bab 20

2.1K 190 5
                                    

     Diana sudah meminta izin pihak sekolah untuk pulang dan pihak sekolah benarkan. Aaron juga dapat kebenaran. Walaupun alasannya dipaksa ditipu tapi nak buat macam mana. Redha je la. Sepanjang perjalan Diana dan Leona yang ingin menuju ke tempat ambil pelajar, ramai pelajar memandang mereka. Ye la sepatutnya tak boleh balik tapi ada pulak yang boleh.

     "Woi Eryna." Diana malas ingin memusingkan kepala memandang wajah si pemanggil. Diana sudah tahu siapa minah tu, tak lain dan tak bukan, si betina tu.

     "Woi aku aku panggil nama kau la. Sundal." Diana tetap berjalan, Leona pulak tidak habis-habis dengan phone dia. Dah ada boyfiend ke minah ni? Tapi bila tengok Leona ni mungkin tunggu kiamat la kot baru nak ada.

     "Aku cakap tunggu, kau tunggu je la." Betina itu menarik bahu Diana dan menghadiahkan penampar kepada Eryna.

     "Kau nak apa ni?" Soal Diana. Habis terjatuh kaca mata hitam milik Diana. Si betina itu terus memijak kaca mata hitam Diana hingga pecah. Leona terus memandang Diana. Walaupun Diana tidak menunjukkan riak wajah sebenarnya tetapi Leona sudah tahu ada manusia yang akan mati hari ni.

     "Kau kan yang bagitau pihak sekolah  pasal kitaorang. Disebabkan kau la kitaorang semua kena buang sekolah. Kau ni memang sundal." Diana membetulkan ikatan rambutnya.

     "Kalau aku bagitau pun kau nak buat apa? Merayu kat ayah kau  suruh merayu kat sekolah balik ke?" Diana menyilangkan tangannya. Selamat la Diana cuba bersabar dengan betina ni kalau tidak dah lama aku suruh pancung.

     "Kau ni memang perempuan tak tahu malu kan?"

     "Tu soalan ke? Kalau soalan, aku jawab tak la." Betina tu mengetap rahang mengawal kemarahan yang membara.

     "Dah la state kau pernah bunuh ramai penduduk dekat state lain. Aku ingat lagi bila nenek aku cerita yang dulu kenapa ramai takut Blue State sebab state kau banyak witch. And aku still remember state kau dulu kejam. Raja Blue State yang dulu semua nya kejam. Kalau tentera Alfa tak ambil tindakan dah lama state semua dekat Alfa Kingdom ni lenyap." Betina tu saja menguatkan suaranya bagi pelajar lain dengar tapi sedih siapa je nak dengar.

     "Masalahnya state aku dah okay and semua rakyat dah tak takut dengan Blue State. Kejadian yang lama tu dah tinggal sejarah dah pun. Kau sendiri tengok aku okay je bergaul dengan semua orang. Semua okay je. Kau je yang takut kan sebenarnya?"

     "Aku takut? Agak-agak la wey."

     "Dah tu. Yang kau sibuk dengan kehidupan aku asal? Aku malas la nak report pasal korang semua ni kat pihak sekolah. Buang masa aku je."

     Belum sempat betina tu nak balas cikgu Marcus menjerit memanggil mereka. "Woi aku suruh korang semua kemas barang korang kan. Yang korang pergi gaduh dengan Eryna dan Leona tu asal. Dasar pembuli."

     Diana dan Leona mengambil kesempatan itu meneruskan  perjalanan mereka ke kereta. Diana dengar cikgu Marcus kata dekat geng pembuli itu dengan perkataan 'biadap'. Memang diaorang tu biadap. Menyusahkan orang je.

     Sampai ke kereta Diana mendengar jeritan betina tu. Dah la lawan cakap cikgu. Cikgu tu cakap benda betul kot. Koyak la tu.

     Barang-barang Diana dan Leona dimasukkan ke dalam bonet kereta. Belakang kereta Diana ada lagi sebuah kereta. Kereta milik Aaron la apa lagi. Diana masuk ke dalam perut kereta dan pintunya ditutup secara automatik. Alfa kingdom memang popular dengan teknologi kalah ayah pin.

     Macam biasa perjalanan dari Blue State ke istana Alfa Kingdom bukan mengambil masa yang lama. Diana menyuruh Aaron balik ke rumah dia dahulu kemudian keesokkan hari nya baru jumpa Diana, Leona dan Lewis di istana Alfa Kingdom.

     Sepanjang perjalanan Leona hanya dibuai dengan mimpi sahaja. Budak tu memang kaki tidur. Kalau ada perkejaan tidur dah lama dia join masalah memang ada tapi dekat dunia lain la. Ni dunia wattpad so sebagai penulis kita tak wujudkan.

     "Leona bangun. Kau ni tidur je memanjang cuba la bertenanga sikit."

