bab 52

1.5K 189 31
                                    

    Cahaya betul-betul terpancar kepada dia. Sikit-sikit membuatkan dia membuka mata. Cahaya tadi yang terpacar kepada dirinya bukan la cahaya matahari seperti yang dia ingatkan rupanya hanyalah lampu. Dia cuba untuk duduk walaupun dirinya rasa agak lemah. Dia melihat di sekeliling bilik itu, bilik itu lain daripada bilik dirinya.

    "Tuanku dah sedar?" Ada seseorang lelaki menghampiri dia dan menolong dia untuk duduk. Diana menolak pertolongan lelaki itu.

    "Kau siapa?" Soal Diana dengan wajah serious.

    "Saya Rowan Canon. Saya selamatkan tuanku waktu tuanku jatuh dalam air." Diana hanya mengangguk sahaja.

    "Dah berapa lama aku tidur?"

    "6 bulan." Rowan masih cuba menolong Diana walaupun Diana tidak inginkannya.

    "Aku nak balik ke istana aku. Tolong hantar kan aku boleh?" Minta Diana. 

    "Saya bukan tak nak tolong tuanku tapi tuanku mana boleh berjalan lagi. kami masih  sembuhkan tuanku sekarang ni." Diana pelik bila Rowan cakap bergitu tapi dalam masa yang sama dia sedar kakinya tidak boleh bergerak seperti biasa.

    "Macam mana pulak kaki aku tak boleh gerak ni?" Diana tidak cemas cuma pelik dengan keadaannya.

    "Sebab tuanku terkena kuasa sakti sakit."

    "Bukan sepatutnya aku mati ke?"

    "Mungkin badan tuanku sama kuat dengan kuasa sakti sakit itu dan membuatkan tuanku tidak mati." Rowan menyatakan pendapatnya sambil senyuman menghiasi bibir. Tiba-tiba, Diana rasakan jantungnya berdegup laju. Diana cepat-cepat pusing badannya berlawanan dengan Rowan.

    "Tuanku okay?" Diana hanya mengangguk. Dia pulak pelik kenapa dia rasa bergitu. Tapi Diana perasan sesuatu dan terus toleh menghadap Rowan. Rowan yang agak terkejut tiba-tiba Diana pusing memandangnya dengan laju.

    "Macam mana kau kenal aku? Aku tak kenalkan diri lagi." Diana agak tertanya-tanya bagaimana lelaki asing tu mengenali dirinya.

    "Ohh, sebab 5 bulan yang lepas King Dean sudah tunjukkan wajah tuanku di sidang media dan tuanku viral waktu tu. Jadi, saya rasa semua kenal wajah tuanku macam mana." Rowan masih mengekalkan senyuman yang manis itu. Diana sudah mengagak King Dean akan lakukan perkara itu jadi tidak perlulah dia terkejut sangat.

    "Tadi, kau cakap kau selamatkan aku kat sungai kan?"

    "Ye, saya cakap macam tu."

    "Asal kau ada dekat kawasan situ padahal satu dunia sudah tahu Beta Kingdom dan Alfa Kingdom akan berperang?" Rowan terdiam sebentar.

    "Sebenarnya saya sesat waktu tu. Saya ingatkan kalau guna jalan air lagi cepat jadi saya guna la jalan air kemudian salah masuk laluan jadi waktu tu saya ternampak tuanku jauh dengan seorang lelaki. Saya lajukan yacht saya sebab nak selamatkan tuanku sorang je la sebab lelaki tadi tu sudah mati. Saya cuma tak nak tuanku kena makan dengan ikan jerung je. Itu je." Rowan tahu dia buat kesalahan besar pada mulanya dia tidak tahu manusia yang dia selamatkan itu ialah Princess Diana tapi selepas dia tahu itu dia rasa berat hati pula.

    "Kenapa kau tak serahkan je tubuh aku dekat tentera Alfa Kingdom?" Diana mula semakin ingin tahu apa sebab lelaki asing ini buat sebergitu.

    "At first saya tak tahu orang yang saya selamat tu tuanku jadi saya bawak la balik rumah saya."

    "Tapi kau kata tadi lepas sebulan diaorang King Dean tunjuk muka aku kat sidang media. Kau sendiri kenal aku bila aku sedar tadi. Tapi kenapa tak hantar aku dekat istana. Something suspicious." Rowan sudah telan air liur mendengar perkara itu.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now