Bab 33

11.4K 517 61
                                    

"إن البكاء هو الشفاء..."

****

"Mama," aku tersenyum memandang si kecil yang terkedek-kedek berlari.

"Jangan main jauh-jauh, sayang." ujarku. Gelak tawa anak kecil itu mengisi ruang kami.

"Mama, Awra pergi dulu." larian anak kecil itu kian menjauh. Aku bangkit dari bangku yang menjadi tempat labuhan punggungku.

"Awra, jangan main jauh-jauh sayang." aku mengatur langkah laju mengejar langkah si kecil yang terkedek-kedek.

"Awra!"

**********
Alunan bacaan Yaasin masuk menerobos cuping telingaku. Setiap suara yang didengari, dapat diteka milik siapa. Cuma, aku tidak mendengar suara milik Hamidi.

Perlahan-lahan aku membuka mata, jari digerakkan sedaya mungkin. Meraba-raba mencari tangan. Apabila terasa tanganku bersentuhan dengan tangan seseorang, digenggam lemah tangan itu.

"Habib," perit tekak ingin bersuara.

"Ecca, mummy ni." aku berpaling kearah sumber suara itu. Kelihatan mummy sedang duduk diatas kerusi disisi katil manakala mak berdiri disebelahnya.

"Alhamdulillah, Ecca dah sedar." ujar mak. Tanganku yang menggenggam tangan mummy turut digenggamnya. Aku senyum nipis.

"Kenapa dengan Ecca?"

"Ecca kemalangan, sayang." balas mummy. Aku diam tidak membalas. Serta-merta tanganku naik menyentuh perut.

"Anak Ecca?" tanyaku lemah. Perutku sudah kempis. Kedua-dua ibuku itu dipandang. Hanya senyuman nipis yang terpapar diwajah mereka.

"Mak panggilkan doktor, ya?" aku menggeleng tidak mahu. Pandangan ditebarkan kesegenap bilik.

"Ecca nak apa-apa ke? Mummy ambilkan," pertanyaan Mummy dibiar tiada jawapan

"Id?" tanyaku ringkas. Mummy dan mak berpandangan seketika.

"Id ada dekat surau hospital. Mummy suruh dia rehat sekejap, lepasni dia datang ya?"

Suasana sunyi menyelubungi ruang ward itu. Beberapa detik kemudian, pintu ditolak dari luar beserta lemparan salam. Aku memalingkan wajah kearah pintu tersebut. Terus sahaja terukir secarit senyuman dibibirku. Dia kelihatan sedikit terkejut sebelum turut membalas senyumanku. Langkahnya diatur mendekati katil. Mummy melepaskan genggaman tanganku dan bangkit dari kerusi.

"Kami keluar dulu, ya?" mummy menggamit diri. Aku mengangguk lemah. Kini yang tinggal hanya aku dan Hamidi. Tanganku bergerak mencari tangannya untuk digenggam.

"Mak dah panggilkan doktor?" tanya Hamidi, tangannya menggenggam tanganku. Aku menggeleng. Keluhan terbit dibibirnya.

Hamidi menunduk sedikit sebelum satu kucupan singgah didahiku. Lama. Sebelum aku merasa ada titisan hangat jatuh kemuka aku. Hamidi menangis?

"Habib," panggilku. Barulah kucupan dileraikan dari dahiku.

"Habib menangis?" tanyaku. Hamidi menggeleng kecil. Aku mencebik. Sebelah lagi tanganku naik menyapu kesan airmata dipipinya.

"Tak macho baba nangis," ujarku. Hamidi senyum tipis.

"Habib panggilkan doktor sekejap," aku hanya biarkan Hamidi. Nak dilarang, jangan harap dia dengar.

*********
Stethoscope dibuka lalu disangkut di lehernya. Persis seperti yang dilakukan doktor lain selepas memeriksa pesakit.

"Alhamdulillah, keadaan Puan Ecca baik-baik saja. Cuma lepas ni, puan kena lebih berhati-hati, ya?" ujar doktor perempuan yang memakai tag nama Nadiah itu. Aku mengangguk.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now