Bab 44

9.1K 398 34
                                    

Kereta mewah milik keluargaku diparkir dihadapan KLIA2. Suasana masih sama walaupun sudah menginjak malam. Masih lagi dipenuhi masyarakat dalam mahupun luar negara.

Kali ini, kereta tidak dipandu oleh Pak Nik tetapi dipandu Arham. Pada awalnya, aku menawarkan diri untuk menghantarnya seorang diri. Tetapi ditegah Hamidi memandangkan hari sudah menginjak petang.

Lagi pula, dia tidak mengharapkan emosi aku akan stabil sebaik dia berangkat. Jadi, dari mengelakkan apa-apa perkara berlaku, awal-awal lagi aku sudah ditegah daripada memandu.

Makanya, terpaksa menggunakan khidmat Arham. Disebelah Arham, duduknya Hamidi. Syaza pula disebelahku pada tempat duduk tengah.

Sepanjang perjalanan tadi, sebarang kata tidak aku keluarkan. Aku lebih banyak termenung keluar. Sekali-sekala aku hanya senyum nipis sebagai respon.

"Sayang," lamunanku terhapus pergi sebaik Hamidi menegur. Aku mengangkat kepala memandang Hamidi yang berada dihadapan pintu. Dia senyum kepadaku.

"Jom turun," ajak Hamidi. Baru aku perasan yang Arham dan Syaza sudah tiada dalam kereta. Jauh betul termenungnya.

Aku menggeleng kecil.

"Tak nak turun?"

Aku menggeleng. Tidak menunggu lama, Hamidi masuk kedalam kereta, melabuhkan punggung rapat dengan ku. Tanganku dicapai dan dikucup lama.

"Habib beli tiket satu lagi, nak? Sayang ikut Habib juga," pujuk Hamidi. Aku menggeleng kecil.

"Atau kita pergi esok, naik kereta je tak perlu flight. Nak?"

Aku menggeleng lagi. Mata sudah mula bertakung. Melihatkan itu, Hamidi ketawa kecil sebelum tubuhku ditarik kedalam pelukan.

Ubun-ubunku dikucup beberapa kali.

"Janganlah menangis, dari semalam lagi sayang asyik menangis. Kalau sakit, macam mana?"

Kepalaku diusap lembut, nadanya jelas kerisauan. Aku sudah tersedu-sedan didadanya. Menangis tanpa suara.

"Cuba sayang bagitahu Habib, kenapa sayang sedih sangat? Sebelum ni okay je kan? Tak ada nangis-nangis macam ni," lembut Hamidi memujuk.

Aku menggeleng kecil.

"Aisya tak sedih," jawabku perlahan dalam sedu.

Jawapan yang sememangnya tidak logik dek akal memandangkan aku sedang menangis. Jadi, tidak ada sebab untuk aku marah Hamidi kerana ketawa dengan jawapanku.

"Kalau tak sedih kenapa menangis, hmm?" tanya Hamidi.

Kepalaku diangkat. Disapu kesan airmata dipipi. Awning tudung juga turun dibetulkan.

"Manalah Aisya tahu, tiba-tiba rasa nak menangis!" aku membentak kecil. Tangannya dipukul bertubi-tubi.

Kali ini sedikit kuat Hamidi ketawa. Orang pukul pun boleh ketawa ke?

"Janganlah gelak, tak kelakar!" kali ini pukulan berpindah kedadanya sebelum aku membenamkan wajah kedadanya.

"Sayang buat lawak, mana boleh tak gelak." balas Hamidi dengan sisa tawa. Sambil tangannya mengusap kepalaku, dikucup sesekali.

Ah, rasa di manja bagai si kecil.

Lama berkeadaan sebegitu sehinggalah tingkap kereta diketuk dari luar. Aku mengangkat wajah, Hamidi juga turun melepaskan pelukan. Pintu kereta dibuka Hamidi.

"Tak habis lagi ke sesi memujuk?" tanya Arham. Atau lebih kepada memerli.

"Dah habis dah, sekejap lagi kitorang turun." balas Hamidi. Tanpa menutup pintu kereta, Hamidi berpaling memandangku.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now