16: ARIF

460 29 0
                                    

Pintu rumah dikuak menandakan ada orang masuk. Aku menoleh kearah pintu.

"Abang Iqi baru balik?" lah bodohnya aku ni, soalan apa aku kasi ni? macam mana aku nak simpan bodoh aku ni sikit?

"ha ah Yadd" Iqi masuk lalu membuka kasut dan disimpannya dalam rak kasut. Iqi menuju kearah dapur untuk mengambil segelas air kosong. 

Nasib baik la abang Iqi jenis penyabar

"Yadd tengok cerita apa? petang petang ni ada ke cerita best?" soal Iqi sambil melabuhkan punggungnya di sebelah aku lalu meneguk air

"tak ada la best mana, drama melayu, ulangan, biasalah TV3suku, kalau tak ulang tayang tak sah" ujar aku

"hahaha... ada ada je la adik abang ni" sengih Iqi sambil menggosok kepala aku "macam mana hari ni cari kerja? ada yang panggil Yadd kerja tak?" soal Iqi lagi

"tak ada yang panggil lagi bang, susah jugak eh nak cari kerja, dah 3 hari Yadd cari dan pohon tapi tak ada yang panggil pun" ngadu aku, lah macam budak kecik

"tak apa, insha Allah lepas seminggu ada la orang panggil Yadd kerja tu" tenang Iqi "abang dulu macam Yadd jugak"

"Insha Allah Aammiinnn" balas aku

"Yadd dah solat ke belum?" soal Iqi

"dah, baru je lepas" balas aku lagi

"yeke, okay kalau macam tu abang masuk dalam bilik dulu, abang nak solat, abang tak solat lagi ni, maghrib nanti kita solat berjemaah ya? lepastu abang masak" terang Iqi

"okay" aku akur sahaja. 

Baru sahaja Iqi mahu mengorak langkah

"bang, Arif ada contact abang tak?" soal aku secara tiba-tiba, Iqi menoleh kearah aku

"ada, Yadd tak ada nombor telefon dia ke?" soal Iqi kehairanan, yela, kawan sejak sekolah menengah takkan tak ada nombor telefon member sendiri

"ada tapi Arif tak balas pun, macam tak sampai je mesej kat dia" terang aku

"kejap" Iqi mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya dan skroll nombor Arif "Yadd ada nombor arif yang mana satu?" soal Iqi

Aik, Arif ada banyak nombor ke? "Yadd ada nombor dia 019 tu saja, dia ada nombor lain ke bang?" soal aku inginkan kepastian

"budak tu bersepah nombor, macam tiap bulan tukar nombor" canda Iqi "nombor tu dia dah tak guna lagi dah Yadd, tu nombor 4 tahun lepas, nombor dia sekarang 0111, tak apa nanti abang bagi awak guna whatsapp" terang Iqi

"ouhhhh patut la senyap" aku hanya mencebik bibir, kuajaq punya kawan, tukar nombor tak habaq kat aku 

"dah, abang masuk bilik dulu nak solat" ujar Iqi

"okay bang, terima kasih" balas aku. 

Iqi hanya melemparkan senyumannya yang manis buat Yadd. 

_______________________

"abang masak apa tu? kalah tukang masak kedai tomyam" soal aku dari arah belakang abang Iqi ni, menghalang semua pemandangan aku nak tengok apa dia masak dalam kuali ni. Dari lenggok badan laki ni macam ber-kung-fu kat dapur mesti masak sedap ni. Sebelum ni dia masak tawar, terlebih masin pun ada. Tak apa mungkin lepas ni aku volunteer nak masak untuk abang Iqi pulak.

"hahahaha" terburai tawa lelaki tersebut "abang masak nasi goreng je" 

"o" aku meng'o'kan aje la sambil mengangkat kening, aku menyiapkan perkakas untuk makan seperti cawan, pinggan, sudu dan garpu, usai susun atas meja

"dah jom makan" Iqi menghidangkan nasi goreng diatas meja. Lalu aku mengambil tempat duduk dihadapan abang Iqi

Iqi menyuap satu sudu, dua sudu, 3 sudu "okay masin la pulak"

"hahahahaha" kali ni kelakar "dia sendiri masak dia sendiri komen. Gayo eh macam handa masak" perli aku sambil ketawa

"abang sebenarnya tak reti masak, sebab Yadd datang rasanya abang kene masak, kalau sesorang abang beli je" ngomel Iqi 

"tak apa, lepas ni Yadd masak untuk abang, apa yang ada kat dalam peti ais tu nanti pandai pandai la Yadd masak" muka terus tersenyum lebar si Iqi ni, pandai dia nak pancing

"yeke Yadd?" girangnya lelaki ni "okay macam ni kita buat perjanjian, hari ni abang masak esok Yadd masak, lepastu bergilir gilir la" cadang Iqi

"elok jugak tu, saya S.E.T.U.J.U." okay la tu sementara aku tak dapat apa apa kerja lagi, ni la sumbangan aku boleh buat dari tak buat apa apa.

_________________________

**Gayo eh macam handa(loghat Negeri Sembilan) = Gaya nya macam handal 

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now