Bab 48

11.3K 454 74
                                    

Aku membuka mata perlahan-lahan. Segenap ruang aku perhatikan. Aku memejamkan kembali mata apabila kepala terasa sakit. Selepas beberapa saat, barulah aku kembali membuka mata. Okay, dah tak sakit.

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian aku. Aku membuang pandang kearah pintu. Senyum terukir sebaik melihat gerangannya.

Hamidi masuk sambil ditangannya ada satu bag plastik makanan. Dia turut tersenyum apabila terpandangkan aku. Langkahnya diatur, memendekkan jarak diantara kami.

"Dah lama bangun?" tanya Hamidi. Bag plastik diletakkan diatas meja. Aku menggeleng perlahan. Hamidi membetulkan rambutku yang sedikit menutup mata.

"Nak apa-apa tak?" tanya Hamidi.

"Nak air,"

Air kosong yang terisi didalam jag, dituangkan kedalam gelas. Aku bangun dari perbaringan. Hamidi menyuakan gelas berisi air kemulutku, membantu aku minum. Selepas beberapa teguk, aku menolak.

Hamidi kembali melabuhkan punggung disisi katil.

Rambutku, Hamidi selitkan ke belakang telinga.

"Macam mana Aisya boleh ada dekat hospital?" tanyaku apabila tiada tanda bahawa Hamidi akan membuka mulut. Apa yang seronok sangat main dengan rambut aku pun, aku tak tahu.

"Sayang pengsan," jawab Hamidi pendek. Aku pengsan, dan sekarang ni dia tak nampak risau pun. Happy je. Dia tak sayang aku ke?

"Habib nampak happy je, tak risau pun. Habib tak sayangkan Aisya ke?" tanyaku perlahan. Hamidi memandangku seketika sebelum ketawa kecil. Hidungku dijepit.

"Selalu sangat fikir Habib tak sayang Sayang. Makin lama makin teruk penyakit overthinking sayang ni," hidungku ditariknya.

Aku menampar tangannya. Kalau dibiarkan, boleh tercabut hidung aku. Ah, melebih pula sampai tercabut hidung.

"Hormon ibu mengandunglah kut," sambung Hamidi lagi. Aku mengangguk setuju.

"Mungkinlah..." komenku pendek. Seketika aku jeda. Hamidi yang sedang tersenyum dipandang.

Hamidi sebut apa tadi?

"Habib sebut apa tadi?" tanyaku, menginginkan kepastian. Manalah tahu kalau aku tersalah dengar.

Hamidi menjongketkan kedua belah bahu. Membiarkan aku berteka-teki.

"Habib tak bergurau kan?" tanyaku lagi.

Hamidi menggeleng.

Aku memandang kiri kanan, mencari telefonku. Sebaik ternampak telefonku diatas meja sisi katil, aku terus mencapai. Aplikasi MyTrack dibuka.

Aku dah lewat untuk datang betul. Hamidi aku pandang.

"Aisya mengandung? Serius?" tanyaku sebak. Bening mataku sudah hangat. Hamidi hanya tersenyum. Tidak menjawab.

Aku menutup mulut, menahan daripada mengeluarkan esak. Bukan menangis sedih, tapi terlalu gembira. Hamidi ketawa kecil melihat respon aku.

Tubuhku ditarik kedalam pelukannya. Tangisku dihamburkan kedadanya. Beria betul aku menangis.

"Terima kasih, sayang." kepalaku dikucup Hamidi lama.

"Aisya nak jadi mama tak lagi," ujarku dalam sebak.

"Shhh... Iya, jangan nangis dah. Nanti baby nangis sama." pujuk Hamidi. Aku ketawa kecil.

Sisa airmata disapu. Aku meleraikan pelukan. Wajah Hamidi dipandang bahagia. Akhirnya,

"Habib nangis juga," aku menunjukkan mata Hamidi yang berair.

"Mana ada," Hamidi memalingkan mukanya kearah lain. Aku ketawa lagi. Mukanya aku tarik memandang aku. Tangan naik mengusap air matanya. Aku masih lagi ketawa. Hamidi pula tunjuk muka tak puas hati.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now