Bab 02

19.3K 731 31
                                    

Usai membersihkan diri, aku turun kebawah mencari  Yana, anak saudara kesayanganku. Langkah diatur menuju kekolam, tempat aku dan Yana selalu melepak. Satu susuk tubuh kelihatan sedang merendamkan kaki didalam kolam.

Aku mendekatinya perlahan-lahan supaya dia tidak perasan akan kehadiranku.

BAA!

Akibat terkejut dengan sergahanku, serta-merta Yana jatuh kedalam kolam. Nasib baik kau pandai berenang, nak. Aku melepaskan tawa galak. Sedangkan Yana sudah memuncung marah.

"Aunty, you're so cruel!" marah Yana. Air kolam ditepuknya geram. Aku senyum tak bersalah.

"Bukan selalu aunty jadi kejam tau." balasku. Yana berenang mendekatiku.

"Tolong Yana naik." ujarnya. Budak kecil ni, nama je membesar dekat NewYork tapi petah bahasa melayu.

Aku hulurkan tangan untuk membantunya naik. Nasib baik dia tak tarik aku masuk kolam. Tuala yang memang sudah disediakan diambil untuk diletakkan dibadannya.

Yana menjeling aku tajam. Jelingan dia ni, dia punya tajam memang sama dengan aku.

"Nasib baik aunty sakit, kalau tak Yana dah tarik aunty sekali dah." Katanya

"Bila masa pula aunty sakit?" Tanyaku.

"Papa cakap aunty sakit. Tu yang Yana tak boleh tidur dengan aunty semalam."

Aku jeda seketika. Ouh, Arfan cover line aku. Aku senyum tipis. Dia tak bagi Yana nampak aku dalam keadaan mabuk, jadi dia kata aku sakit. Bijak punya abang.

"Ha, betullah aunty sakit semalam. Tapi sekarang dah sihat, sebab ada nenek ni." Kataku.

"Siapa nenek?" tanya Yana. Innocent betul budak kecil ni.

"You-lah, nenek. Membebel aje kerja. Tok mummy pun tak kuat membebel macam Yana." Balas aku.

"Aunty pun sama je! Kuat nagging!" dengusnya. Taknak kalah.

Budak ni kan, tak padan dengan umur. Ada jugak nanti budak kena campak dalam kolam.

"Yana," Satu suara garau menegur dari belakang, aku dan Yana serentak memandang.

"Papa," Yana mencebik, nak mengadulah tu.

"Kenapa basah ni?" tanya Arfan. Yana menunjukkan kearahku.

"Aunty tolak Yana masuk kolam." adunya. Arfan memandangku, aku senyum tak bersalah. Dia menggeleng kecil sahaja. Arfan baik, dia tak marah aku.

"Yana tolong ambilkan papa air, boleh?" Yana mengangguk lalu bangun meninggalkan aku dan Arfan. Arfan melabuhkan punggung diatas kerusi yang terdapat disitu.

"Ecca masih single ke sekarang?" Tanya abang. Aku berkerut dahi. Tiba-tiba je tanya.

"Kenapa? Abang nak jadi pakwe Ecca?" aku ketawa kecil dengan soalan aku. Gila betul.

"Ada pula macam tu."

"Habistu, kenapa tanya?"

"Tak adalah, abang nak kenalkan Ecca dengan kawan abang sebenarnya."

"Handsome tak?" soalku. Arfan turut tersengih memandangku.

"Handsome gila-gila. Dia baru tamat belajar dekat Jordan." serta-merta senyumanku mati. Aku menjelingnya.

"Tak nak lah."

"Kenapa pula?"

"Alumni dari Jordan, terang-terang jadi 'lebai' nanti. Not my taste."

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now