bab 15

2.2K 188 7
                                    

    Adrian menekad hari ni dia akan meluahkan perasaan dia. Apa-apa pun jawapan Diana dia akan menerima. Hari ini hari minggu kebanyakkan murid hanya menghabiskan masa mereka di dalam sekolah sahaja. Tak dibenarkan pulang.

    Adrian berjalan sambil melihat taman bunga disebelahnya. Taman bunga yang cantik tapi agak jauh perjalanannya sebab itu murid jarang jalan ke sini. Niat Adrian datang situ nak belajar. Tempat rahsia la katakan.

    "Ala ada orang duduk kat situ." Terdapat meja bulat terletak ditengah-tengah taman bunga itu. Memang cantik la tempat tu. Dengan cuaca hari ni tak panas, ada angin tiup sepoi-sepoi bahasa.

    Baru sahaja Adrian ingin melangkah mencari tempat lain, Adrian menoleh sikit untuk melihat murid yang duduk di meja kegemarannya. Terkejut bila murid yang duduk di situ ialah Diana.

    Adrian berjalan menuju ke arah tempat duduk itu. Nervous? Jantung dah macam nak meletup dah ni sebab berdebar sangat.

    "Hai Eryna. Aku nak duduk sini boleh?" Tegur Adrian.

    Diana mengangkat kepalanya dan mengangguk.

    "Silakan."

    "Kau tengah belajar apa?" Adrian cuba memulakan perbualan agar senang sikit dia nak berasa selesa.

    "Perniagaan." Jawab Diana sepatah.

    "Leona mana?" Saja Adrian menyoalkan tentang Leona. Dia nak Diana sahaja yang mendengar dia meluahkan perasaannya.

    "Bilik. Tidur." Jawapan itu membuatkan Adrian rasa agak lega.

    "Eryna, aku nak bagitau kau something ni?"

    Diana mengangkat kepalanya dan memandang Adrian. "Apa?"

    "Tapi kau jangan terkejut tau." Adrian bagitau Diana awal-awal takut Diana terkejut pula. "Okay. What is it?" Diana memberi sepenuh perhatian terhadap Adrian.

    "Aku... aku.... aku." Adrian merasa gemuruh mengawal dirinya.

    "Aku. Aku. Cepat la apa dia?"

    "Aku suka kau." Akhirnya Adrian meluahkan jugak perasaannya. "Aku luahkan perasaan ini bukan sebab nak kau couple dengan aku ke atau kau kena balas balik perasaan aku. Aku cakap sebab aku nak kau tau dan aku tak nak simpan lagi."

    Panjang lebar penjelasan Adrian. Dia takut Eryna salah faham.

    "Fyi, i don't have interest in love and i don't like you as a man. I like you as a friend. Sorry, aku terpaksa tolak cinta kau tapi kita boleh jadi kawan baik."

    "Tak apa. Aku faham. Jadi kawan kau pun aku dah suka apatah lagi jadi kawan baik kau." Jujur je lah kecewa itu memang ada tapi Adrian sudah dapat meneka benda itu akan berlaku.

   "So, Hi my name is Eryna. Your best friend." Adrian agak terkejut tapi senyum sampai ke telinga. Diana menghulur tangan dan disambut oleh Adrian.

    "Hi my name is Adrian. Your best friend." Diana tergelak dengan apa yang mereka lakukan. Adrian pun tergelak sekali. Buat pertama kalinya ice princess gelak dan buat pertama kalinya, Adrian tak dapat berhenti memandang Diana.

    Tanpa mereka sedar ada mata yang memerhati mereka. "Tak guna kau Eryna. Adrian is mine." Perempuan itu tersenyum sinis.

______________________________________

    "Thank you sebab ajarkan aku tadi. Susah susah je." Adrian sedar sepandai-pandai dia, dia tetap tak sepandai Diana. Adrian mendapat top 1 setiap kali periksa. Top 1 dalam semua pelajar umur 16 tahun tau.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now