Bab 09

14.1K 592 71
                                    

Kekanan kekiri, sekejap mendongak, sekejap menunduk. Tidak ubah seperti patung aku diperlakukan. Kalau tak difikirkan Qistina seorang yang lemah lembut, memang dah lama aku luku. Dahlah tadi suruh aku pilih sama ada dress atau suits. Dan aku memilih dress.

"Siap!" Jeritnya riang sambil menepuk tangan dengan wajah yang terpancar keterujaan dan kepuasan hati. Untung sahaja tidak terkinja-kinja.

"Masya Allah, Awak nampak cantik sangat!" Katanya. Aku berdiri memandang pantulan diriku didalam cermin. Aku terpaku buat seketika. Rambutku. Satu perasaan yang tidak pernah aku rasakan menyusup masuk kedalam hati.

Terasa bahang ditubir mataku. Perlahan-lahan tanganku menyentuh juntaian selendang dibahu. Aku pakai tudung. Lama aku memandang pantulan diriku didalam cermin itu.

Lamunanku terhenti bila terasa ada figura yang memelukku dari tepi. Aku tersentak. Aku menoleh ketepi. Qistina yang memelukku rupanya. Aku mendongak tatkala terasa yang benteng air mataku akan pecah.

"Cantiknya!" Pujinya sekali lagi lalu melepaskan pelukan. Aku memberi senyuman tawar kepadanya. Terasa selamat berpakaian sebegini. Menutup rambut.

"Jom!" Ajak Qistina. Tanpa menunggu balasan dariku dia menarik aku keluar. Pintu chalet selamat dikuncinya. Qistina menarik aku. Tetapi aku masih pegun berdiri, statik tidak bergerak. Qistina memandang aku, pelik. Yelah, siapa je tak pelik kalau pakai cantik-cantik tapi tak nak jalan. Erk, cantik ke?

"Kenapa?"

"Seganlah."

"Nak segan buat apanya? Jomlah." Pujuknya lagi. Aku memandang pemakaianku. Lain, yeah lain dari kebiasaan. Macam mana aku nak berkeyakinan depan public kalau selalunya aku berpakaian tidak seperti ini. Tambahan lagi, kali ini aku mengenakan hijab.

Terasa diri terdorong kehadapan. Qistina, degil betul dia ni. Macam manalah aku nak hadap seorang demi seorang. Ouh tidak, pasti Hamidi akan memandangku sinis.

Mummy, nak balik!

Tanpa sedar aku sudah berada dihadapan pintu dewan tertutup, Qistina masih setia disisi. Kenapa rasa lain macam ni, berdebar, takut, tak berkeyakinan semuanya bercampur menjadi satu. Tapi ada satu perasaan yang aku rasa susah untuk aku rasai, aku rasa selamat. Ya, selamat berpakaian begini.

"Ready?' Soal Qistina kepadaku. Aku diam tidak berkutik. Melihatkan responku yang sebegitu rupa, Qistina berura-ura membuka pintu tetapi cepat dihalangku.

"Saya nak tukar baju." Kataku.

"Laa, kenapa? Tak best lah macam ni." Balasnya, kedengaran juga nada rajuknya.

"Jomlah." Belum sempat aku menarik Qistina kembali ke chalet, pintu dibuka dari dalam.

"Qis, kenapa tak ma.." Aku memalingkan wajah kearah lain sebaik mendengar suara itu.

"Dah nak masuk dah ni, kebetulan kau buka pintu." Balas Qistina.

"Jomlah Ecca." Ajak Qistina. OK, izinkan aku nak hempuk kepala budak ni.

"Ecca?" Soal suara tadi tadi.

"Na'am, habibatuka. (Ya, kekasih kau.)" Balas Qistina. Bahasa apa pula ni!

"Hal tamzah maei? La 'usadiq dhalik (kau bergurau ke? Tak percayalah)"

Qistina merengus geram. Diorang cakap apa?

"Daeni 'araa wajhuha. (aku nak tengok muka dia)"

"Alah kau ni, banyak songeh lah!" Rungut Qistina.

"Ecca, pusing sini sikit." Arah Qistina. Nak aku hadap Hamidi dalam keaadaan begini. Ouh lupa nak bagitahu, manusia yang buka pintu tu, Athief Hamidi. Perlahan-lahan aku memalingkan wajah. Setelah yakin aku berani.

Ustaz, Tunggu Saya!Kde žijí příběhy. Začni objevovat