Bab 16

14.8K 650 145
                                    

Suasana yang berlainan dengan tujuan majlis yang sama. Jika kemewahan yang dirasai untuk majlis sebelum ini, maka kemeriahan yang dirasai untuk majlis hari ini.

Dihiasi suara gelak tawa tetamu yang hadir, ditebarkan pemandangan anak kecil yang berkejaran. Tidak kurang juga dengan kesungguhan riak wajah makcik-makcik bawang apabila bercerita, tidak cukup dengan reaksi muka malah tangan turut memainkan peranan.

Aku menggeleng sambil tersenyum. Mata turut menangkap susuk tubuh beberapa orang kanak-kanak sedang memberi doorgift kepada tetamu yang hadir. Aku senyum mendalami situasi.

"Amboi, lebar bukan main lagi pengantin senyum, ya?" aku memandang kearah suara sumbang itu. Jelingan dihadiahkan.

"Beradabnya, dengan salamnya entah kemana." pedas? Biarkan sahaja.

"Ewah bukan main lagi Cik Ecca kita ni...Opss." dia menekup mulut seolah tersalah sebut sesuatu.

"Lupa pulak yang dah naik pangkat, Puan Ecca, ya?" ujarnya mengejek.

Aku memandangnya dengan pandangan yang B.O.S.A.N.

"Kau ni, lepas kahwin dengan sebelum kahwin memang tak berubah. Nak sakat sikit dah marah." akhirnya dia merungut.

Aku diam memberi eksperasi bosan.

"Jomlah duduk, aku pula yang penat tengok kau asyik berdiri."

Aku mengerlingnya. Aku duduk diatas kerusi yang berdekatan.

"Mana laki kau?" soalnya. Aku diam sebekum meliar, aku sendiri tidak tahu kemana si suami menghilangkan diri. Katamya hendak bertegur sapa dengan teman.

"Hah tu!" aku menunjukkan ke arah Hamidi apabila menjumpai susuk tubuh yang dicari itu.

"Tak sangka meriah macam ni ya kenduri dekat kampung." ujarku setelah lama memberi ruang kepada cengkerik untuk menghasilkan bunyi. Tapi malang, sebarang bunyi tidak dihasilkan.

"Sebab tu aku suka duduk kampung dari bandar. Walaupun," sengaja membiarkan ayatnya tergantung.

"Walaupun?"

"Walaupun kadang-kadang naik nanah telinga aku dengar makcik-makcik duk membawang." sambungnya bernada bisik. Kami diam sebelum bersama-sama mengekek ketawa.

Sedang sibuk berceloteh, satu suara datang menyampuk,

"Aisya," aku berpaling, dari suaranya sudahku agak siapa yang memanggil.

"Jom, ada orang nak kenal dengan awak." ujarnya. Aku mengangguk sebelum bangun. Sesungguhnya berjalan dalam berpakaian baju pengantin sungguhlah mencabar. Untung saja baju kali ini tidak mengembang seperti bunga terlebih kembang.

"Syaza, pinjam Aisya kejap, ya?" Hamidi meminta izin.

Syaza yang senyap dari tadi mengangguk.

"Ambil je, bini kau kan." Syaza menjongket kening.

"Lagipun, aku dah bosan tengok muka dia ni. Dah pergilah bawa minah ni jauh-jauh. Buat semak mata aku pula." Syaza menghalau. Aku menjengilkan mata manakala Hamidi sudah menggeleng sambil tersenyum kecil melihat tingkah Syaza yang agak. Kurang ajar bagi aku.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now