Bab 47

12.3K 475 80
                                    

Pagi yang kalut. Hampir-hampir sahaja aku dan Hamidi terlepas subuh. Entah dimana silapnya. Nak kata lupa set alarm, tidak juga.

Setengah jam kami terlewat subuh. Solat pun asing-asing, takut terlambat. Hamidi pula, mandi ala kadar sahaja. Cukup untuk membersihkan diri sebelum solat.

Aku pula? Macam biasa, susah betul nak mandi pagi hari. Tapi bila mengingatkan mak mertua ada sekali, malu pula nak mandi lewat. Jadi, lepas solat barulah aku mandi.

Kalau mandi sebelum solat, maknanya habis waktu subuh jawabnya.

Aku melabuhkan punggung diatas katil sambil tangan menggosok rambut menggunakan tuala; nak keringkan rambut.

Hamidi pula masih diatas sejadah. Membaca al-quran. Selalunya dia akan baca dua muka surat sahaja, tapi memandangkan dia tak bangun solat malam. Muka surat digandakan.

Aku? Apa ingat aku tak baca quran ke? Baca okay. Kalau tak baca nanti kena marah, lepastu kena cubit-cubit manja dek Hamidi. Cuma, aku baca lepas maghrib. Tidak sekerap Hamidi; lepas solat malam, subuh dan maghrib.

"Sodaqollahul 'azim..." Hamidi menutup naskhah al-quran. Dia diam seketika diatas sejadah. Memang rutinnya.

Tidak lama kemudian, Hamidi bangun. Sejadah dilipat dan diletakkan di penyangkut manakala al-quran diletakkan diatas meja kerja.

"Sayang," aku yang tika itu sedang menyikat rambut, berhenti seketika. Pandangan dialihkan kepada Hamidi yang sudah membaringkan tubuh diatas katil dengan mata terpejam.

"Habib nak keluar sekejap lepas ni," ujarnya.

"Pergi mana?" tanyaku. Hamidi membuka matanya, lalu bangun dari perbaringan. Duduk dibirai katil.

"Nak pergi café," jawabnya. Aku mengangguk faham.

"Nak Aisya siapkan pakaian tak?" tanyaku.

Hamidi menggeleng kecil.

"Tak apa, Habib buat sendiri." balasnya lalu bangun dari duduk. Aku dihampirinya sebelum tangannya mencapai pengikat rambut yang terletak diatas meja solek. Rambutku diikatnya gaya ponytail.

"Ermm kalau macam tu, Aisya pergi dapur dulu. Dah lewat ni, entah-entah Mak dah siap buatkan sarapan." ujarku sambil mata tetap memerhati Hamidi yang sedang mengikat rambutku melaluu cermin.

Hamidi mengangguk.

"Okay, hati-hati." balasnya, pipiku dikucup sekilas. Aku tersengih. Kepalaku diusapnya sebelum beredar ke almari pakaian.

Aku pula memilih untuk mengatur langkah ke dapur.

Nampaknya mak sudah berada di dapur. Syaza dan Fea turut ada sekali.

"Good morning, akak!" ceria sahaja Fea menegur. Aku tersenyum sebelum turut membalas.

"Good morning," balasku.

"Lewat hari ni, dua-dua terbabas ke?" tanya Syaza dengan nada usikan. Dia menjongketkan kening. Aku menjelingnya tajam.

"Ish Kak Syaza ni, mestilah terbabas. Dua-dua lena sangat, lepas rindu katakan..." sambung Fea sebelum kedua-duanya ketawa mengekek.

Nampaknya Syaza dah jadi gang Fea. Mungkin aku patut jual Fea sekali. Sesiapa yang berminat, boleh swipe up.

Malas melayan, aku atur langkah ke arah mak.

"Mak, ada apa-apa Ecca boleh tolong?" tanyaku sebaik menapak di sebelah mak.

"Mak baru je nak goreng mee, Ecca gorengkan, boleh?" balas mak. Aku mengangguk.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now