bab 54

1.5K 180 46
                                    

    "KING ADRIAN FROM GOLD STATE AKAN BERKHAWIN PADA BULAN HADAPAN DENGAN PILIHAN HATINYA, AMARA AMES." 

    Diana hanya pandang kosong kepada pengumuman itu, wartawan itu berada di hadapan istana Gold State. Adrian dan Amara Ames sedang melangsungkan majlis pertunangan secara besar- besaran. Adrian senyum lebar waktu majlis itu berlansung, sama juga dengan Amara Ames. Selepas ini akan mengadakan sesi temu bual menyoalkan segala persoalan. 

    Diana yang sedang menjamu selera di dapur itu juga turut menunggu sesi temu bual itu maklumlah Amara Ames itu merupakan anak jutawan yang digilai ramai. Rupa paras yang innocent dan lemah lembut itu pasti sudah membuatkan para jejaka akan jatuh cinta.

    Tapi dulu ada yang mengatakan Amara Ames itu lesbian dan kini ternyata dia tidak bergitu. Perkerjanya ada yang mengatakan Amara Ames sangat tegas dalam bidang perniagaan. Tak hairan perniagaan milik keluarganya makin maju dan mungkin Gold State juga akan menjadi salah satu pemegang saham terbesar.

    Diana masih menunggu sesi temu bual itu dan akhirnya Adrian dan Amara Ames keluar dari bilik pertunangan itu sambil perpegang tangan dan akhirnya duduk di atas kerusi di hadapan wartawan yang sudah tertunggu itu.

    "Kamu semua boleh menyoalkan soalan." Ujar juru cakap itu. Semua wartawan mengangkat tangan dan salah satu daripada mereka akan dipilih.

    "Kami semua nak tahu macam mana King Adrian boleh berjumpa dengan Amara Ames?" Adrian sudah senyum sediri dan pandang ke arah Amara Ames.

    "Kami berjumpa di universiti, 4 tahun yang lalu. Saya tidak tahu di mana pejabat waktu itu kerana saya tidak mengikuti orientasi jadi hampir 2 jam saya mencari. Kebetulan terserempak dengan tunang saya, dia bawa saya ke pejabat kerana dia pun ingin ke pejabat juga. Jadi saya nak terima kasih saya minta nombor telefon, and yeah kini kami sudah bertunang." Adrian tergelak sikit dengan cerita yang cliche baginya tapi cerita itu lah yang membuatkan mereka berjumpa.

    "Siapa yang luahkan cinta dahulu?" Adrian dan Amara Ames pandang sesama sendiri dan perlahan-lahan Amara mengangkat tangan. Semua di situ sudah menepuk tangan kerana tidak sangka Amara Ames akan lakukan perkara itu.

    "Berani." Tutur Diana seorang diri di dapur sambil makan roti. Diana masih menonton siaran langsung itu.

    "Sebenarnya saya malu nak luahkan pada mulanya tapi saya juga takut kalau Adrian jadi milik orang lain. Jadi tak salahkan kalau saya berani dan luahkan sahaja apa yang terpendam." Wartawan tepuk tangan lagi. Jarang seorang wanita akan meluahkan cinta maknanya dia betul-betul menyukai lelaki itu.

    "Okay next question, adakah majilis perkhawinan King Adrian dan Miss Amara akan mejadi wedding of the year?" Amara Ames terfikir sejenak manakala Adrian hanya memandang Amara Ames dengan senyuman di bibir.

    "Yes, It will." Amara Ames tergelak dengan jawapannya itu, Adrian juga sama. Wedding of the year sebelum itu pernah menjadi milik kakak Amara Ames sendiri jadi dia akan pastikan wedding mereka pula akan mendapat tittle itu.

    "Okay that's all." Wartawan sedih bila mereka hanya mampu soalkan beberapa soalan sahaja. Mereka tidak dibenarkan menyoalkan soalan lebih dari tiga kerana mereka menemu bual seorang raja bukan artis.

    Diana menetup telefon pintarnya dan sambung makan. 7 tahun sudah berlalu sejak Diana tinggal di Flora Kingdom, dia tidak terkejut bila dapat mengetahui Adrian sudah mempunyai kekasih baharu. Umur Diana sudah masuk 24 tahun, di Alfa Kingdom umur 24 sudah mempunyai anak kerana kebanyakkan rakyat akan berkhawin di usia 20 tahun. Tapi ada sahaja tidak berkhawin pada usia 20-an ada juga 30-an. 

    Ramai rakyatnya tidak sambung pelajaran ke university kerana di sekolah sudah memberikan cukup ilmu tapi kerajaan tidak membantah sekiranya rakyat masih mahu sambung belajar. Ikut kehendak masing-masing. 

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now