2: PENGENALAN

934 49 5
                                    

Aku berjalan menunduk, bagai tiada 'mood', entah apa yang aku fikir ketika menjawab kertas peperiksaan PMR pagi tadi. AKu jawab tapi hati rasa gelisah. Tapi sebaliknya bagi kawan aku bertiga dihadapan aku ini.

"Man kau jawab tak soalan last, soalan nombor 20  tadi? soalan tu susah nak mati" soal Arif "siapa lah yang buat soalan tu" tambahnya lagi

"soalan 20? ada ke?" soal Man pelik, Kudin di tengah - tengah hanya mendengar dari dua pihak

"Ada" jawab aku dari belakang

Masing - masing menoleh ke arah aku serentak

"kau okay tak ni Yad?" soal kudin yang dari tadi senyap

"entah la, aku macam tak ada 'mood' lepas jawab exam" jawab aku 

"dah kau ni tetiba ada kat belakang kitorang ni kenapa? terkejut aku" ujar Man

"hah? aku dari tadi aku ada kat belakang korang la, takkan korang tak perasan?" soal aku

Masing masing menggeleng kepala

Pelik bin Ajaib, dah nak sampai rumah kenapa sorang pun tak perasan? itu pun aku bersuara, kalau aku diam tadi memang sampai esok la diorang tak tahu aku balik dengan diorang.

Ni bukan pertama kali benda macam ni terjadi. 

FLASBACK 3 MINGGU LALU DI RUMAH

Kali pertama terjadi waktu aku kat rumah, aku turun anak tangga untuk menuju ke dapur untuk teman Mak aku masak di dapur, memang rutin aku la kalau Mak aku masak aku tolong siang sayur. 

Aku perasan Mak aku masak dengan khusyuk padahal goreng ayam je, aku pun amek tempat duduk kat meja makan, aku siang la kangkung, aku patah-patahkan batang kangkung tu letak dalam mangkuk, aku siap basuh sayur tu pergi ke sinki. Lepas aku basuh aku amek tempat yang sama aku duduk siang sayur tadi. Tiba-tiba Mak aku ngomel sesorang, dah la mengumpat pasal aku lak tu. 

"Yaaddd, mari lah turun, tolong Mak kat dapur siang sayur" laung mak aku sambil menjengah muka di muka anak tangga

Aku hanya memerhati gelagat Mak aku, muka aku dah macam ni          -____-"

"YYYaaaaddddd" mak aku menyeru nama aku lagi

"Mak, mak ni kenapa?" soal aku dengan muka pelik, aku nak gelak tapi sabar kejap. hahahhaha

"ASATAGHFIRULLAHHH!!! budak ni kan, suka terperanjatkan orang, kau kalau Mak ni ada darah tinggi ke sakit jantung ke, rasanya dah nazak dah sekarang ni" biasalah, aku tak pasti apa kesalahan aku ni

"dari tadi Yad ada kat sini la Mak, kangkung ni pun dah siap siang" terang aku

"hah? Mak tak sedar pun kau ada kat sini, bila kau datang?" kini muka Mak aku yang pelik

"dah 15minit Yad tercongok kat sini" terang aku

Mak aku hanya melihat aku sambil menggaru kepala. HAHAHHAHAA... kelakar la Mak aku ni.

END OF FLASHBACK

"khusyuk eh korang dengar, dah la, aku nak balik dah, byeeee" aku melambai kawan aku dan berarah ke satu simpang menuju kerumah aku

"bye Yad" masing - masing melambai

Jarak rumah aku dengan kawan aku bertiga tu dalam 500M, agak jauh sikit la, rumah aku jauh ke dalam, mereka hanya di luar jalan raya besar ini sahaja. 

Untuk mengambil jalan pintas aku kene amek jalan ditepi pinggir hutan, aku niat tak nak lalu situ tapi disebabkan aku dah lapar sangat tengah hari tu. Aku ambil keputusan lalu di kawasan itu. Semenjak peristiwa aku berjumpa 'makhluk' berbulu dulu aku dah jarang lalu di kawasan ini. 

Sedang aku jalan tiba tiba aku terdengar tangisan lelaki, aku mula mencari dimana arah datangnya suara tangisan itu. AKu memanjangkan leher aku untuk melihat sekitar kawasan, namun tiada. 

"meoww" 

Dah bunyi kucing pulak, mana datangnya ni? soal aku dalam hati

"meoowwww" bunyi makin dekat

Muncul satu kepala kucing, anak kucing berbadan hitam likat, anak kucing itu berlari kearah aku, aku beranjak kebelakang sedikit untuk membetulkan penglihatan aku, samada betul ke kucing di depan aku ni?

Sah, memang anak kucing "alolololo, comelnya awak ni" aku menggaru kepalanya tetapi, aku terlihat kaki kiri dan bahu kanan kucing tersebut berdarah, maknanya anak kucing ini tercedera. 

"eh awak cedera ni, kesian awak, siapa buat awak ni?" soal aku sambil usapnya dengan manja "awak kena balik rumah awak, nanti mak awak cari" pujuk aku, macam la kucing ni faham apa aku katakan. HAHAHAHAH...

"bye, harap awak sihat" aku pun beredar perlahan lahan meninggalkan kucing tersebut, tapi tak sampai hati, mana dia nak cari makanan kat pinggir hutan macam ni, mesti ada orang naik motor langgar si comel ni.

AKu menoleh kearah belakang, dia mengekori aku dengan ter injut-injut disebakan kecederan dialami sambil "meooww meeoowwww" aku tak sampai hati la

Aku berpatah balik dan ambil dalam pelukan aku sehingga kerumah. 

Macam biasa la, Mak aku dengan membebel berpisah tiada. 

"nanti kucing ni dah elok, kau hantar dia ke pasar di pekan sana" terang mak aku dengan nada tegas

"yelaaaaa Yad Janji" janji aku, tiba tiba anak kucing ni memaling kearah muka aku dengan mata bulatnya. Alllllaaaaaa comellllaaaaa.... 

_________________________________________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_________________________________________________________________

**Hello readers, jangan lupa tekan star and komen kat ruangan komen. Thank you baca hasil nukilan saya yang tak seberapa ini**



KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now