Bab 36

13.4K 462 55
                                    

Maap, terlebih makan ikan kerapu, itu yang merapu sikit chap ni. (gumpal-gumpal, buang dalam tong sampah) yang mana terselit typo, minta maaf ya?

Selamat membaca!
















Aku senyum nipis sambil tangan mengusap perlahan batu nisan kecil dipusara itu. Sayu aku memandang tulisan yang tertera itu.

'Awra Hanania bt Athief Hamidi.'

"Assalamualaikum, Awra. Mama datang ni sayang." ucapku perlahan.

"Mama minta maaf ya sebab baru sekarang mama dapat datang sini,"

"Awra rindu mama tak? Mama rindu sangat dekat Awra..." batu nisan kecil dikucup lama dengan deraian air mata yang sudah mengalir tiada akar hujungnya.

"Hari-hari mama fikirkan Awra, mama tak sempat nak pegang Awra, nak peluk Awra..."

"Nak susukan Awra pun tak sempat," bahuku sudah terhinjut.

"Mama rindu Awra... sangat-sangat..." airmata yang lebat disapu. Sebarang suara tidak aku keluarkan. Hanya meluahkan dengan deraian air jernih betapa aku ingin menatap sang permata yang telah pergi.

"Sayang," bahuku dipegang dari belakang. Aku menoleh, Hamidi sudah mengambil tempat disisiku.

"Baba pun datang ni," ujarku perlahan selepas kembali memandang tanah kubur itu. Seraya menarik senyuman walau perit.

Kemudian, terasa hujung tudungku ditarik sedikit. Aku memandang Hamidi. Rupanya dia nak menarik hujung tudungku sebelum digunakan untuk mengelap airmata ku.

"Awra tak suka tengok mama dia menangis," ujar Hamidi sambil menyapu kering airmata aku. Kemudian mashaf kecil terisi surah yaasin dihulurkan.

Diketuai Hamidi, aku membaca yaasin. Sempat diniatkan juga untuk disedekahkan pahala bacaan kepada kaum kerabat serta orang-orang mukmin yang telah meninggal.

Usai membaca yaasin, aku menadah tangan untuk mengaminkan bacaan doa dari Hamidi. Penuh syahdu.

"Jom balik," ajak Hamidi. Aku mengangguk kecil.

"Mama dan baba balik dulu ya? Nanti mama datang lagi," batu nisan diusap.

"Assalamualaikum, sayang." dikucup cermat batu nisan itu. Hamidi kemudiannya menghulurkan tangan untuk aku bangun.

Aku menyambut huluran Hamidi. Dengan jari yang bersulam dengan jari Hamidi, kami keluar beriringan dari tanah perkuburan itu. Menuju kearah kereta yang terparkir dihadapan perkuburan itu.

Pintu kereta dibuka Hamidi untuk aku. Sebaik aku meloloskan diri kedalam kereta, Hamidi menutup pintu kereta sebelum berlari kecil ke sebelah pemandu. Seat belt ditarik lalu dipasangkan, begitu juga Hamidi.

Sebaik tayar kereta mula berpusing, aku membuang pandang melihat pemandangan luar. Sambil tangan melekap diperut, diusap perlahan. Persis dengan apa yang aku lakukan ketika mengandung. Aku senyum kecil.

"Sayang,"

Aku menoleh saat Hamidi memanggilku. Dia memandangku sekilas. Tak boleh pandang lama-lama, nanti dua-dua berkesudahan dekat katil hospital.

"Diam je, kenapa?"

Aku menggeleng kecil. Tanganku dibawa kedalam genggamannya, diletakkan diatas pahanya. Kekura tanganku diusap lembut.

Aku mengubah posisi, mengiring memandangnya. Mata tekun melihat wajah tenangnya. Wajah tenang lelaki yang memiliki hati aku. Lelaki yang sudah menjadi raja dalam hati aku.

Sudah ada kumis-kumis nipis dimukanya.

"Handsome-kan Habib?" tanyanya sambil menyungging senyuman kecil. Aku senyum kecil. Aku mengangguk kecil.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now