6: JUMPA

603 34 0
                                    

Hujan lebat membasahi bumi. Aku hanya berteleku ditepi kedai. Lelah mencari buah hati aku. Dengan hujan macam ni, tak sanggup bila memikirkan Kesuma kelaparan dan tak ada tempat berteduh. Aku biarkan diri ini rehat sebentar. 

___________

"hoi budak! tepilah" 

Kedengaran jerkahan dihadapan aku. 

Lantas aku bangun dengan serta merta, pandangan aku kabur, aku menggosok mata untuk memperbetulkan pandangan. 

'dah malam?' bisik aku dalam hati, tatkala aku melihat sekeliling aku dah gelap, ternyata aku tertidur sehingga malam

AKu melihat susuk tubuh yang menjerkah aku tadi mengambil tempat untuk tidur di kaki lima kedai tersebut. 

"bang, pukul berapa sekarang ya bang?" soal aku 

"mana lah aku tahu, dah la jangan kacau aku!" tempik lelaki tu

Aku jadi takut dengan suasana di pekan ni walhal aku selalu je datang ke sini untuk beli barang sekolah. Tak tahu kenapa hari ini jadi lain suasananya. Rasa tak selamat. Nak balik tapi aku tak nampak satu bas lalu lalang, mungkin  perkhidmatan bas dah tamat beberapa jam yang lalu. 

_________

"abang... abang ada jumpa anak kita tak bang? kenapa abang balik sorang je?" soal Mak Yah, airmata mula bertakung

"dah malam dah Yah, abang dah cari Yadd, tapi abang tak jumpa" Tuan Berahim berasa hairan, pekan tidak la sebesar kawasan bandar tapi kelibat anaknya tidak dijumpainya. 

"abang pergi la cari lagi" rayu Mak Yah

"esok abang cari la Yah, abang nak mandi lepastu abang nak solat, semua salah awak la ni" Tuan Berahim masih bengang dengan perbuatan isterinya, dia berkata sedemikian untuk membuatkannya lebih rasa bersalah.

Esakan Mak yah makin kencang. Tak sanggup dia memikirkan keadaan anak bujangnya di luar tu, apakah dia makan atau tidak. Dengan keadaan hujan lebat tadi. Makin sayu bila lauk kegemaran anak bujangnya terpaksa disimpan di dalam peti ais. 

_____________

"Kesuma? Kesuma..." laung aku di satu lorong, walaupun lorong tu samar-samar aku tetap nak pergi tengok kalau Kesuma ada disitu

"waahhh... Kita ada lauk hari ni geng" satu suara berada dibelakang aku

Aku menoleh kebelakang untuk melihat siapa gerangan yang berkata demikian. 3 orang lelaki, tapi aku nampak mukanya macam orang hisap dadah je. 

"abang, sekarang pukul berapa?" soal aku baik untuk dapat kepastian jam berapa sekarang, aku tak tau kenapa tiba-tiba nak tanya pasal masa

"sekarang dah pukul 2 pagi" jawabnya pendek "nak duit, kau kasi aku duit" pinta lelaki tersebut

"saya mana ada duit, saya budak sekolah lagi la" terang aku dalam ketakutan

"budak sekolah? lagi senang kerja aku, aku boleh bunuh kau lepastu jual organ dalam badan kau ni, tak pun aku jadikan kau pelacur" HAHAHAHAHAH... dasar ayam mas!!

Salah seorang dari mereka bertiga mengeluarkan pisau lipat dan berlari kearah aku

Aku terduduk dalam ketakutan. 

BUUSSHH!!!

Satu tendangan dari arah belakang aku terkena samseng tersebut, lantas tangan aku ditarik

"dah jom lari!!" 

Aku pun berlari sekuat hati aku, ternyata aku tak seaktif dulu lagi, pemuda di hadapan aku lari tanpa baju tetapi hanya berseluar jean. AKu hanya ikut kemana dia lari. Penyelamat aku!! 

Aku berlari sehingga tiada terlihat kelibat samseng tadi. 

"dah aku rasa kita selamat dekat sini" terang Penyelamat aku

Aku masih tercungap cungap menarik oksigen masuk ke dalam paru paru. Pancitttt.

"jom duduk kat depan kedai ni" ajak Penyelamat aku "kau buat apa kat sini?" suaranya yang sedikit tegas

"aku cari kucing aku, kau ada nampak tak? dia warna hitam, ekor panjang" terang aku sambil duduk bersila dan bersandar di hadapan kedai 

"Yadd" Penyelamat aku duduk dihadapan aku, kini kami bertentangan lantas dia memegang kepala aku "kau jangan risau la, nanti aku balik sendiri, kau jangan risau" terangnya lagi, terlihat air mata bertakung tapi ditahan

"macam mana kau tahu nama aku? kau siapa?" soal aku pelik, aku tak kenal jantan 'shirtless' ni

__________________________________

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now