UTS Beraya #06

6.5K 278 66
                                    

Seperti biasa, jika perjalanan memakan masa yang agak panjang, aku akan duduk di tempat duduk penumpang belakang. Tempat duduk penumpang hadapan pula diduduki Aileen.

Dia kan pwincess Baba!

Tempat duduk belakang diisi oleh aku, Huzair dan Akhtar; dalam baby carseat.

"Baba, Ayeen pening..." Perangai betul. Tak boleh naik kereta lama-lama, mulalah nak pening. Silap hari bulan, muntah.

Hamidi matikan pendingin hawa. Tingkap kereta dibuka, memberi ruang untuk udara luar masuk. Memang itu satu-satunya cara nak hilangkan 'mabuk kereta' Aileen.

Tak lama pun, tunggu Aileen tidur lepastu buka aircond balik.

Mak kata, ikut perangai Hamidi waktu kecil dulu. Mabuk kereta. Tak boleh duduk dalam kereta lama-lama nanti muntah. Jadi, untuk kurangkan rasa pening dan loya, kena tutup aircond dan buka tingkap kereta.

Tangan Hamidi naik bermain dengan rambut Aileen, biar lebih cepat tidur. Awal-awal je pakai tudung, keluar je simpang rumah terus melayang tudung entah kemana.

Husband kita drive guna satu tangan je, nampak smart gitu.

Huzair disebelahku awal-awal lagi sudah lena. Yang seorang ni pula, masuk je kereta terus terbang kedunia sebalik mata.

"Mama, tolong betulkan Aileen..." Hamidi bersuara.

Aku menjengahkan kepala. Dah tidur rupanya, berbantalkan tangan Baba dia. Hamidi guna tangannya untuk halang kepala Aileen dari terlentok jatuh.

Pillow neck disebelah Aileen diambil dan dipakaikan. Buat apa beli sorang satu kalau tak pakai?

"Tolong turunkan seat sekali," ujar Hamidi lagi. Aku mengerutkan dahi.

"Susahlah," jawabku. Aku kat belakang, nak turunkan seat depan? Mahu tertonggeng kat tengah antara seat depan ni.

Hamidi memandangku sekilas sebelum kembali fokus kedepan.

"Ouh... Tak apa, biar Baba buatkan..."

Disebabkan esok raya, tak hairan kalau jalan sesak. Jadi, sebaik kereta berhenti akibat kesesakan, Hamidi buka seatbeltnya untuk memudahkan dia menurunkan seat yang diduduki Aileen.

Sebaik selesai, seatbelt dipakaikan kembali.

"Semua tidur ke?" Hamidi menoleh kebelakang. Aku angguk kecil.

Akhtar kaki tidur.

"Sayang kalau penat, tidurlah." Ujar Hamidi lagi.

Aku menggeleng kecil. Tubuh dibawa kedepan. Dagu direhatkan diatas tempat sandar seat pemandu.

"Aisya nak teman Habib drive," balasku. Hamidi ukir senyum.

"Baiknya dia," hidungku ditarik perlahan. Menyempat!

"Hidung Aisya pesek sangat ke? Habib selalu tarik," gumamku.

"Sakit ke?" Bukannya ingin menjawab soalan aku, tapi kembali memberi soalan.

"Tak," jawabku dengan gelengan kecil.

"Kalau Habib usap kepala, nanti rosak tudung sayang. Sayang pula yang marah nanti," ulas Hamidi.

Hmm alasan boleh terima.

"Tapi kalau tarik hidung, habislah make-up Aisya." Balasku. Aku sengetkan kepala, memusatkan pandangan kearah Hamidi.

"Make-up senang je nak touch up, kalau awning tudung susah nak betulkan. Betul tak?" Jawab Hamidi. Sekali lagi hidungku dicuit.

Eh, pandainya dia! Suami siapa ni? Ouh, suami aku!

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now