Bab 41

11K 474 80
                                    

Terimalahhhh bab paling merapu...








"Demam pula?" nada mak di corong telefon seakan tak percaya. Aku menggaru kepala yang tak gatal.

Aku pun pelik. Hamidi baru sahaja kebah dari demam. Semalam, suhu tubuhnya tiba-tiba sahaja naik.

Kebetulan pula mak menghubungiku hari ini. Untuk bertanya khabar. Sementara Hamidi sedang tidur berselubung dalam selimut, aku menjawab panggilan mak di beranda bilik sahaja.

Nak jawab jauh-jauh, bimbang kalau-kalau Hamidi tersedar dari lenanya.

"Ya mak, semalam suhu Id tiba-tiba naik." jawabku perlahan.

"Dia tengah buat apa tu?"

"Tengah tidur, mak."

Mak diam seketika.

"Dah bagi dia ubat?" tanya mak lagi.

Aku menggaru hujung kening. Mak ni, macam tak kenal pula anak dia...

"Ecca dah bagi, tapi err..." teragak-agak pula aku ingin memberitahu.

"Id tak makan?" tebak mak. Aku mengangguk. Walhal, bukannya mak nampak anggukan aku.

Mak mengeluh di hujung talian.

"Hmm tak apalah, nanti mak datang sana." ujar mak.

"Err baik mak,"

"Kamu pula, dah makan ke belum?" tanya mak tiba-tiba.

"Err dah mak, Ecca dah makan." jawabku perlahan.

"Hmmm baguslah, jangan sebab Id taknak makan, kamu pun tak makan sama." Pesan Mak.

"Baik mak,"

"Hmm kalau macam tu, mak letak dulu ya? Nak pergi rumah Mak Nab sekejap," pamit Mak.

"Ada apa-apa ke rumah Mak Nab, mak?"

"Tak ada apa pun, saja je nak menziarah. Bosan duduk rumah, Si Alia tu asyik terperap je dalam rumah." rungut mak. Aku tersengih.

"Hehe iyalah mak, sampaikan salam Ecca buat semua ya?"

"InShaa Allah, nanti mak sampaikan."

"Mak letak dulu, ya? Assalammualaikum..." pamit mak.

"Okay, wa'alaikumussalam..." jawabku. Mak memutuskan panggilan.

Sebaik mak memutuskan panggilan. Aku melangkah masuk kedalam bilik. Mata terus sahaja memandang kearah katil, tempat beradu Hamidi.

Keningku bertaut. Kosong. Mana Hamidi? Tidak semena kedengaran seseorang muntah dari dalam tandas. Diikuti dengan batuk keras.

Laju sahaja langkahku kebilik air. Tombol pintu dipulas segera. Berkunci. Makin risau hati aku.

"Habib," panggilku bersama ketukan pintu.

"Buka pintu ni, bagi Aisya masuk." arahku. Nada tak usah kata, risau bukan kepalang.

Tiada respon buat seketika sebelum kedengaran air keluar dari pili. Tidak lama kemudian, barulah pintu dibuka dari dalam. Hamidi keluar dengan muka basah. Air menitik-nitik dari wajahnya. Mungkin baru sahaja membasuh muka.

Dia tersenyum nipis sebaik memandangku.

"Sorry," tuturku perlahan. Air dimukajya disapu sekaligus membetulkan rambutnya. Hamidi berkerut dahi.

"Sorry kenapa pula?" tanya Hamidi pelik sambil ketawa kecil.

"Tinggal Habib tadi," balasku. Tubuhnya dipeluk.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now