Bab 39

10.9K 503 49
                                    

Tidak dapat daku nafikan, bab ini penuh dengan kepelikan dan ketidaklogikam sebenarnya. Tapi, baca jelah...

Halalkan jelah yang mana typo tu 🤪










.

Haba yang menyentuh kulitku sedikit sebanyak menganggu lenaku. Nak dikatakan kipas rosak, elok-elok saja malam sebelum ini. Lagi menambah kerutan apabila terasa ada lilitan tangan dipinggang.

Aku membuka mata melihat apa yang berada di pinggangku. Dahi berkerut. Aku meraba meja lampu disisi katil, sebaik tangan menyentuh telefon, skrin dinyalakan untuk melihat jam. Jam dua pagi.

Bulu roma naik menegak. Tangan dipinggangku disentuh perlahan-lahan. Panas. Tangan dialih, tubuhku dipusing menghadap kebelakang dengan tindak balas adrenalin dalam badan.

"Habib?" terkejut aku melihatkan Hamidi disebelahku. Tangan naik menyentuh dahinya, panas. Ada beberapa titisan peluh didahinya aku lap.

Aku bangun dari perbaringan. Eh jap, betul ke ni suami aku? Atau 'benda lain'?

Aku memerhati segenap sudut bilik. Apabila menangkap beg pakaian milik Hamidi, barulah hati yakin bahawa itu Hamidi. Cuma, yang tengah buat aku risau sekarang adalah suhu tubuhnya yang panas.

Aku turun dari katil. Dibetulkan sedikit posisi Hamidi agar lebih selesa. Sekali lagi dahi Hamidi disentuh.

Balik tak bagitahu, alih-alih demam. Dah kenapa suami aku ni?

Aku atur langkah ke dapur. Mangkuk sederhana besar diambil dan diisi air. Kabinet dapur diselongkar mencari ubat demam jika ada. Sebaik menjumpainya, aku ambil pula segelas air minuman.

Dibawa berhati-hati masuk kedalam bilik. Mangkuk terisi air diletakkan diatas meja sisi katil. Begitu juga dengan gelas serta ubat tadi. Kaki mengatur langkah ke almari, mengambil tuala kecil.

Tuala dicelup ke dalam mangkuk tadi sebelum diperah kembali. Muka Hamidi dilap penuh cermat. Sesekali dia bergerak kecil.

"Sayang," panggil Hamidi perlahan. Tanganku dipegang. Cepat saja aku merasa haba panas tubuhnya.

"Ya, Aisya ada ni." tangan yang basah, dilalukan di rambutnya. Berkerut-kerut dahi Hamidi.

"Sejuk," rengeknya. Aku senyum kecil.

"Habib bangun makan ubat dulu, ya?"

Hamidi menggeleng kecil. Aku memincingkan mata. Nak mula buat hal da...

"Makanlah ubat dulu, lepastu Aisya teman Habib tidur, okay?" pujukku. Sambil-sambil itu, aku membetulkan selimut. Hamidi menggeleng.

"Nak sayang, sejuk."

"Demam-demam pun gatal lagi, ya?"

Hamidi ukir senyum kecil. Dari gaya dia senyum pun aku tahu dia tak larat. Haih, kesian pula aku.

"Jadi selimut Habib sekejap," pintanya. Matanya sudah terbuka sedikit.

"Makan ubat," tegasku. Hamidi menggeleng.

"Tak makan ubat, tak ada selimut."

Dengan pakcik ni, kena bertegas sikit.

"Tak sayang Habib-lah tu," suaranya yang sememangnya perlahan, mengendur. Nak-nak dengar je suara dia.

Aku mengeluh. Memang tak boleh bertegas. Akhirnya aku mengalah. Aku berbaring disebelahnya. Kedudukan sedikit tinggi daripadanya. Senang untuk aku bangun mengelap tubuhnya nanti.

"Sayang sayang," ujarnya. Aku menggeleng kecil. Macam-macam perangai bila demam.

Tubuhnya ditepuk bagai mengulit si kecil. Sedar tak sedar, lena menjemput kami bersama.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now