Bab 17

15K 629 133
                                    

"Macam kenal je tempat ni." aku pandang Hamidi. Hamidi mengerutkan dahi.

"Pernah datang ke?"

"Rasanya macam pernah. Budak kecik dua orang tu yang bawakan." jawabku.

"Iya? Diorang cakap apa pasal tempat ni?"

"Diorang cakap yang paksu diorang suka duduk sini, buat kerja." aku menjeling Hamidi.

Hamidi sekadar tersenyum memandang bentangan sawah padi. Memang tidak dinafikan yang suasana sekarang amatlah cantik. Bayangkan, duduk di pondok di tengah-tengah sawah padi.

Suasana sepi kembali.

"Awak kerja apa sebenarnya, Id?" aku memulakan bicara. Sejak aku kahwin dengar dia, masih tidak dikhabarkan apa pekerjaan dia.

"Tanam pokok anggur belakang rumah."

"Betul-betullah!" pinggangnya aku cubit.

"Ya Allah, sakitlah. Sejak bila ambil tugas mak ketam ni?" Hamidi menarik tanganku dari terus mencubit pinggangnya.

"Kerja biasa-biasa je. Nanti awak tahu lah."

Aku diam. Suasana diam kembali mengisi ruang antara kami. Aku mengeluh perlahan. Memandang sawah yang terbentang.

"Kenapa ni?"

Aku pandang Hamidi. Sekadar senyuman nipis sebagai jawapan.

"Aisya,"

"Ya,"

"Kenapa diam?" Aku tidak mengeluarkan sebarang jawapan. Hamidi bersila memandangku.

"Saya isteri awak, tapi saya sendiri tak tahu awak kerja apa. Rasa macam,"

"Stranger." sambungku kembali. Aku senyum sinis. Senyum sinis terhadap diri sendiri.

"Aisya,"

"Tak apa, saya faham. Privasi awak. Saya tak ada hak nak paksa awak bagitau saya." potongku.

Hamidi diam. Aku memandangnya. Senyuman kembali diukir. Senyuman manis, bukan lagi senyuman nipis.

"Agaknya perlu tanya Kak Humairah lah, awak kerja apa." ujarku sarkastik dipendengaran. Walaupun dihati amatlah pedih. Aku ketawa kecil.

Hamidi masih diam.

"Jomlah, awak kata nak bawa saya pergi kandang kambing awak." aku sudah turun dari pondok itu. Menarik tangan Hamidi. Sedaya upaya menceriakan kembali suasana.

Hamidi senyum kecil. Akur dengan ajakan aku. Sempat kami singgah di kedai runcit untuk beli makanan ringan. Kata Hamidi bimbang aku lapar nanti. Acececey, nak caring pula.

Aku tutup hidung sebaik sampai ditempat yang dituju.

"Kenapa?" soal Hamidi. Nadanya jelas mengatakan bahawa dia sedang tahan gelak.

"Busuk." balasku sambil mencebik.

Hamidi ketawa.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now