bab 42

1.6K 172 9
                                    

    "Kita pergi dulu rumah Aaron, aku yang suruh dia ikut." Semua mengangguk patut la, mereka tidak menggunakan jalan yang selalu mereka gunakan. Diana pandang rumah Aaron yang gah itu, dia sudah berada di hadapan pagar rumahnya. Diana menyuruh pemandu bukak pintu kereta, dia tidak perlu keluar dia hanya perlu tekan satu suis dan pintu pun terbuka dengan sendirinya. Aaron masuk perut kereta dengan kelam kabut.

    "Tuanku, cuba tuanku cakap apa yang berlaku sebenarnya?" Diana hanya mengeluh dan dia menghulurkan pisto itu kepada Aaron. Aaron terkejut bukan kerana dia tidak pernah nampak pistol cuma dia sudah dapat agak apa yang akan berlaku.

    "Apa sebenarnya yang terjadi tuanku?! Saya tak faham la. Cik Leona?" Leona sendiri pun masih lagi tak faham.

    "Cikgu Marcus."

    "Kenapa dengan cikgu Marcus tuanku?"

    "Dia la punca semua ni." 

    "Maksud tuanku?"

    "Dia lah yang hantar surat. Aku tahu dia ada pelan lain yang mungkin boleh menyebabkan Alfa Kingdom jatuh ditangan Beta Kingdom." Terang Diana.

    "Maksud tuanku, kita mungkin akan ada peperangan?" Aaron telan air liur.

    "Ye. Dah jangan tanya soalan lagi." Aaron mengangguk. Kereta yang dipandu oleh pemandu ini memang sangat laju. Sepatutnya dari rumah Aaron ke asrama Royal of Alfa Kingdom mengambil masa sekurang-kurangnya 40 minit tapi kali ini hanya 20 minit sahaja. Diana pandang ke luar tingkap. Diana, Leona, Leo, Lewis dan Aaron keluar dari kereta bersama pistol di tangan.

    "Okay, kita berpecah. Leo dengan Aaron, Leona dengan Lewis." Arah Diana.

    "Pastu kau?" Soal Leona.

    "Aku sorang. Tak apa aku lagi suka buat sorang-sorang. Leo dengan Aaron kau pergi check semua bilik. Tengok sahaja kalau ada orang tak dalam bilik, kalau tak ada kau tekan benda yang kat telinga kau tu lepastu kau cakap." Leo dan Aaron mengangguk. Mereka semua dapat sesuatu dari Diana, dia seperti earphone wireless tapi hanya connect dengan another earphone sahaja. 

    "Leona dan Lewis, kau check kelas. Kalau tak ada kau buat macam mana aku suruh Leo dan Aaron buat tadi."

    "Okay." Balas Leona. "Jadi kau Diana?" 

    "Aku check kat bawah ni."

    "Okay. Gerak sekarang." Mereka semua pergi tempat yang sudah ditetapkan. Diana berjalan berlahan-lahan, kerana dia menggunakan high heel yang tidak terlalu tinggi membuatkan kasutnya tidak menghasilkan bunyi yang kuat. Tapak kasut Diana itu agak rata dan tapaknya juga menggunakan getah yang anti licin kalau berlari pun tidak menghasilkan bunyi. Tapi itu bukan alasan dia berjalan perlahan. Dia tidak tahu dimana penjahat itu berada sebab itu dia berjalan berhati-hati.

    Diana perasaan ada satu benda yang tidak kena, sekolah itu sunyi sangat seperti tiada orang di dalamnya. Diana berjalan sambil perhati setiap sudut di dalam sekolah dia tersenyum sendiri. Dia tahu ada mata memerhati dia dari belakang. Diana toleh dan menangkap tangan yang cuba menumbuknya dari belakang. Lelaki itu berlawan bersungguh-sungguh sampai berkerut wajahnya bila ditumbuk oleh Diana. Diana kekal tenang sampailah lelaki itu jatuh. Diana mengambil pisau dan kerat lehernya. Menggelupur lelaki itu, Diana hanya tengok sambil tersenyum. Diana lihat lelaki itu pandang dia sambil cuba menarik nafas buat kali terakhir. Diana jalan pergi dari situ.

    "Diana." Diana tekan satu suis di telinganya supaya boleh dia bercakap kembali.

    "Dalam bilik tak ada."

    "Dalam kelas juga tak ada." 

    "Okay." Diana berlari dari situ menuju ke dewan. Diana tidak rasa dia bawa semua pelajar, guru atau kakitangan asrama keluar dari asrama. Tidak cukup masa. Baru pagi tadi Diana check rekod untuk kedatangan cikgu di asrama itu. Diana buka pintu bilik dewan itu perlahan-lahan. Semua mata di dalam dewan itu perhatikan dia sambil berbisik-bisik. Ada juga yang menangis.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now