Bab 25

15.9K 602 49
                                    

Aku ketawa apabila Hamidi menunjukkan muka tak puas hati. Anaqi pula dengan muka polosnya. Suka sangat buli paksu dia. Tadi pintu bilik seolah ditepuk-tepuk diselang-seli dengan ketawa mengekek si kecil.

Apabila pintu dibuka, terpampang si Anaqi dimuka pintu dan Mak yang bercekak pinggang memandang Anaqi. Mak dan Anaqi aku pandang silih berganti.

"Kenapa ni mak?" Hamidi bersuara.

"Anak buah kamu ni, Mak nak mandikan dia tapi dia lari pulak. Letih nak mengejarnya." keluh Mak.

Anaqi ketawa, lalu memeluk kakiku.

Macam faham-faham je yang nenek dia marah dia.

"Alolo, dia lari dekat bilik Ciksu, ya?" kepalanya aku gosok.

"Mari, paksu mandikan." Hamidi duduk mencangkung.

"Nanana.." laju sahaja dia menggeleng. Tangannya diangkat keatas.

"Naa aaap."

"Nak up?" tanyanku. Dia mengangguk. Up tu dukung. Haih Anaqi Anaqi.

"Biar Paksu dukung, jom."

"Nanak!" Anaqi memeluk kakiku kemas. Seperti yang sedia maklum, Anaqi manja dengan aku.

Macam mana Ciksu nak dukung, sayang? Awak ni pun, eypnasib baik budak kecik.

Dan kesudahannya, aku dan Hamidi juga yang mandikan si kecil Anaqi ni. Riuh bilik air bila Anaqi menjerit apabila tubuhnya terkena air.

Dan kini, Anaqi mengelat daripada Hamidi untuk dipakaikan baju. Tubuhnya togel sekadar memakai pampers. Tersengih-sengih memandang Hamidi yang memincingkan mata kepadanya.

Anak saudara dengan bapa saudara, sama je.

"Sayang, tolonglah Habib..."

"Come sayang, datang dekat ciksu..." laju sahaja si kecil terkedek-kedek datang apabila dipanggil.

"Taknak pakai baju, ya?"

"Naa aa ju."

Aku pandang Hamidi. Dia menghulurkan pakaian Anaqi.

"Kita pakai baju, ok?"

"Aaa ju." terangguk-angguk kepalanya.

Mudah sahaja aku menyarungkan baju dan seluar kepada si kecil. Aku pandang Hamidi lalu senyum kemenangan. Hamidi beriak tidak puas hati. Dia mendekati aku dan Anaqi. Ditangannya ada bedak dan sikat.

"Kita pakai bedak pula." baru sahaja Hamidi ingin menuangkan bedak ketapak tangan, laju Anaqi menggeleng.

"Nanana, cu." botol bedak dirampasnya lalu diberikan kepadaku. Aku ketawa kecil, Hamidi pula menggeleng kecil.

"Sayang lah ni yang manjakan dia sangat. Tengok, asyik nak menempel dengan sayang je." aku memandang Hamidi.

"Dengan Anaqi pun nak cemburu ke?"

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now