bab 36

1.7K 199 38
                                    

    "Tuanku!" Aku berhenti dari meneruskan perjalanan. Aku pusing ke belakang melihat si dia berjalan sambil tersenyum.

    "Apa?" Dia berjalan dengan lebih laju tetapi masih lagi lambat mungkin kerana hari ini ialah hari pertunangan kami. Ramai yang hadir ke istana untuk menyambutnya.

    "Tuanku, nak pergi mana?" Soal dia dengan senyum lebar. Alahai kacaknya, cair hati ni.

    "Nak pergi ambil air kat sana. Kenapa?" Aku melihat dia tidak berhenti senyum dari tadi. Siapa sangka daripada pengawal peribadi hinggalah menjadi tunang. 

    "Boleh tak kalau saya pinjam masa tuanku sekejap? Ada hal saya nak cakapkan." 

    "Nak pinjam sampai esok pun boleh sayang." Saja aku kenakan dia. Dia pemalu jugak orangnya. Tengoklah bila aku bercakap begitu terus dia blushing. 

    "Saya nak ajak tuanku pergi taman bunga." Aku mengangguk. Dia jalan dahulu. Aku terkejut.

    "Xavier!" Dia pusing memandang aku dan berjalan ke arah aku.

    "Kenapa, tuanku?" Dia pandang aku dengan pandangan yang risau.

    "Aku nak pegang tangan. Ni arahan bukan pertanyaan." Aku menghulurkan tanganku dan dia agak teragak-agak ingin menyambutnya. Akhirnya, dia menyambutnya juga. Buat pertama kalinya, aku rasa bahagia kerana cinta yang aku tidak pernah terfikir aku akan dapat memiliki.

    Dia memegang tanganku lembut, mengenggam dengan erat. Aku sedikit-sedikit dekatkan diri dengannya dan memeluk tangannya. Dia terkesima. Pandang aku dengan mata yang terbeliak kerana tidak percaya dengan tindakan yang aku buat. Aku hanya buat tak tahu walaupun jantung ni sudah macam nak tercabut kerana terlalu berdebar. 

    Sungguh aku bahagia, tidak lama lagi dia akan sah menjadi suami aku. Dalam sebulan lagi, dia akan jadi hak aku sepenuhnya. Siapa sangka aku akan jatuh cinta dengan seseorang yang selalu bergaduh dengan aku? Aku pun tak sangka.

    Kami sudah sampai ke taman bunga yang sangat cantik itu. Tempat ini la, tempat aku  melepaskan tekanan dan tempat ini la tempat  si dia melamar diriku. Aku akan pastikan taman bunga ini kekal menjadi tempat kegemaran aku walaupun dalam kehidupan seterusnya. 

    "Tuanku." Dia menarik kerusi yang berada betul-betul ditengah-tengah taman bunga itu. Aku duduk di atasnya dan dia pula duduk di kerusi bertentangan dengan aku.

    "kau nak cakap apa?"

    "Boleh ke saya cakap?" Aku mengerut kening. Cakap je la. Aku hanya mengangguk. "Baiklah. Saya nak cakap terima kasih." Aku pandang dia pelik.

    "Asal kau nak berterima kasih pulak?"

    "Sebab tuanku terima saya. Saya ni tak ada lah sehebat semua lelaki yang datang cuba mengorat tuanku tapi tuanku tetap memilih saya. Saya ingatkan cinta saya tidak terbalas."

    "Aku sebenarnya yang patut berterima kasih dekat kau." Aku makan sebiji anggur yang berada di dalam pingan emas itu. Si dia pandang aku pelik.

    "Kenapa tuanku cakap macam tu? Saya ni buat apa je kat tuanku selama ni."

    "Kau buat satu perkara yang orang lain tak boleh dan tak akan buat." Aku pandang dia dan senyuman aku terukir.

    "Apa dia?"

    "Kau tunjukkan apa itu erti keinginan." Aku pandang mata dia. Cantik, aku harap mata anak aku mewarisi mata dia. "Sebelum kau hadir dalam hidup aku, aku hanya tahu cakap ya sahaja. Aku ikut semua arahan ayahda tanpa aku sedar yang aku ni tidak ada keinginan. Tapi bila kau wujud dalam hidup aku, aku rasa aku tahu apa yang aku nak. Aku jadi manusia yang aku inginkan selama ini iaitu manusia yang ada keinginan. Aku selalu ikut kata ayahda tapi kali ini aku berbantah. Aku rasa aku berubah jadi manusia yang lebih baik."

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now