Bab 50

10.9K 432 48
                                    

Empat bulan kemudian.

Lenaku terganggu apabila terdengar bunyi deringan telefon membingitkan telinga. Aku meraba-raba kawasan sebelahku, mengharapkan Hamidi akan bangun mengangkat panggilan tersebut.

Kosong.

Ahh penatnya nak bangun. Sudahlah tidur lewat semalam sebab kaki kejang. Baru sahaja aku ingin bangun, deringan sudah terhenti. Aku hela nafas lega. Kembali menyambung tidur.

Tapi baru beberapa saat berlalu, telefon kembali berdering. Aku menarik nafas dalam. Tapi kali ini deringan tidak lama apabila ada yang menjawab.

"Assalamualaikum Am, ada apa-apa ke?" suara Hamidi kedengaran. Perlahan sahaja, mungkin risau akan menganggu lena aku yang sudah terganggu.

Arham rupanya yang menghubungi aku. Dah kenapa buang tabiat call malam-malam.

"Tak ganggu pun. Maaflah lambat angkat, aku dalam tandas tadi, Aisya pula tidur." suara Hamidi kedengaran lagi. Entah apa yang dibualkan aku tidak tahu.

"Laa ye ke? Semoga dipermudahkan urusan. Banyak-banyak berdoa. InShaa Allah, dua-dua akan selamat nanti."

"..."

"Kau nak kitorang datang ke?"

"..."

"Okaylah kalau macam tu. Nanti aku kitorang datang esok. Aisya pun mesti seronok," Hamidi ketawa kecil.

"..."

"Kalau macam tu, aku letak dulu, ya? Assalammualaikum..."

Disebabkan lena aku dah terganggu, cuma berat untuk membuka mata. Tidak lama kemudian, aku dapat rasakan Hamidi mendekati tempat aku. Mungkin ingin meletakkan kembali telefon aku di atas meja sisi katil.

"Habib,"

Aku nak tidur balik. Tapi tak boleh. Rasa nak menangis pula bila tak boleh nak kembali ke alam mimpi. Semuanya salah Arham.

"Dah bangun? Habib ganggu sayang ke?" tanya Hamidi. Dia melabuhkan punggung disisi aku. Aku menggeleng kecil. Bukan dia yang ganggu, tapi Arham.

"Awal lagi ni, baru pukul 3.30. Sayang tidur dulu. Nanti subuh Habib kejutkan balik." Hamidi bermain dengan rambutku.

"Hmm... Habib bangun nak solat ke?" tanyaku. Masih lagi tidak membuka mata.

"Ha'ah, kenapa? Nak solat sekali ke?" tanya Hamidi. Dah tahu aku akan menolak, lagi nak bertanya.

Aku menggeleng.

"Taknak, tak larat. Aisya nak tidur," sebut perkataan tidur aku rasa nak menangis. Sedih sebab susah nak tidur.

Hamidi ketawa kecil.

"Kalau macam tu, tidurlah. Habib nak solat kejap."

Aku menggeleng lagi.

"Kenapa ni? Tak boleh tidur ke?" lembut Hamidi bertanya. Aku mengangguk.

"Habib ulitkan, nak?"

Aku mengangguk. Kemudian aku mengubah posisi mengiring. Kalau tadi aku mengiring menghadap tempat tidur Hamidi, jadi bermakna Hamidi berada dibelakang aku. Lalu aku ubahkan mengiring menghadapnya.

Terasa ada bantal diletakkan dibelakang aku. Menahan tubuh aku. Aku mencapai sebelah tangan Hamidi, nak buat peluk.

Sejak kandunganku menginjak masuk second trimester. Perangai yang memang sedia tahu mengada, makin mengada. Perangai manja, makin manja. Nasib baik Hamidi sudah tidak mengalami alahan. Kalau tidak, tak dapat nak bayangkan macam mana.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now