Bab 14

17.6K 664 63
                                    

"Balik pun orang-orang bujang, ingatkan dah tak ingat jalan balik rumah." perli mummy sebaik aku masuk kedalam rumah diikuti abang-abang kesayangan aku.

"Mummy, diorang bukannya bujang lagi. Am sorang je yang bujang."

"Sedar pun yang diri tu bujang, lepastu tak reti-reti bawa balik menantu untuk mummy?" bidas mummy.

Muka Arham yang tadinya sinis menyindir aku dan Arfan bertukar suram sebaik mendengar sindiran mummy. Aku dan Arfan sudah bergabung ketawa.

"Nanti-nantilah," jawabnya sambil menggosok belalang leher.

"Fan naik dulu ye mummy, " pinta Arfan.

"Am pun dah nak naik ni, bini dah panggil kat atas sana." Arham mengelat. Bini dia, masa mana kau kahwin? Menggeleng kecil mummy dibuatnya. Sedar yang aku seorang sahaja yang ada disitu, aku turut meminta diri..

"Sekejap, yang kamu ni. Tak reti nak call suami ke? Ingat, Ecca bukannya bujang lagi. Ada tanggungjawab." sekat mummy.

Aku mengerut.

"Tapi Ecca dah bagitau Id yang Ecca keluar dengan abang." balasku.

"Cuba check phone kamu."

Aku menyeluk bag, telefon dikeluarkan sebelum aku menghidupkan telefon.

5 missed calls

Aku menepuk dahi, sedar akan sesuatu.

"Ecca on silent mode." ujarku lalu menyengih.

"Baguslah tu," sindir mummy.

"Ecca naik dulu ya, Bye~" pantas aku memanjat tangga naik kebilik. Setibanya dibilik, aku mendail nombor Hamidi. Tidak terjawab. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya panggilan diangkat,

"Id!"

"Nenek, ada orang call Paksu!" laung suara dari corong sana. Zulfa rupanya yang angkat panggilan.

"Sia..."

Tettt...

Aku memandang telefon sebaik tiada suara kedengaran. Bateri habis pula. Jam ditilik, sudah lewat. Aku pula belum solat lagi. Sebaik mengecas telefon, aku membersihkan diri sebelum mendirikan solat maghrib.

Niat untuk menghubungi Hamidi kembali dibatalkan apabila aku berkali-kali menguap. Dengan masih tersarung telekung, aku tidur diatas tikar sejadah.

Sungguh penat seharian berjalan dengan jejaka idaman andartu.

***********
"Ecca, bangun, Kenapa tidur dekat sini? Ecca, bangun cepat. Id call ni." samar-samar kedengaran suara mengejutkan aku dari lena disertai pula goncangan tubuh.

"Ecca bangun cepat,"

"Hmm,"

Dalam keadaan mamai, aku mencapai huluran telefon daripada mummy. Sebaik aku mengambil telefon, mummy beredar meninggalkan bilik.

Telefon dilekapkan ke telinga sebaik aku mencari posisi duduk yang sesuai, bersandar ke katil.

"Hello, Aisya Rabecca speaking." ujarku dalam keadaan mata tertutup.

"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan isteri saya, Aisya Rabecca?"

Tu nama aku. Suara pemanggil pula macam familiar. Aku memandang skrin telefon milik mummy. Tertera nama Hamidi di skrin tersebut.

"Id!"

Dia ketawa kecil sebelum menjawab.

"Ya saya, kalau ya pun jawablah dulu salam sayang oi."

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now