UTS Beraya #5

3.9K 257 23
                                    

Aku melangkah menuruni tangga. Tingkat atas memang dah sunyi sebab semua sedang berkampung dekat ruang tamu.

Sesampai sahaja dibawah. Figura tiga beranak ditangkap oleh retina mataku.

Langkah diatur menghampiri Hamidi yang sedang berbaring mengiring atas karpet dengan tangan yang menongkat kepala, meja kecil yang berada ditengah-tengah sudah ditolak ketepi. Aileen elok bersandar pada Hamidi. Akhtar pula berbaring elok disisi Hamidi.

Aku melabuhkan punggung dibelakang Hamidi. Hamidi dongak kepala.

"Dah mandi?"

Aku angguk kecil. Selesai sahaja buat kerja rumah, aku mandikan Akhtar dan bersihkan diri sementara Hamidi menyiapkan Akhtar.

"Wangi tak?" Aku hulurkan tangan kepada Hamidi, didekatkan pada hidungnya untuk dihidu.

"Shower cream baru ke?" Tanya Hamidi. Soalanku tidak dijawab. Aku angguk beserta sengihan.

"Wangi. Tapi Baba suka bau yang selalu Mama guna tu." Balas Hamidi sebelum kembali fokus kepada skrin television. Layan kartun?

Aku mencebik. Yang ni lagi wangilah!

"Pinjam paha," ujar Hamidi sebelum menjatuhkan kepalanya atas pahaku.

Aku menjelingnya.

"Ingat tak janji semalam?" Tanya Hamidi tiba-tiba. Aku mengerutkan dahi.

"Janji apa?"

Aku ada janji apa-apa ke? Seingat aku, tak ada.

Hamidi memuncungkan mulut kearah Aileen yang masih ralit menonton kartun. Aku jeda seketika, otak ligat memutar kembali scenario semalam.

"Esok pujuk Aileen,"

"Nak pujuk apa? Bukan salah Aisya," aku mengerutkan dahi.

"Tengok tu. Nak bela lagi ego tu. Bukan bawa untung pun."

Padahal tadi baru je menangis kononnya tak sengaja marah anak.

"Aileen dah minta maaf dengan sayang, sayang yang jual mahal. Esok, Habib nak sayang dan Aileen berbaik." Sambung Hamidi.

"Tapi..."

"Kalau tak, tahun ni tak dapat duit raya." Potong Hamidi. Aku kemam bibir. Mana aci main ugut macam tu!

"Ya ya... Aisya berbaik esok," dengusku. Tubuh direbahkan membelakangi Hamidi. Selimut ditarik menutupi sehingga kepala.

"Janji?" Hamidi jatuhkan kepalanya dibahuku. Tangannya melingkar dipinggangku.

"Hmm..." Jawabku malas.

"Dah ingat?" Aku tersentak memandang Hamidi. Janji itu rupanya.

Aku angguk kecil. Jelingan tajam diberi sekilas.

Bukan itu je dia ugut,

"Raya tahun ni tak ada bag baru, sandals baru, tudung baru..."

Bukan biasa-biasa ugutannya. Dia tak tahu ke, bila tibanya hari raya, semua kena baru.

"Aileen," panggilku, bahu Aileen dicuit.

Aileen berpaling memandang.

"Ya, mama."

"Jom buat kek," ajakku. Dari waktu sahur lagi aku berfikir, cara untuk 'berbaik' dengan Aileen semula.

Aileen menggeleng. Terkebil-kebil Aileen memandang aku.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now