Bab 19

14.9K 643 120
                                    

Aku mengeluh sendiri. Anaqi yang terlena disebelahku dipandang sepi. Mungkin, mata tertumpu kepada Anaqi sedangkan fikiran entah melayang kemana.

"Dalam seminggu ni, saya sibuk sikit."

Kata-kata Hamidi terngiang kembali. Akhir-akhir ini Hamidi kerap balik lewat. Kadang, aku tertidur tanpa dia disisi.

Bila aku tersedar waktu subuh, Hamidi sudah bersiap untuk ke surau. Dan selepas itu, dia akan kembali sibuk.

Kadang bila aku tersedar, Hamidi masih lena. Jelas riak keletihan terpancar diwajahnya.

Akhirnya, sekali lagi aku terlena tanpa dia disisi.

************
Aku menggeliat kecil apabila terasa sesuatu bermain dihidung. Diselang-seli kedengaran nama aku dipanggil.

"Aisya, bangun."

"Hmm,"

"Bangun sayang..."

Terpisat-pisat aku membuka mata. Melihat bayangan Hamidi, aku kembali menutup mata. Khayalan lagi.

"Ya Allah, Aisya bangun sayang." tubuhku seolah ditarik untuk bangun dari perbaringan.

Aku menggosok mata, menjelaskan pandangan yang samar-samar dibantu lampu meja.

Id? Aku berkerut pelik.

"Kenapa pandang macam tu?" tanya Hamidi. Aku membuka katup mata memberi kali. Masih bimbang jika ia sekadar ilusi.

"Kenapa Anaqi boleh tidur sini?"

"Haa?"

Keningku diusapnya tiba-tiba.

"Masih mamai?"

Lambat-lambat aku menggeleng kecil. Ouh, bukan khayalan rupanya.

"Awak tanya apa tadi?"

Seketika aku menutup mulut apabila menguap.

"Sorry ganggu Aisya tidur."

Aku menggeleng kecil.

"Tak apa,"

"Mak call saya, bagitau yang Aisya makan sikit je tadi."

"Tak ada selera,"

"Kenapa?"

Aku menggeleng kecil. Tiada jawapan.

"Saya dah panaskan lauk, jom makan."

"Taknak, Aisya nak tidur." aku menggeleng kecil.

"Kalau macam tu, teman saya makan. Saya belum makan lagi, cadangnya nak makan dengan isteri. Tapi tulah, isteri taknak." lirih Hamidi.

Seketika kedengaran sesuatu yang amat tidak menyenangkan diri aku. Kenapa waktu-waktu macam ni kau buat hal?

"Aisya dengar tak apa yang saya dengar?" tanya Hamidi sambil tersenyum lucu. Cepat-cepat aku menggeleng.

"Ouh saya sorang aje ke yang dengar?"

"Saya dengar rentak irama kelaparan." sambung Hamidi.

*********
Jam 2 pagi. Aku sekadar memandang Hamidi yang sedar makan.

"Kenapa awak tak makan dekat luar je?" tanyaku.

Yalah, alang-alang ada kerja dekat luar, kenapa tak makan je dekat luar. Nak juga balik makan dekat rumah.

"Macam mana nak makan kalau Mak call saya, bagitau yang isteri saya tak ada selera nak makan. Dengan saya sekali hilang selera."

Aku ketap bibir. Kepala menunduk.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now