bab 35

1.8K 189 25
                                    

    "Lewis, aku nak cakap sikit dengan kau lepas ni. Leo aku nak kau join sekali." Lewis yang masih menjamu selera itu mengangguk sahaja. Leo mengeluh dan mengangguk. Tak ada sebab dia nak berkata tidak boleh kat Diana. King Dean tidak bersembang langsung dengan Diana sejak Diana berkata hal yang sebenarnya.

    30 minit menunggu tiga beradik menghabiskan makanan, akhirnya sendawa juga mereka. Diana menyuruh mereka menunggunya di bilik rahsia. Diana perlu melakukan sesuatu dahulu. Diana pergi ke bilik larangan yang sepatutnya dia tidak boleh memasuki. Dia cuma ingin membuka pintu itu tetapi tidak boleh. Tapi kunci yang Diana pegang ialah kunci bilik itu. Maksudnya kunci ni bukan kunci yang sebenarnya jadi kunci sebenar itu mesti dipegang oleh seseorang di dalam istana itu.

    Diana rasa di dalam bilik itu ada rahsia yang dia ingin mengetahui walaupun dia pun tidak tahu rahsia apa yang dia nak tahu. Pelik, bukan? Diana dapat rasa ada sesuatu ahli keluarganya simpan di dalam bilik itu. Diana memilih untuk bergerak dari bilik rahsia itu. Satu hari nanti mesti dia akan tahu juga kebenarannya. Diana berjalan pergi dari tempat itu. Hampir 10 minit berjalan dia sampai di bilik rahsia itu.

    "Asal kau lambat sangat? Penat aku tunggu." Rugut Leona. Lambat sikit pun nak marah.

    "Aku ada hal tadi."

    "Hal apa?" Soal Leona lagi.

    "Kau tak payah nak sibuk. Lewis, ada apa-apa yang kau dapat tak?" 

    "Ada. Aku dah siasat. Aku tengok ada seseorang perempuan yang mengintip kau. Tapi aku tak nampak muka dia, dia pakai hoodie tapi aku ada suruh orang bawah pergi tanya ketua news kat asrama tu dan dia cakap ada seseorang yang send artikel pada hari kejadian tu. Nanti dia bagitau aku kemudian aku bagitau kau." Terang Lewis panjang lebar.

    "Baiklah. Aku ada kerja baru untuk koranng aku nak korang masukkan sesorang manusia jahanam ni dalam penjara." Ujar Diana. Diana memandang Leo yang tengah menhirup teh itu.

    "Kau nak suruh aku ke yang buat kerja tu?" Soal Leo.

    "Aku ada pandang orang lain ke? Ada orang lain ke kat belakang kau tu? Tak ada kan." Leo mencebik. 

    "Siapa?" Soal Leo selepas dia penat merajuk. Merajuk manja-manja je. 

    "Cikgu Tom." Leo mengangguk banyak kali. "Dan Syakira Atilia." Leo mengerut kening. Siapa pulak minah tu? Tak kenal pun.

    "Okay, Diana. Aku faham kenapa kau suruh aku masukkan Cikgu Tom dalam penjara tapi yang perempuan tu, kenapa pulak. Dia buat salah apa?" 

    "Dia lah yang ejek kerabat diraja atasan. Depan semua orang pulak tu. And aku nak kau cari kesalahan dia, aku tak kira aku nak dia merempat dalam penjara tu jugak."

    "Aku tak faham. Kalau rakyat kau tahu pasal hal ni, kau tak rasa ke diaorang akan benci kau. Yelah, kau nak masukkan rakyat kau yang tak bersalah kot."

    "Aku dapat rasa, Leo. Dia buat benda yang tidak sepatutnya dia buat. Aku tak kira kau cari segala kesalahan dia dan masukkan dia dalam penjara. Full Stop." Leo hanya mengangguk tanda mengalah.

    "Tu sahaja ke benda yang kau nak cakap, Diana?" Lewis menyoalkan soalan. Leona tak rasa Diana nak cakap hal itu sahaja.

    "Kau mesti ada hal lain kau nak cakap kan, Diana." Duga Leona. Diana mengeluh, perlu ke dia memberitahu hal itu atau dia siasat sendiri. Tapi dia ada masa ke untuk semua itu. Dia tidak pergi ke Asrama Royal of Alfa Kingdom lagi mesti dia kena buat kerja kingdom. Diana perlu bukak buku bank semula untuk pastikan  setiap state yang di perlu jaga tidak ada masalah kewangan.

    "Aku ada benda yang lagi penting daripada semua tadi tu." Diana memejam mata erat-erat.

    "What is it?" Soal Leona dengan keadaan tertanya-tanya.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now