Bab 26

14K 551 86
                                    

Jam menunjukkan jam sembilan tiga puluh pagi sebaik aku dan Hamidi tiba di perkarangan hotel yang dulu pernah menjadi saksi persandingan aku dan Hamidi.

Cuma beza kali ini, hotel yang sama ini akan menjadi saksi majlis persandingan antara sahabat aku dan abang aku sendiri, Syaza dan Arham.

Jam dua belas tengahari, majlis akan bermula. Aku mengeluh kecil. Kenapalah si Arham ni nak bersanding tengahari, kan senang kalau bersanding malam selepas isyak. Usai majlis, terus boleh tidur.

"Aisya," aku menoleh kearah Hamidi.

"Ya?" Hamidi yang berada diatas katil itu aku dekati. Sudah hampir setengah jam kami sampai di sini. Ini bermakna sudah hampir jam sepuluh pagi.

Aku membaringkan kepala diatas ribanya. Boleh terlelap aku kalau begini. Tangan Hamidi diambil dan seperti selalu, aku suka bermain dengan tangannya.

"Habib,"

"Hmm?"

"Aisya takut."

"Takut apa pula ni, hmm?" kepalaku diusapnya lembut.

"Aisya takut kalau suatu hari nanti, Aisya akan hilang Habib dan Habib dah tak ingat tentang Aisya." pinggangnya aku peluk. Muka dibenamkan keperutnya.

Aku terdengar dia ketawa kecil.

"Kenapa boleh terfikir sampai macam tu sekali?" tanya Hamidi. Aku menggeleng tanda tiada jawapan.

Aku sendiri tidak pasti kenapa soalan sebegitu boleh terlanjur keluar dari bibirku. Mungkin perasaan insecure sebaik membaca artikal di laman social media tadi.

'Ditinggalkan suami ketika sedang hamil.'

Itulah tajuk utamanya. Aku mengeluh kecil. Tanganku masih erat memeluk pinggangnya, mukaku juga masih tersembam diperutnya.

"Habib,"

"Ya sayang," tangannya masih bergerak membelai.

"Habib takkan tinggalkan Aisya kan?" aku mengangkat wajah memandang Hamidi. Dia tersenyum sedang aku gelabah menanti jawapannya.

"In Shaa Allah, Habib tak tinggalkan Aisya." hidungku ditariknya.

"Tapi..." Hamidi membiarkan ayatnya tergantung. Memberi tanda tanya kepadaku.

"Tapi apa?" tanyaku tak betah.

"Tapi kalau Habib pergi dulu, Habib terpaksa tinggalkan Aisya." balasnya sambil tersenyum seolah ia tidak meninggalkan kesan kepadanya, sedang aku sudah tidak senang dengan ayat itu.

"Habib," aku menyembamkan kembali muka ke perutnya. Bibir bawah diketap. Air jernih sudah bertakung menanti arahan untuk mengalir jatuh.

"Janji dengan Aisya yang Habib kena bawa Aisya kemana pun Habib pergi." suaraku sudah bergetar.

"Tak boleh, sayang."

Aku diam. Sedikit terasa kerana janji tidak dimaterai.

"Habib manusia biasa, ada janji yang Habib mampu tunaikan dan ada yang tak mampu Habib tunaikan."

"Jadi, untuk janji yang ini. Habib tak rasa Habib mampu tunaikan. Habib minta maaf, ya?"

Aku menggeleng kecil. Bibir diketap menahan esakan. Airmata sudah jatuh.

"Sayang?" panggilan Hamidi aku endahkan.

"Kenapa ni? Cuba bagitahu Habib." sebelah tangannya sudah menggosok belakangku.

"Aisya takut Habib tinggalkan Aisya." jawabku tersekat menahan sedu.

"Mana ada. Aisya peluk Habib macam ni, macam mana Habib nak tinggalkan, hmm?"

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now