     "Macam mana nak bertenaga kalau tak tidur, bongok?"

     "Amboi, amboi, amboi kau bongokkan aku. Aku pancung kau karang."

     "Sebab aku tau kau tak pancung aku la aku berani cakap. Aku kan bestfriend kau." Leona menunjukkan mini love nya. Geli pulak Diana tengok."

     "Kau ni kalau tak ada benda nak cakap tak payah la kejut aku."

     "Aku saja nak cakap kita dah sampai dah, masuk pagar istana dah pun." Terus Leona tegakkan badan 90 darjah. Terus melebar senyuman Leona.

     Tiba-tiba Diana teringatkan waktu dia mula-mula jumpa Leona. Leona, Lewis dan Leo ialah anak yatim piatu. Ayah mereka merupakan pahlawan peribadi King Dean. Memang King Dean rapat la dengan ayah mereka. Satu hari King Dean dapat surat dari Beta Kingdom. Beta kingdom inginkan pendamaian. Ayah Leona, Lewis dan Leo tidak membenarkan King Dean pergi tetapi King Dean ingin juga pergi.

     Ayah mereka pun mengalah dan setuju untuk pergi ke Beta kingdom bersama dengan King Dean dan beberapa tentera. Malangnya, mereka diserang menyebabkan beberapa tentera meninggal dunia termasuklah ayah mereka. King Dean berjanji dengan ayah Leona, Lewis dan Leo untuk menjaga mereka. King Dean rasa bersalah dan menyesal mengawal diri. Akhirnya, King Dean memberikan tempat tinggal di istana kepada Leona, Lewis dan Leo.

     Mula-mula jumpa tu memang Diana cuba jauhkan diri daripada mereka tetapi akhirnya mereka menjadi kawan baik. Ibu mereka pula tidak tahu dimana. Tapi mungkin juga ibu mereka lepas tangan. Parent mereka bercerai kerana ibu mereka tak nak mereka. Ibunya selalu memukul Leona dan abangnya. Sebab tu mereka bencikan ibu  mereka dan cuba ingin lupakan manusia yang melahirkan mereka.

     Betul lah apa yang orang cakap. Setiap manusia ada masalah mereka yang mereka pendam. Setiap manusia ialah seorang manusia yang kuat. Life is beautiful, you just need to see it at another angle. Bersyukur dengan apa yang kita ada sebab mungkin apa yang kita ada, orang lain tidak ada.

     Mungkin kita dilahirkan kaya dan ada orang lain dilahirkan dengan keadaan miskin. Dan kita nampak orang miskin itu hidup dia sungguh bahagia dan kita nak jadi macam dia tapi dia pulak nak jadi macam kita tak payah susah susah kerja siang malam pagi petang untuk dapatkan sepinggan nasi.

     "Woi Diana! Yang kau termenung tu dah kenapa? Cepat la bonda kau dah tunggu dah." Jerit Leona naik pekak telinga Diana dibuatnya. Dah la suara nyaring lagi bagus jadi penyanyi opera.

     "Iye nak keluar la ni." Diana terus keluar dari perut kereta dan mencari bidadarinya iaitu bondanya.

     "Bonda!!" Jerit Diana.

     "Diana!!" Balas Queen Dona.

     "Dah buat jejak kasih kat sini pulak." Prince Danish memang patut dihadiahkan sebuah penampar daripada Diana. Prince Danish sudah mendepakan tangannya tetapi Diana tidak memeluk Prince Danish. Tersakiti.

     Diana terus memeluk Prince Damien terlebih dahulu. Prince Danish masih mendepakan tangannya sambil tersenyum, dia merindui adiknya itu. Tapi Diana memeluk King Dean pulak. Diana berjalan dan berhenti dihadapan Prince Danish. Prince Danish masih mendepakan tangan dan senyum akhirnya Diana memeluk jugak abang tersayang sayang sangat ni.

     "Leona kenapa kamu tercengat kat situ dah kenapa? Jom masuk. Bonda masak makanan kegemaran kamu."

      "Ye ke tuanku, tak sabar pulak saya." Walaupun Queen Dona menggunakan bahasa bonda kepada Leona, Lewis dan Leo tetapi mereka semua dah terbiasa dengan gelaran tuanku itu.

     Tiba-tiba Diana teringat bila dia nak pergi makmal tulisan kerana dia mesti akan menghabiskan cutinya di istana.

     "Miss, miss okay ke tak ni?" Leona akan menggunakan gelaran Miss itu bila dia berada di istana tapi kadang-kadang tak pakai jugak. So Diana dah terbiasa dengan semua tu.

      Lain kali la Diana menyoalkan soalan itu kepada Leona. Nanti Diana dan Leona pergi jugak makmal tu. Tapi tak tau bila je la.

     "I'm okay."

______________________________________

Don't forget to vote, comment and share. Love yall from D.R.

Princess of Alfa KingdomМесто, где живут истории. Откройте их для себя