bab 40

1.8K 200 32
                                    

     Diana memulas pintu itu dan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik itu. Lampu bilik terbuka dengan sendirinya mungkin kerana automatik tapi lampu itu terkelip-kelip. Mungkin kerana sudah lama lampu itu tidak bernyala. Diana memijak anak tangga pertama dan melihat ukiran dinding bilik itu. Semasa dia turun, dia terpegun dengan ukiran di dinding itu yang sangat unik dan menakjubkan. Sangat teliti ukirannya sampaikan kita boleh terbenam dengan ukiran itu. Ukiran itu terdapat pelbagai jenis bentuk yang unik. Dan yang paling hebat sekali ialah ukiran itu menggunakan emas tulen untuk diukir. Memang cantik, bilik lagi bercahaya kerananya.

    Terpegun dengan kehebatan ukiran itu, Diana jatuh tergolek seperti nangka busuk. Selamat la dia masih boleh berdiri. Bangun-bangun je sudah sampai di hadapan pintu yang lain, tak payah turun tangga satu-satu kalau boleh jatuh. Diana cuba membuka pintu itu tetapi tidak boleh, dia cuba pula menggunakan kunci tadi juga tidak boleh. Diana cuba mencari di sekeliling pintu mana tahu ada kunci tetapi hampa tidak ada. Diana terduduk di atas atas lantai, hancur harapannya.

    Diana pandang ke atas dan baru dia perasaan ukiran itu seperti penunjuk. Dia sedar bilik larangan ini mempunyai tingkap bulat dan cahaya boleh memasuki bilik itu. Diana berdiri dari duduknya. Ukiran itu mempunyai bentuk yang lain lain tetapi setiap bentuk itu mempunyai seseorang manusia dan dia akan pose dengan gaya berbeza. Tetapi Diana tak tahu dia manusia itu buat gaya apa kerana terdapat lubang di tangannya. Dan bila Diana perhati elok-elok dia sedar setiap jari itu menunjukkan nombor. 2, 5, 1, 1, itu ialah nombornya.

    Apa sebenarnya nombor itu? Diana mengira nombor itu dan mendapat 9. Diana mengira anak tangga yang pertama yang dipijak sampai lah nombor sembilan. Diana naik kelam-kabut di situ, tiada apa-apa pun. Diana kira dari bawah pula, dari tangga terakhir hinggalah anak tangga kesembilan sebelum terakhir. Pun tiada apa-apa jugak. Dia cuba memikirkan yang lain pula. Kalau bukan kena kira mesti ada maksud lain.  Diana kembali pandang ke atas. Cuba mencari bezanya. Terbuntang mata Diana bila melihat perbezaan keempat-empat ukiran itu. Setiap ukiran itu menunjukkan ada berapa jenis orang. Seperti ukiran manusia yang menunjukkan nombor dua terdapat tiga orang. Yang menunjukkan nombor lima pulak ada empat orang. Nombor 1 kan ada dua jadi salah satu dari pada ukiran yang menunjukkan nombor 1 itu ada satu manusia.

    Jadi bila Diana susun semula nombor itu, 1125. Diana mengerut kening, dia tahu maksud nombor itu. '1125 adalah tanda mempunyai perspektif yang luas. Anda mesti menggambarkan gambaran hidup anda yang lebih besar. Anda mempunyai kekuatan dalaman yang tidak anda gunakan sepenuhnya. Oleh itu, terokai semua bakat anda dengan tepat. 1125 secara rohani berkaitan dengan menghilangkan persekitaran negatif, yang merupakan racun bagi pengembangan diri. Berhati-hatilah dengan orang yang salah dalam hidup anda yang tidak pernah mendoakan anda dengan baik.' Itulah apa yang dia baca di dalam buku.

    Diana melihat kembali ukiran itu, ya ukiran itu menampakkan manusia yang berjaya. Tapi apa kena mengena nombor itu dengan kunci. Diana cuba menolak nombor itu kerana sudah penat berfikir. Nombor 5 ditolak dengan 2 dan 1,1. Ada lebih satu. Tak tahu lah kenapa dia rasa dia ingin pergi ke anak tangga yang pertama itu semula. Saja ingin melihat anak tangga itu tapi lain yang dia jumpa. Diana jumpa satu suis yang berada di dinding pada anak tangga pertama. Diana menekan suis itu dan pandang ke atas. Dia melihat lubang yang terdapat di jari itu ada sesuatu keluar dari dalam dinding itu. Diana perhati dengan tekun. Cermin? 

    Setiap lubang itu, ada cermin yang menutupinya. Lepas tu, apa yang jadi? Dia pandang semula suis itu dan dia cuba melihat suis itu mana tahu ada clue seterusnya. Tiba-tiba dia terfikir. Suis ini berada dinding dan dia pun tidak nampak pada awal-awalnya. Diana pergi semual ke anak tangga yang kesembilan dan melihat dengan teliti, ada suis di situ. Diana cepat-cepat tekan suis itu dan pandang ke atas. Terdapat satu lampu keluar dari atas, dan lampu itu menghalakan cahaya itu ke ukiran pertama, kemudian ukiran pertama memantulkan ke ukiran kedua, seterusnya ke ukiran yang ketiga dan keempat. 

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now