je yang terlibat. Dah tepi aku nak masuk tandas. Kau dah la besar duduk tengah-tengah pintu tandas pulak tu. Tepi."

     "Aku yang kurus keding ni dipanggil besar. Kuang ajar. Selamat kau puteri tau kalau tak dah lama aku sepak." Diana hanya menjelir lidah dan ketawa.

     Malam itu hujan sangat lebat. Jangan habaq la petir guruh semua ada. Tapi time tu la Diana dan Leona lapar siapa suruh tak makan tengah hari tadi. Mereka pun menyarungkan hoodie dan turun ke kedai makan. Selamat kedai makan bukak boleh la nak alas perut sikit.

     "Acik nak order." Leona menggangkat tangan. Dah macam dalam kelas dah. Acik tu pun datang bawak kertas dah macan kedai tomyam dah. (Cerita ni bukan dekat malaysia tapi author dia yang malaysian.)

     "Saya nak lamb chop, satu. Spagetti cabonara, satu dan milo ais satu."

     "Kau makan ke melantak ni, Leona. Kalau boleh order terus satu menu." Leona memandang Diana dengan pandangan yang menyampah.

     "Biar la perut aku. Kau nak makan apa?"

     "Saya nak fish and chip. Air saya nak air suam je." Acik tu mengangguk. "Terima kasih." Balas Diana.

     Leona mengeluarkan telefon bimbitnya dan memandang ke hadapan. Ada susuk manusia yang Leona kenali. Aaron.

    "Diana! Aaron la."

    "Mana?! Panggil la ajak dia duduk sini."

     "Okay. Aaron!" Aaron memandang  Leona dan terus bergegas berjalan menuju ke tempat duduk mereka.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now