UTS Beraya #1

5.7K 333 68
                                    

Akhtar Huzaiman.

Putera kedua kami merangkap cahaya mata ketiga kami. Cepat masa berlalu. Yang dulunya hidup berdua, kini sudah berlima. Kehadiran si kecil yang menambah lagi seri kebahagiaan dalam mahligai kami.

Bunyi pintu wad dibuka membuatkan aku membuang pandang kearah itu. Tiga insan penting masuk kedalam. Seorang didukungan, seorang lagi sudah berlari memanjat katil hospital.

"Assalamualaikum," Hamidi memberi salam. Didukungannya si anak dara kami, Aileen Huwainaa.

"Wa'alaikumussalam," salam Hamidi aku jawab. Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Hamidi sambut dan seperti biasa, satu kucupan singgah di dahiku.

"Mama, adik tidur ke?" tanya Huzair.

"Iya adik tidur, baru je tidur tadi. Huzair nak main dengan adik ke?" aku bertanya kembali. Laju sahaja Huzair mengangguk.

Patutlah dari tadi duk intai-intai si adik. Kemudian pandanganku jatuh pada Aileen didukungan Hamidi. Terlentok kepalanya dibahu Hamidi. Langsung tak pandang aku.

"Aileen tidur ke?" tanyaku kepada Hamidi. Hamidi menggeleng.

"Baru lepas nangis," jawab Hamidi. Dah kenapa pula nak menangis.

"Aileen nangis sebab dia taknak adik boy, dia mengamuk tadi dekat rumah." tak sempat aku tanya, Huzair terlebih dahulu memberitahu.

Aku pandang Hamidi, meminta pengesahan. Melihatkan senyuman Hamidi, tahulah aku apa yang dikatakan Huzair tu betul.

"Aileen sayang..." tangan Aileen aku raih. Tapi ditariknya laju. Merajuk dengan aku ke?

"Kenapa buat macam tu, tak baik..." tegur Hamidi. Aileen, ratu merajuk dan ratu drama serta kaki gigit orang. Aku pun surrender dengan dia kalau bab merajuk.

Kalau Huzair dulu asyik menempel dengan aku, Aileen pula asyik dengan Hamidi. Akhtar nanti aku tak tahulah.

Bila Hamidi tak ada dekat rumah dua tiga hari, mulalah nak demam, tak lalu makan sampailah Hamidi balik. Anak baba katakan. Mengalahkan aku. Aku pula yang kena pendam sekarang ni, maklumlah kena berkongsi dengan 'orang lain'.

"Aileen taknak tengok adik ke?" aku cuba mengajaknya berbual. Aileen menggeleng. Aku pandang Hamidi.

"Tadi Aileen kata nak hug mama, kan?" Hamidi pula bersuara. Perlahan sahaja dia mengangguk.

"Okay hug mama cepat, nanti Abang Huzair hug mama." barulah dia berpaling kearah aku. Aku tersenyum. Sembab betul mata princess mama ni.

Hamidi letakkan Aileen diatas katil apabila aku menginjak sedikit, memberi ruang. Bayi ditanganku, Hamidi ambil dan dukung. Barulah Aileen peluk aku.

Pipinya aku cium. Aileen turut membalas, diciumnya kedua belah pipiku.

"Aileen suka tak dapat jadi kakak?"

Laju sahaja dia menggeleng. Aku berpandangan dengan Hamidi. Alahai anak dara sorang ni.

"Nanti Aileen tolong mama jaga adik, boleh?"

"Taknakkkk!" bentak Aileen, dia berpeluk tubuh. Tajam dia memandang Akhtar di dukungan Hamidi.

"Baba angan utung dia," ujar Aileen. Tercebik-cebik mulutnya. Kepala digeleng laju.

"Ish Aileen ni, biarlah baba nak dukung adik..." Huzair bersuara geram. Menegur si adik.

"Baba dukung sekejap je, sayang." pujukku. Tetap juga dia menggeleng. Aku pandang Hamidi, minta pertolongan. Boleh pula dia diam je duk perhati. Lepastu jongket bahu.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now