bab 51

1.4K 165 19
                                    

    Genap sebulan permergian Diana yang tidak dijangka-jangkakan. Kejadian menimpa Diana membuka mata rakyat siapakah yang banyak berkorban demi negara yang megah ini. Bukan sahaja rakyat Alfa Kingdom bersedih dengan kehilangan Diana tetapi satu dunia. Diana telah dinobatkan sebagai puteri contoh dalam majalah Royal Blood. 

    King Dean sudah melakukan sidang media dan beritahu kepada satu dunia siapakah Diana yang sebenarnya. Ada yang terkejut, ada yang keliru tapi kebanyakkannya bersedih. Bila mereka tahu kisah hidup Diana membuatkan mereka lagi sedih. Tarikh kematian Diana dijadikan sebagai cuti umum setiap tahun. 

    Ramai yang ingin membalas perbuatan Beta Kingdom atas apa yang mereka sudah lakukan tetapi King Dean bantah. Cukuplah darah Diana sahaja yang mengalir di tanah kerana gadai nyawa demi negara, tidak mahu lagi perkara itu berlaku. Ada juga beberapa ahli sihir yang menjangkakan peperangan itu ialah peperangan yang terakhir dalam sejarah. 

    Peperangan itu dinamakan sebagai peperangan Diana. Nama itu diberikan oleh para ilmuan. Ada segelintir yang tidak berpuas hati kenapa peperangan itu dinamakan menggunakan nama manusia jadi para ilmuan itu menjelaskan perkara sebenar. Sekiranya Beta Kingdom menjajah Alfa Kingdom dan menjadikan Alfa Kingdom sebahagian daripada negara mereka, kemungkinan besar mereka akan cuba mewujudkan perang dunia.

     Dan Diana sudah tahu perkara itu dari dulu lagi sebab itu juga Diana setuju menggunakan dark strategy supaya bila peperangan itu gagal sekuranya-kurangnya ada askar yang masih berada di Alfa Kingdom yang boleh berlawan selamatkan negara walaupun kos untuk bina robot dengan jumlah yang  banyak agak tinggi. Peperangan ini menunjukkan kepintaran Diana mengawal keadaan dan membaca masa depan. 

    Perkara itu lagi membuatkan rakyat berduka buat kali kedua. Semua yang bernyawa mesti akan mati cuma yang membezakan kita semua ialah masa kematian dan cara kematian. 

    "Saya ada berita baik dan juga berita buruk. Berita baik adalah segala kelengkapan yang perlu digunakan untuk Beta State sudah selesai. Semuanya sudah sampai di Beta State hari ini." Beta Kingdom kini sudah sebahagian daripada Alfa Kingdom. Maksudnya, Beta Kingdom sudah hilang daripada peta dunia. Kerabat diraja Beta Kingdom sudah dikenakan hukuman selepas apa yang mereka sudah lakukan. Mereka menggunakan duit rakyat untuk diri mereka dan membuatkan rakyat menderita. Cara Beta Kingdom memang berbeza dari Alfa Kingdom.Mereka tidak mempunyai state langsung dan cara layanan mereka terhadap rakyat, itu membezakan Alfa Kingdom dan Beta KIngdom.

    Ramai yang berfikir rakyat Beta Kingdom tidak suka menjadi rakyat Alfa Kingdom tetapi disebaliknya. Mereka sangat suka dan sangat peramah. Mesti penat hidup di dalam negara yang tidak memikirkan rakyat sendiri. 

    "Berita buruk pula, kami masih belum jumpa mayat Princess Diana. Kami rasa mayat Princess Diana sudah di makan dengan ikan jerung." Badan Diana yang dibasahi dengan darah itu sudah tentu menarik haiwan itu, lagi-lagi air yang tenggelamkan Diana mempunyai ikan jerung. 

    "Suka hati kau je kan cakap 'mayat Princess Diana'. Di masih hidup, aku dapat rasa benda tu." Queen Dona memarahi tentera itu. King Dean usap badan belakang isterinya yang tercinta. Tiada sesiapa di situ yang menerima pemergian Diana tetapi mereka perlu menerimanya juga. 

    "Dona, jangan la marah dia tu. Betul la Di sudah tiada." King Dean tutur dengan nada memujuk.

    "Awak cakap boleh la tapi saya dah anggap Di tu macam anak saya. Saya sayang dia lebih dari nyawa saya tau." Air mata mengalir di pipi Queen Dona dengan deras. King Dean masih usap badan belakang isterinya itu. Bila mereka dapat tahu Diana sudah tiada, ibarat masa berhenti berdetik, terasa dunia amat gelap, bumi berhenti berputar. Queen Dona pengsan selepas mendengar khabar itu, Prince Damien dan Price Danish tidak perasan ibu mereka pengsan selepas mendengar berita itu mereka tenggelam dalam dunia kesedihan mereka. King Dean terduduk di atas kerusi dan membiarkan dayang membawa Queen Dona ke hospital.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now