Special Chapter

694 54 10
                                    

    "Malique!!!" Terkejut Malique bila mendengar namanya dijerit. 

    "Ye!" Balas Malique.

    "Hari ni Diana balik dari honeymoon." Leona masuk ke dalam bilik mereka. Malique hembus nafas lega. Apa lah isteri dia ni. Diana balik honeymoon je pun. Tu pun nak kecoh.

    "Lepastu? Biarlah diaorang nak balik. Yang kau nak takut tu buat apa?" 

    "Sekarang ni Xyla dengan Davion hilang." Hampir hilang sabar Leona dengan suaminya ini. Malique berdiri secara mengecut.

    "Apa?! Macam mana boleh hilang?!" 

    "Mana la aku tahu. Kenapa la anak dua ekor tu pun ada kuasa jugak. Kita ni manusia biasa je mana ada kuasa." Leona duduk di birai katil. Malique duduk di sebelah dan memeluk bahu Leona.

    "Tak apa la kita kan boleh cari diaorang. Benda simple je ni." Pujuk Malique. Leona memuncungkan bibir.

    "Kenapa la aku nak sangat jaga anak diaorang? Tapi Xyla dengan Davion comel sangat." Leona menutup mulut selepas membayangkan kecomelan anak kawan baiknya. Malique melihat perubahan riak wajah Leona dari sedih ke gembira. Isteri aku ni ada masalah jiwa ke? Entah-enath isteri aku psiko tak? 

     Kalau isteri aku ni psiko, hmm sexy. 

    "Dah tu takkan la kita nak duduk sini je. Jom lah cari diaorang." 

    "Jom." Leona dan Malique berdiri. Baru sahaja ingin memulas tombol pintu, pintu itu sudah terbuka dari luar.

     "Tak perlu cari mereka. Aku dah jumpa dah." Diana berdiri di hadapan Leona dan Malique. Berdiri tegak mereka berdua. Leona memandang Rowan yang berdiri di belakang Diana. Rowan geleng kepala sambil mengerut kening.

     Habis lah mereka. 

     "Aku jumpa anak aku dekat atas jalan raya. Kau tahu tak?" Marah Diana. Leona hanya tersenyum pura-pura bahagia.

     "Bila kau balik ni? Bukan sepatutnya kamu balik tengah hari ke?" Saja Leona tukar topik. Tapi bila melihat wajahnya dipandang tajam oleh Diana terdiam dia dibuatnya.

     "Kami minta maaf." Leona memaksa Malique menunduk di hadapan Diana. Mereka berdiri kembali.

     "Anak aku dah tunjuk ke dia ada kuasa?" Ujar Diana. Leona mengangguk laju. Dia pun tak sangka dia boleh lihat Xyla dan Davion menggunakan kuasa mereka buat pertama kali.

      "Anak kami ada kuasa apa?" Soal Rowan sambil memegang tangan Diana. Tenang sikit hati Diana bila Rowan lakukan bergitu. 

     "Api oo! Dia keluar dari mulut macam puffff. Macam tu." Leona tunjuk cara api keluar dari mulut anak mereka.

     "Diaorang boleh kawal air." 

     "Teleportasi." Leona setuju dengan kenyataan Malique.

     "Pastu," Belum sempat Malique ingin sambung. Diana suruh mereka berhenti dengan cara meletakkan jari dibibir.

     "Tak apa la. Nanti aku tengok sendiri. By the way, thank you jaga anak aku seminggu ni. Nanti kalau korang nak apa-apa, bagitau je aku. Faham."

      "Faham, tuan." Leona berdiri tegak sekali dengan Malique. Memang bagus sangat lah diaorang ni kahwin. Perangai pun hampir serupa. Omel Diana. Diana keluar dari rumah Leona dan masuk ke dalam rumahnya.

      Maklumlah rumah sebelah je. Rowan hanya memerhati Diana yang sedang kusut itu.

     "Diana, kenapa ni? Kita baru je balik dari holiday tapi darling dah macam ni. Hm, tell me. What's wrong?" Rowan memegang lembut tangan isterinya yang lembut itu. 

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now