Bab 32

13.1K 514 63
                                    

Aku menyalami tangan Hamidi selepas siap mengaminkan doa.

"Esok Habib pergi kerja ke?" tanyaku. Hamidi menekapkan belakang tangannya didahiku. Kemudian menggeleng. Aku mengeluh perlahan.

"Habib buat Aisya rasa bersalah," aku meletakkan kepala diatas pahanya.

"Bersalah kenapa?" aku berdecit. Sudah tahu ditanya pula.

"Dah hampir seminggu Habib tak pergi kerja, sebab jaga Aisya." aku medongak sedikit, memandang wajahnya. Tangannya digenggamanku.

"Iya ke sebab rasa bersalah? Bukan sebab dah bosan tengok muka Habib?" hidungku ditariknya. Aku berdecit.

"Mana bosan tengok muka Habib," gumamku perlahan. Hamidi tidak membalas, hanya tangannya sibuk menari diatas perutku. Dia buat perut aku macam kertas kanvas.

"Habib,"

"Ya?"

"Esok Habib pergi kerja, ya? Jangan risau pasal Aisya." aku memandang Hamidi. Tiada respon. Aku mengeluh.

"Habib, dengar tak Aisya cakap ni?"

"Ya, Habib dengar." jawabnya malas. Kemudian mengeluh.

"Demam sayang tak kebah-kebah, macam mana Habib nak tinggalkan sayang sorang-sorang dekat rumah." ujar Hamidi.

"Aisya okay, Habib pergilah kerja. Jangan sebab Aisya, Habib abaikan cafe tu."

"Habib pun tak boleh abaikan tanggungjawab Habib juga." balasnya. Hidungku ditariknya. Aku senyum tipis, ada yang dia lupa nampaknya.

"Ingat tak yang Habib pernah kata Café tu pun tanggungjawab Habib?"

Jeda tiada balasan.

"Habib jangan lupakan tanggungjawab Habib sebagai majikan semata-mata nak fokus jalankan tanggungjawab sebagai suami." belakang tangannya digosok.

"Dah seminggu Habib tak pergi jenguk café, kan? Nanti apa pula kata abang Zaid. Dia percayakan Habib untuk jadi 'pemimpin' dekat café tu."

"Setiap hari Habib akan call Café untuk tanya keadaan. Jadi, Habib masih jalankan tanggungjawab sebagai majikan, kan?" aku mengeluh.

"Tak sama, Habib."

Aku bangun dari berbaring diatas pahanya, okay konon. Nak bangun pun Hamidi kena tolong. Punya tak ada kudrat bila demam.

"Pergi kerja esok, okay?" hidungnya aku tarik seperti kebiasaan yang dilakukannya kepadaku. Hamidi senyum kecil, kepalaku diusap.

"Demam-demam pun pandai pujuk Habib, ya?"

"Aisya tak demam, Aisya okay. Habib yang risau lebih." bersungguh aku mengatakannya.

"Degil,"

"Habib," aku memincingkan mata memandangnya. Dia meraup mukaku.

"Ya-ya, lusa Habib pergi kerja." aku menggeleng kecil. Orang suruh pergi esok, dia nak pergi lusa. Ey dia ni, nasib baik sayang kalau tak dah lama aku pelangkung.

Kemudian dia menyentuh dahiku sekali lagi, aku berdecit kecil.

"Aisya dah tak demam." Hamidi mencebik.

"Banyaklah dia tak demam. Kalau letak ayam dekat dahi sayang tu, boleh hangus ayam tu." ujar Hamidi seraya ketawa. Aku ketap bibir. Hiperbola-nya, suami siapa ni?

"Jom makan, lepastu makan ubat dan tidur." sambungnya. Di menghulurkan tangan membantu aku bangun. Aku cemberut.

Lagi-lagi ubat, lagi-lagi ubat.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now