Bab 35

14.3K 522 75
                                    

Segala jenis typo, ampun dipinta. Malaih nak mengedit 😁










Aku hanya diam sambil mengemam bibir mendengar bebelan mak. Walau tangan ligat menungku aku, tapi mulutnya sama buat kerja. Membebelkan aku. Eh tak, bukan aku je. Hamidi pun kena sekali. Aku mengerling Hamidi yang berada di sebelah.

Dari tadi responnya hanya, garu kening, gosok belakang leher, senyum minta maaf. Itu je.

"Dengar tak apa mak cakap ni?" tegas mak bertanya. Laju sahaja aku mengangguk. Takut. Mak ni, sejak jaga aku dalam pantang, tegas dia macam komander askar. Sekali membebel, silap hari bulan satu katon kertas A4 pun tak cukup untuk dizahirkan bebelannya.

"Kamu tu baru kebah demam, masih dalam pantang, badan belum sembuh sepenuhnya lagi. Jangan nak mengada kehulu kehilir sangat." sambung mak.

Ouh, aku baru kebah demam. Demam susu. Sehari dua juga tahan sakit bila dada membengkak penuh dengan susu. Baju pun selalu ditukar. Akhir-akhir, demam juga aku hanya sebab kes susu ni.

Akhir keputusan, aku menyusukan Anaqi. Lagi pula, Anaqi belum cecah usia dua tahun. Jadi, masih ada peluang untuk jadikan Anaqi sebagai anak susuan.

Mungkin ini satu lagi hikmah yang perlu aku kutip. Anaqi yang kehausan susu ibu, akhirnya dapat juga merasainya. Walau bukan dari ibu kandung. Tapi tetap, susu ibu yang penuh khasiat.

Oleh itu, sekarang Anaqi berada dirumah kami. Lagipula, Hamidi tak kisah. Asalkan aku selesa. Daripada membazirkan setiap titisan itu, lebih baik aku susukan kepada Anaqi.

"Kamu ni pun satu Id," aku memandang kearah Hamidi apabila Mak memetik namanya.

"Yang tak reti tidur dalam bilik tu kenapa? Dah tahu isteri ni manja ta boleh tidur tanpa kamu, tetap juga pergi tidur dalam bilik tu." ujar Mak.

"Id terlelap, bukan sengaja tidur dalam tu." balas Hamidi perlahan.

"Kalau dah tahu mengantuk, masuk bilik. Terlelap atas katil ni haa, bukan meronda..." tegas mak lagi.

Respon Hamidi. Usap belakang leher. Tu je yang dia pandai.

"Tak faham betul aku dengan laki bini ni. Dua-dua degil." kalini perlahan saja mak membebel. Lebih kepada meluah rasa hati. Monolog mungkin.

"Hmm.. Dah siap," akhirnya aktiviti bertungku tamat. Aku sengih puas. Ini bermakna, aktiviti untuk telinga aku menadah bebelan juga sudah tamat.

"Cepatnya, mak." aku tersengih.

"Kenapa? Tak puas lagi bertungku?" aku menggeleng tanda masih belum puas bertungku.

Mak menambah lagi masa lima minit bertungku. Best apa bertungku ni. Ihiks. Sedang asyik bertungku. Pintu bilik diketuk dari luar.

Tanpa lengah, Hamidi atur langkah keaeah pintu bilik. Tombol dipulas, pintu dikuak. Terjengul susuk tubuh Alia. Hamidi pandang Alia tegang. Alia pula menikus kelantai.

"Alia, masuklah..." pelawaku dengan senyuman. Wajah Alia kelihatan serba salah.

"Erm tak apalah, kak. Err, Alia pergi dulu..."

"Eh, masuklah..." aku memanggil sekali lagi apabila Alia berura-ura ingin beredar. Alia memandangku silih berganti dengan Hamidi. Mak sudah berhenti bertungku.

"Yang kamu tu Id, tercegat dekat pintu tu kenapa?" tanya Mak. Hamidi berpaling sekilas.

"Entahlah Habib ni," sampukku.

"Habib, Alia nak masuk tu kan." aku menegur sekali lagi apabila Hamidi masih lagi tidak berganjak.

Beberapa ketika, Hamidi melangkah keluar bilik. Aku hela nafas perlahan. Entah apa nak dimarahkan sangat Alia. Dia sendiri bagitahu aku jangan salahkan sesiapa dalam hal ni. Tapi dia? Ey, aku hempuk juga nanti.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now