3: BERPUTIK

812 35 1
                                    

"AADDDIIIKKKKKKKK!!!!!!"

AKu mendengar Kak Yana melaung nama aku dari atas. AAaahhh sudah... Apasal pulak ni.

"nak apa?" soal aku kembali sambil melantunkan suara aku sedikit kuat.

"dah, biar mak kemas, kau pergi tengok akak kau nak apa, dia tu semenjak masuk universiti manja kemain lagi nak ni nak tu" ngomel Mak Yah aku sorang ni. HAHAHAH.... 

Aku berlalu pergi ke atas rumah, melihat akak aku dah tercegat kaku atas kerusi sambil menunding jari kearah lantai bawah meja belajar. 

Aku melihat kearah dia tunjuk, -_____-" anak kucing aku tengah "meow" sambil melihat gelagat aku berdua dengan akak aku. 

HAHAHAHA...

"sejak bila kau takut kucing kak?" soal aku

"sejak azali, sejak bila bila lah, kau alihkan kucing kau tu" rayu kak Yana dalam ketakutan "kau gedik sangat la pergi bela binatang ni" marahnya

"eh kak yana, untuk pengetahuan kak Yana, binatang ni ada nama" sambil aku mengusap dan mendukung anak kucing tersebut dan memandang akak aku dengan mata tajam"nama dia K.E.S.U.M.A = Kesuma" terang aku lagi

"aaahhhhh aku tak kisah lah nama dia kesuma je, kesumat ke, mamat ke, kau alihkan, tak pun kau beli la sangkar biar dia tidur dalam sangkar, jangan la bagi dia berkeliaran" bengang perempuan ni gamaknya dia tengok aku usap belai Kesuma

"tak nak la, biarlah dia berkeliaran, dia pun nak hidup bebas, lagi pun akak bukan ada dekat rumah pun, akak dah pergi masuk Universiti, siapa la nak teman adik akak yang cumil ni" sandiwara aku, Kesuma menjilat jilat jari aku tanda setuju dengan kenyataan aku keluarkan

"fineeeee!!!" kak Yana mula beralah dengan aku "tapi jangan kasi dia dekat dengan aku, aku geliiii" terangnya lagi

"okay kak" aku memandang ke arah Kesuma "dengar Kesuma, akak tak nak awak dekat dengan dia, dia geli, araso?" ujar aku sambil mengusap kepala nya

"dah kau ni kenapa Yana? dah kena sampuk dek setan ke apa?!" tempik Mak aku bila melihat akak aku yang masih tercegat di atas tangan kerusi "kalau patah kerusi aku, kau ganti kerusi Ikea"

Cepat cepat akak aku turun dari tangan kerusi. 

HAHAHHAHAHAHAH!!!!

Tahu takut, aku pun malas nak tengok drama free, aku berlalu dengan Kesuma masuk ke dalam bilik, semenjak kakak Yana masuk Universiti, Abang Adi pun masuk matrikulasi, tinggal la aku sebagai adik bongsu setia meneman Mak dan Ayah kat rumah. Bilik aku sepatutnya kongsi dengan abang, ini pun telah menjadi milik mutlak aku sepenuhnya. Abang Adi kalau balik pun dia tidur di ruang tamu. 

Aku meletakkan Kesuma di atas katil dan berbaring di sebelah telinga aku, aku mendengar Kesuma bernafas tenang, aku melihat dia dah tertidur, aku bangun dan mencium dahi kesuma. Aku pun menempatkan pembaringan aku semula dan terlelap.

________________________

"kenapa kau baik dengan aku Zeeyad Naufal? adakah kau orang yang aku cari selama ini?kalau ya, kenapa lama sungguh aku harus tunggu kedatangan kau?" 

Aku membuka mataku perlahan lahan, pelik melihat keadaan sekeliling. Kawasan lapang berumput dan langit bertatahkan berlian yang terbentang di hadapan aku ini. Sungguh cantik, tapi siapa empunya suara tadi?

"sedap baring atas dada saya?" aku menoleh empunya suara, aku terkejut rupanya suara tu ada di atas kepala aku sahaja, aku baru nak bingkas bangun untuk melihat gerangannya

Aku lantas terjaga dari tidur...

"eerrghhh" tak puas rasanya bila mimpi tergantung macam ni. Ni pertama kali aku merasainya. 

Kepala aku terasa lembut dan dilapik dengan kulit yang berbulu, aku mengangkat kepala aku, ternyata kepala aku menindih badan Kesuma, kesian Kesuma.... 

Kesuma meliat sambil membuka matanya sedikit melihat keadaan aku.

Aku bingkas bangun dan menutup lampu yang menyakitkan anak mata lalu kembali ke pembaringan tadi, aku mengambil tempat disebelah Kesuma, Kesuma bangun dan mengambil tempat tidur di bawah ketiak aku, mungkin hangat disitu. Bahagia terasa menyelubungi hati ini.

____________________________________________

**Hai readers, Hope you guys sihat. Thank you baca hasil nukilan saya yang tak seberapa ni. Kalau free please vote for this part. Author love readers..Tunggu next episod ya**

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now