Bab 29

10.6K 506 52
                                    

Aku mencelikkan mata perlahan-lahan apabila terdengar suara orang sedang berbual. Lenaku terganggu. Lena? Bila masa aku tidur?

"Ecca belum sedar?" suara mak bertanya.

Aku berpaling kearah datangnya suara itu. Hamidi menggeleng kecil. Kepalanya menunduk memandang gambar ditangannya. Gambar, gambar yang aku jumpa tadi. Mak juga turut memandang pada tempat yang sama. Masih tidak sedar yang aku sudah bangun.

"Mak," Hamidi angkat kepala memandang Mak.

"Bila mak dapat gambar ni?" tanya Hamidi.

"Dua hari sebelum kamu pergi Singapore." jawab Mak. Hamidi menggosok belakang lehernya, pasti serabut.

"Id, jujur mak bagitahu. Mak terkilan dengan pilihan Id." sambung Mak. Langsung merentap tangkal hati aku, aku kemam bibir. Hamidi mengeluh lemah.

"Mak, benda ni dah lepas."

"Dalam ramai-ramai perempuan, kenapa perempuan macam ni yang Id pilih? Apa yang Id tertarik dengan dia dulu?" tanya Mak. Tanpa sedar mataku sudah berair, setiap bait yang dibicarakan mereka, sangat jelas dipendengaran aku walau mereka sedaya upaya mmeperlahankan suara.

"Mak, tolonglah..."

"Mak terkilan..." serentak itu berpaling kearahku. Jelas riaknya tergamam, mungkin tak sangka aku dah sedar. Hamidi turut memandang sama. Aku senyum tipis, cuba bangun dari perbaringan. Kepala disandarkan dikepala katil. Mak menyusun langkah keluar bilik.

Aku menginjak sedikit apabila Hamidi melabuhkan punggung disisiku. Menginjak bukan sebab memberi ruang, tetapi lebih kepada menjauhkan diri. Suasana sunyi seketika. Kekok? Pastinya.

Hamidi menghulurkan air masak. Baru sahaja aku ingin menyambut, dia menjauhkan kembali gelas tersebut. Apalagi?!

"Biar Habib suapkan."

Aku menggeleng. Gelas dipegangannya aku ambil. Dicicip perlahan. Kemudian dihulurkan kembali kepadanya, Hamidi mengambil gelas tersebut. Aku menunduk, bermain dengan perutku.

"Taknak peluk Habib ke? Kata rindu." Hamidi bersuara. Aku ketap bibir apabila Hamidi sedikit menunduk, mencari anak mataku.

"Hey, taknak peluk Habib ke?" lenganku dicucuknya. Aku menolak perlahan.

"Marah Habib sebab balik lambat ke?" tanya Hamidi lagi. Bukannya aku tidak tahu, dia cuba untuk buat aku lupa kejadian tadi.

"Aisya dengar apa yang mak cakap tadi."

Jeda seketika. Hamidi hela nafas berat.

"Aisya," aku menjauhkan tanganku apabila Hamidi cuba mencapainya.

"Mak tak suka Aisya. Mak benci Aisya."

"Tak. Mak sayang Aisya, mak tak benci Aisya pun." Hamidi memendekkan jarak antara kami. Sempat dia halang tindakanku dari menginjak menjauhi.

Aku menggeleng.

"Tak payah nak sedapkan hati Aisya. Aisya dah dengar. Aisya dah dengar apa yang mak cakap tadi." bergetar suaraku.

"Mak tak suka Aisya." esakan yang ditahan, pecah jua. Tindakan reflekks Hamidi menarik aku lembut kedalam pelukan, tidak sempat ditahan.

Esakan pecah didadanya.

"Shh... Mak sayang Aisya. Mak terkejut je tu." belakangku diusap, cuba menenangkanku. Dadanya aku tolak.

"Aisya tak bodohlah, Aisya dengar!" tak semena-mena suaraku meninggi.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now