23: TOMYAM

363 23 0
                                    

"abang" suara aku memecah kesunyian ruang tamu tersebut

"ya sayang?" Ian menyahut saat membelek surat khabar hari ini, nampak? baca surat khabar dengan duit berkepok dalam bank, goyang kaki serupa orang pencen kerajaan. HAHAHA

"saya nak hantar TomYan kat rumah Nek Yah, abang tinggal kejap ya? nanti saya balik kita makan tengah hari sama sama" ujar aku sambil menutup bekal makanan yang berisi lauk tersebut

"eh abang nak ikut, abang nak kenal jugak siapa Nek Yah, yang abang tau dia nak bunuh diri semalam kan?" terluncur laju kata kata Ian dari mulutnya. 

"kot ya pun, jangan la ungkit cerita semalam" balas aku, aihh, kalau tak diikutkan sayang ni, dah lama aku lastik dahi jantan ni "yelah jom"

Ian meluru ke arah pintu dan memulas tombol

"eh kejap" aku menahan Ian dari menguak daun pintu dan memandang kearahnya yang separuh telanjang itu "abannngggg"

"kenapa sayang?" soal Ian kehairanan

"saya tahu badan abang cantik berketul ketul tapi kita ni nak pergi ziarah orang, warga emas tau? pakai la baju abang sayangggg" rayu aku, aduyaiii nasib mata aku ni tak jadikan perkara ni normalize, gila kau, nanti aku datang sana bersama Ian yang tak berbaju, bukan setakat Nek Yah yang tersedak, silap hari bulan jiran Nek Yah yang pengsan. 

"hehehe" Ian macam biasa, tersengih dahulu "kejap abang masuk bilik pakai baju" 

"cepat la bang" ujar aku yang dah lama tercegat di muka pintu

"ye jom" Ian meluru kearah aku

_____________

"Assalamualaikummm" aku memberi salam di hadapan pintu rumah 
Nek Yah

"Assalamualaikummm" buat kali kedua aku memberi salam

"sayang, betul ke ni rumah dia?" soal Ian

"betul bang, Yadd baru je datang pagi tadi, Yadd yang hantar beras dia ke dapur" terang aku, Ian hanya mengangguk

"cuba Yadd ketuk pintu, mungkin nenek tak dengar" cadang Ian

"Assalamualaikummm" sambil aku mengetuk daun pintu miliknya

Daun pintu sedikit terenggang, kenapa nenek tak kunci pintu. Aku ambil keputusan untuk menguak luas daun pintu tersebut ternyata aku melihat sekujur badan meniarap di atas lantai. 

"Asataghfirullah Nek Yah!" jerit aku membuatkan Ian lantas melihat ke dalam ruang rumah Nek Yah, ketika ni perasaan aku dah takut kalau ada apa apa berlaku dekat Nek Yah

Grill penghadang pintunya itu di kunci menggunakan mangga, lantas Ian memecahkan mangga tersebut dan meluru ke arah empunya badan

"Yadd ikut abang dari belakang tau" Ian menguak pintu bilik yang paling terdekat iaitu bilik utama (masterbed room)

Aku hanya menggangguk dan Ian mendukung Nek Yah lalu membawa masuk kedalam ruang bilik tersebut, begitu juga aku, aku terus membontoti Ian sambil membawa bekal tomyam.

Rupanya ruang tersebut sambungan ke ruang legar Hospital Gleneagle

________

"encik berdua ni siapa bagi Nek Yah?" soal Doktor yang keluar dari bilik rawatan usai merawat Nenek Yah

"kami jiran dia doktor" balas aku

"ouhh sebab saya nampak awak ni sebiji muka macam arwah anak Nek Yah, terima kasih sebab bawa Nek Yah datang hospital" ujar Doktor, tertera pada tanda nama di kocek baju kemejanya "Ahmad"

"jadinya Nek Yah selalu la datang sini buat check up kesihatan dia?" soal Ian yang mungkin dapat sesuatu "so apa yang terjadi sebenarnya doktor?" 

"maaf encik, saya tak boleh beritahu encik berdua kerana encik tiada hubungan rapat dengan Nek Yah" balas Doktor Ahmad dengan menguntumkan senyuman

"tapi doktor kalau ada apa yang saya boleh tolong saya sanggup tolong doktor" kerisauan aku memang terserlah, risau kalau ada apa apa berlaku dan doktor dihadapannya tak nak pula berterus terang

"tak, tak apa, tak ada apa yang kamu boleh tolong" ujar Doktor Ahmad

"kenapa pulak?" soal Ian yang bagaikan naik berang dengan kenyataan doktor tersebut

1 minit doktor masih enggan berterus terang, hanya mulutnya terkunci. 

"tak apa la doktor kalau doktor tak nak bagitahu, saya balik dulu, nanti malam saya datang balik, Doktor Ahmad boleh tolong bagi dekat Nek Yah tak? saya dah janji nak kasi dia makanan tengah hari" aku menghulurkan bekal dari rumah berisikan lauk TomYam untuk Nek Yah.

"boleh" Doktor AHmad hanya mengulumkan senyuman

"dah jom balik" Ian menarik tangan aku menuju ke arah pintu yang paling terdekat, aku hanya menuruti sahaja

Tiada kata yang boleh aku ungkap dan gambarkan buat masa sekarang, risau dan sedih dalam satu masa yang sama pada orang yang aku kenal tak sampai satu hari. 


KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now