Bab 18

15.4K 632 77
                                    

Aku mengenakan dress labuh berlengan panjang berwarna softpink dipadankan dengan instant bawalshawl bercorak floral, handsock pula aku pilih yang serona dengan baju. Walaupun dress ini berlengan panjang, kemungkinan untuk lengan baju tertarik sedikit keatas akan berlaku jika aku mengangkat tangan.

Hamidi pula mengenakan seluar slack khaki dan kurta yang hampir berwarna serona dengan bajuku.

Sweet bukan?

"Ingatkan dah tak sempat nak sarapan dekat rumah." kata mak seolah berjauh hati. Aku senyum manis.

"Mana boleh tak sarapan, Mak. Nanti terbayang-bayang masakan mak dalam kereta nanti." balasku.

"Pandai ya kamu mengayat." mak menjelingku. Aku tayang sengih.

Aku meletakkan nasi goreng kedalam pinggan aku dan Hamidi sebelum melabuhkan punggung di tepi Hamidi.

"Mak dah makan belum?"

"Korang makanlah dulu, nanti lewat pula." balas Mak.

Sudah dimaklumkan bahawa aku dan Hamidi akan bertolak ke Kuala Lumpur. Entah kenapa, Kak Huda menjemput kami kerumah. Tambah Hamidi, alang-alang bolehlah kami pergi dating.

Yelah, sebelum kahwin mana oernah dating. Lepas kahwin bolehlah nak dating sampai subuh. Lahai ustaz seorang ni.

"Perut boleh kenyang ke dengan tenung saya macam tu?"

Aku terkebil-kebil. Macam mana aku boleh tak sedar yang aku sedang tenung dia. Dengan perasaan malu yang menebal, aku meneruskan sarapan.

Sejak tinggal disini, aku selalu bersarapan makanan berat. Berbeza dirumah, sarapan yang diambil hanyalah beberapa keping roti disapu jem.

********
Akhirnya perjalanan yang memakan masa yang agak lama bertemu penghujung apabila kereta yang dipandu Hamidi masuk ke satu perkarangan rumah banglo dua tingkat.

Aku menutup mulut menggunakan tangan apabila menguap untuk kesekian kalinya. Mata dibuka katup beberapa kali bagi menghilangkan rasa mengantuk. Entah berapa kali aku tertidur ketika dalam perjalanan.

"Jom."

Aku pandang Hamidi yang sudah membuka tali pinggang keledar.

"Ini ke rumah Kak Huda?"

Hamidi mengiyakan.

"Nak saya bukakan seat belt ke?" Hamidi menjongketkan kening memandangku.

Eah,

Cepat-cepat aku membuka seat belt yang menghalang tubuhku dari tadi.

"Kenapa mengantuk sangat ni?"

Aku yang baru sahaja ingin membuka pintu, kembali memandangnya. Mata dipincingkan memandangnya.

"Awak punya pasallah!"

"Awak pun sama, sayang."

Aku menolak mukanya yang mendekat. Terasa bahang dimuka ku.

"Merah dah muka dia, malu lah tu." ejek Hamidi lalu keluar dari kereta.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now