Bab 34

12.7K 497 33
                                    

Sebaik aku menjejak masuk kedalam rumah, terkedek-kedek si kecil Anaqi datang menghampiri. Dipeluk kakiku lalu ketawa kecil. Aku turut sama tersenyum.

"Cu.. App.." tangannya diangkat keatas, minta didukung. Aduih budak kecil ni.

"Sini, paksu yang dukung." baru sahaja Hamidi ingin mengangkatnya, pantas sahaja diturunkan tangannya lalu memeluk erat kakiku.

"Nonono..." kepala digelengnya. Aku senyum kecil.

"Okay-okay, jom ikut cik su." aku memimpin tangan Anaqi. Tersengih-sengih si kecil. Haih, Ciksu dalam pantang lagi anak oi.

"Sayang nak duduk bilik bawah atau bilik kita, dekat atas?" aku menghentikan langkah seketika. Tubuh terpaksa dikeraskan apabila Anaqi gagah menarik.

Aku memandang tangga.

"Dekat atas," balasku pendek. Hamidi mengangguk kecil.

"Awfa, tolong letak ni dalam bilik paksu ya?" pinta Hamidi kepada Awfa yang sedang menonton television. Akur sahaja si anak dara kecil itu.

"Nenek mana?" sempat Hamidi bertanya pada Awfa.

"Dekat dapur, dengan tok mummy." tok mummy, panggilan untuk mummy. Hamidi mengangguk.

"Jom," tanganku dipegang ketika kaki ingin menaiki tangga. Aku tidak menolak. Cuma masalah sekarang, si Anaqi ni. Ey budak kecil ni, nak dukung tak boleh. Entah berapa lama masa yang akan diambil kalau berterusan macam ni. Nak tunggu dia panjat satu-satu anak tangga.

"Anaqi , sini paksu dukung." tidak sempat Anaqi memberi tindak balas, Hamidi terlebih dahulu mengangkat kedalam dukungan.

Merengek-rengek si kecil minta dilepaskan. Aku ketawa kecil melihat muka cemberut Hamidi apabila Anaqi bertindak memukul mukanya.

Eh dia ni, pukul laki Cik Su pula!

"Id, Ecca," aku dan Hamidi serentak berpaling kearah gerangan yang memanggil. Satu tangan Hamidi mengunci pergerakan tangan Anaqi.

"Nak pergi mana?" tanya Mak.

"Naik bilik," balas Hamidi ringkas. Mak berkerut dahi.

"Mak dah siapkan bilik bawah untuk Ecca berpantang, senang sikit kalau dekat bawah." balas Mak.

Aku memandang Hamidi. Kenapa tak bagitahu awal-awal, kalau tak, tak adanya aku nak naik atas. Susah-susah mak siapkan bilik bawah.

"Kalau macam tu, Ecca duduk bilik bawah je." balasku dengan senyuman.

"Sayang, tadi kata nak duduk atas." ujar Hamidi tak puas hati. Dia ni, aku pelangkung juga kan.

Astaghfirullah, tak baik cakap macam tu!

"Mak dah siapkan bilik bawah, kan? Tak apalah..." balasku.

"Mak tak kisah pun kamu nak duduk mana-mana, asalkan kamu berpantang je." ujar mak dengan dahi yang berkerut. Pulak dah.

"Sayang duduk ataslah, lagipun Habib buat kerja dekat atas." Hamidi seolah memujuk.

"Hmm, kalau dah Id suruh tinggal dekat atas, kamu ikutkan ajelah." balas Mak. Hamidi dijeling oleh mak. Mungkin tak sangka yang anaknya gedik mengada.

Aku mengangguk.

"Pergilah naik, rehat. Id, kamu jangan nak ganggu Ecca rehat!" mak menitipkan pesanan keras buat Hamidi.

"Ye mak," akur Hamidi.

"Eh mak, ni ha satu lagi. Budak kecil ni," Anaqi diturunkan dari dukungan. Sebaik kakinya menjijak lantai, kakiku dipeluknya.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now