Bab 51

11.8K 476 86
                                    

Masa yang berlalu dirasakan begitu pantas. Antara sedar atau tidak, kandunganku sudah menginjak ke bulan yang ke sembilan.

Sejak itu jugalah Hamidi sudah tidak pergi ke café, menggantikan aku membuat kerja rumah. Kemas katil, bilik, memasak, kemas dapur, kemas rumah, cuci baju, jemur baju hinggalah lipat baju. Itu semua dia yang buat.

Haram satu kerja pun aku buat.

Jadi, apa yang aku boleh buat? Hanyalah duduk. Tunggu dia siapkan semua kerja, barulah aku boleh spend time dengan dia. Sebelah petang pula, dia akan bawa aku jalan-jalan.

Kata orang, kena banyakkan berjalan untuk mudahkan proses melahirkan. Betul ke tidak, aku tak tahu. Hanya menurut.

Sambil menunggu dia siapkan kerja rumah, aku isikan masa aku dengan baca bahan bacaan untuk parenting, bercakap dengan baby, cari nama untuk baby dan sesuatu yang bermanfaat.

Tapi serasanya, hari ini kerja akan lambat siap. Sebab? Sebab Hamidi nak cuci semua pakaian baby yang baru beli. Tak kira baju, seluar, topi, sarung tangan dan kaki hatta kain bekung sekalipun.

"Sayang!" laungan Hamidi dari dapur menyentakkan aku. Buku nama-nama pilihan untuk bayi ditutup dan diletakkan ditepi.

'Apa pula laki aku buat kali ni,' hati aku bermonolog.

Baru sahaja aku ingin bangun dari duduk, Hamidi terlebih dahulu berdiri didepan aku. Tersenyum-senyum memandangku.

"Ada apa?" tanyaku pelik.

"Habib tercampur baju putih dengan baju berwarna sekali," jawabnya seraya tersengih.

Aku jeda sambil memandangnya.

"Sorry..." ujarnya lagi.

"Ada warna yang terkena baju putih tak?" tanyaku.

Hamidi menggeleng. Aku ukir senyum sebelum bertular menjadi tawa.

"Permohonan maaf diterima," ujarku dengan tawa yang tersisa.

Hamidi tersenyum lebar.

Buat apa aku marah, sedang Hamidi sudah berpenat uruskan kerja rumah. Takkan disebabkan hal sekecil itu, aku perlu terasa hati dan merajuk.

Satu kucupun singgah dipipiku. Aku menjengilkan mata memandangnya. Ini lagi satu perangai. Sejak dua menjak ni, suka sangat ambil kesempatan.

Hamidi mengenyitkan mata. Kali ini dia pula yang ketawa.

"Kejap tau, ada sikit lagi kerja. Lepastu kita baca quran sama-sama," ujar Hamidi. Aku menganggukkan kepala.

Dan ini satu lagi rutin baru. Tak adalah baru, sejak aku mengandung lagi memang dah ada rutin ni. Tapi selalunya dia akan buat sorang-sorang bila aku dah tidur.

Iyalah kan, pagi sampai petang dekat café. Malam pula nak layan kerenah aku. Mana sempatnya nak buat rutin ni sama-sama. Tak, bukan tak sempat cuma jarang-jarang kami buat sama-sama.

Eh, aku cakap apa ni?

"Sekejap tau, baba siapkan kerja. Jangan nakal-nakal, kesian mama." kali ini perutku pula dikucupnya. Kemudian dia meminta diri untuk kembali menyambung kerjanya.

Sebaik Hamidi hilang dari pandangan, aku mengusap perutku.

"Bila dah besar nanti, jadi anak soleh tau. Taat perintah Allah, jadi hamba yang Allah sayang." aku berbicara sambil tangan mengusap perut.

Untuk jantina anak kami nanti, aku dan Hamidi memilih untuk tidak membuat pemeriksaan jantina.

Bagi kami, lelaki atau perempuan, kedua-duanya adalah amanah dari Allah yang perlu aku dan Hamidi jaga sebaik mungkin. Anugerah yang tak ternilai harganya jika ingin dibandingkan dengan harta duniawi, kerana anak adalah harta ukhrawi yang tiada tandingan nilai.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now