bab 39

1.7K 218 26
                                    

    Diana berjalan laju ingin memasuki biliknya. Semua dayang yang menegurnya langsung dipalau bukan kerana sombong tapi kerana hatinya remuk, retak seribu. Diana memasuki biliknya dan duduk di atas katil. Dia memegang kepalanya yang pening akibat terlalu banyak menangis. Almaklumlah, istana besar. Dari bilik kerja King Dean ke bilik Diana ambil masa 10-13 minit jugak la kalau berjalan. 

    Diana menangis lagi, dia langsung tidak hairan dengan dayang-dayang yang mengetuk pintu menyoalkan kenapa dia menangis. Buat pertama kali dalam hidupnya, kepercayaan yang dia tidak pernah bina untuk keluarganya runtuh begitu sahaja. Rumah yang selama ini mempunyai tiang lenyap sebegitu sahaja kerana satu getaran bumi. Macam itu lah dengan kepercayaan. 

    Diana berjalan dan duduk di hadapan cermin, dia melihat setiap sudut wajahnya. Baru dia perasaan warna anak mata, warna rambut dan bentuk muka semuanya tidak sama dengan ahli keluarganya. Dia menangis sekuat hatinya. Selama ini dia hidup dalam keadaan ditipu. Dibohongi oleh ahli keluarganya sendiri. Air matanya jatuh membahasahi pipinya dan akhirnya jatuh di atas bumi. Sakit, hatinya sangat sakit. Kenapa dia harus merasakan sakit yang sebegini? The saddest thing about betrayal is that it never comes from your enemies. Dia rasa dikhianati. 

    Dia bukan ingin merasai perasaan itu cuma bila ditipu oleh seseorang yang paling kau percaya dia rasa kau hilang terus perasaan ingin percaya. Diana baring di atas katil, pandang ke atas dan berfikir. 

    'Adakah aku ini sebahagian dari hidup mereka?'

    'Adakah aku ini layak berada dalam keluarga terhebat ini?'

    'Kenapa mereka tipu aku?'

    'Adakah mereka menyanyagi aku?'

    'I got betrayed while my heart was pure. I'll never forget it'

     Diana ingin melelapkan mata. Kadang-kadang kita mesti pelik, kenapa lepas kita nangis mesti kita tidur. Kerana hanya waktu tidur sahaja kita tidak akan fikir masalah yang hadir dalam hidup kita. Bila kita tidur saat itu detik itu lah kita akan ke dunia lain dan mimpi perkara yang indah. Mimpi pulak ialah sesuatu perkara yang kita tidak lakukan dan kita tidak pernah bekerja untuknya.

    Diana sudah penat menangis biarlah dia ingin kembali ke alam yang tiada sesiapa pun yang menyakitnya tapi kadang-kadang tu ada lah. 

______________________________________

    "Tuanku, tuanku tak nak makan malam ke? Atau tuanku nak saya bawakkan makanan ke bilik tuanku?"Soal dayang itu dihadapan pintu biliknya.

    "Aku turun sekejap lagi, ada hal sikit. Tak perlu bawakkan makanan ke dalam bilik."

    "Baik tuanku." 

    Diana sebenarnya tidak mahu makan bersama King Dean, Queen Dona, Prince Damien dan Prince Danish. Dia masih lagi perlukan masa untuk bertenang dan barulah dia boleh menjalankan kehidupan seperti biasa. Dia faham kenapa keluarganya buat begitu. Mesti ada sebab, bukan? Jadi dia perlulah bersangka baik dan memaafkan keluarganya walaupun hatinya tetap ingin memerontak. Diana duduk di atas katil kemudian dia bermain dengan sosial medianya.

    Walaupun sosial media nya baru ada satu follower iaitu Leona tetapi dia tetap rasa dia ada peminat. HAHAH. (author la tu). Dia membaca perkembangan terbaharu dan tiba-tiba account milik Adrian muncul. Mungkin kerana Adrian agak terkenal dalam sosial media. Saja dia melihat sedikit account milik Adrian dan dia menekan stories milik Adrian. Adrian mengambil gambar bersama Juli. 

    Sedih, tidak perlu dikatakan lagi. Menyukai dia tetapi perlu dilepaskan. Sejak dia dapat surat daripada musuh itu, Diana sedar dia perlu berjaga-jaga. Jangan jadi manusia yang memetingkan diri. Tak mati pun kalau tak dapat Adrian. I can't live without you. Water, food, oxygen left the chat. Cinta pertamanya yang dia tidak pernah miliki dan tidak pernah jadi miliknya. Mungkin orang dulu-dulu cakap itu betul, selalunya cinta pertama ialah cinta yang mengajar kita erti cinta bukan menjadi cinta selamanya.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now