14: KESUMA JIWA

522 28 0
                                    

"Yadd sekejap" Iqi menahan tangan aku dari beredar "nanti check telefon, Mak Yah ada telefon abang tadi pasal Yadd tak angkat panggilan dia" Ujar Iqi

"yeke bang? sorrryyy dah susahkan abang pula" rayu aku, kini berhadapan Abang Iqi bukan mudah bagi aku, aura abang-abang dia lain macam berbeza dengan abang aku.

"Yadd keluar rumah tak bawak telefon bimbit ke?" soal Iqi inginkan kepastian

"lupa bang, saya tertinggal dalam bilik, lagi pun saya tengah cas telefon tu, semalam bateri dah habis lepas turun dari kereta grab" Kali ini aku jujur dengan kata aku sambil menggaru belakang kepala aku yang tak gatal 

"next time kalau keluar rumah make sure bawak telefon senang orang nak berhubung" tegas Iqi

"hhhmm" aku hanya mengganguk dan berlalu pergi masuk ke dalam bilik. Tak tahu pulak abang Iqi tegas orangnya. Mungkin silap aku juga bila keluar rumah susah nak bawa telefon, aku melihat paparan skrin telefon ternyata ada 16 notifikasi dari Abang Iqi, Ayah dan Mak. Mampus aku!!

_______________

"WOOOOIIIII HUTANG AKU MANA SETAN!!!!" tempik lelaki yang lengkap dengan sut hitam, sekarang dia berhadapan dengan penghutang yang liat nak bayar hutang. 

"Faris, kasi la aku masa lagi, aku sekarang dak tak ada apa apa, bini aku dah lari, harta aku semua dah kena tarik" rayu lelaki dalam lingkungan 40-an tersebut.

"dah 3 tahun hutang kau masih tak langsai lagi sial!!" amarah Faris terus meruap

Tiba-tiba suasana berada di atas bumbung apartment Sri Angkasa, Kuala Lumpur.

Langit yang cerah terus berarak bertukar menjadi gelap bagai hari nak hujan. Kedengaran guruh berdentum di langit dan kilat mula memancar. 

"Faris tolong laa, aku merayu, kali ni je, bulan depan aku janji aku bayar" rayu lelaki tersebut dalam keadaan menangis, dia tahu apa akan terjadi nasib dia selepas ini.

Kini lelaki tersebut bergerak ke belakang manakala Faris mengorak langkah kehadapan sehingga lelaki tersebut berhadapan dengan hujung bangunan, jika diteruskan maka lelaki tersebut akan mati akibat terjatuh dari bangunan.

"Aku tak boleh nak tolong kau kalau kau tak boleh nak tolong diri kau, kau sempitkan hidup kau lagi bila kau tahu diri kau dalam kesempitan" terang Faris

Esakan lelaki tersebut semakin kuat. Faris memaling ke belakang dan berarah pergi meninggalkan lelaki tersebut. Kini langit mula menghempaskan air hujan dan kilat sambar menyambar. 

Sedang Faris berlalu pergi, dia mengangkat tangannya ke keatas dan anak mata mula mengeluarkan cahaya berwarna biru. Salah satu kilat mula menyambar seinci dari tubuh penghutangnya dan membuatkan lelaki tersebut terkejut lalu terjatuh dari atas bangunan. Senang, nanti masuk berita atau polis buat siasatan atas bukan kerja khianat atau membunuh tetapi akibat bunuh diri. 

_________________

"fuuyooo ni hensem nak pergi mana ni?" soal Ian yang dari tadi melihat aku bersiap dengan menyarungkan kemeja dan seluar slack hitam

"nak pergi cari kerja la, awak nak ikut tak? ke nak tinggal dalam rumah?" soal aku yang ingin tahu keinginannya

"saya nak keluar kejap lagi" balas Ian

"keluar pergi mana?" soal aku kehairanan

"balik rumah saya la" balas Ian lagi

"awak ada rumah sebenarnya?" soal aku pelik, selama ni dia jadi kucing asik berkepit je dengan aku, masa bila dia balik rumah?

"hahahahha" terburai tawa Ian, apa kelakarnya sangat ni?  "adik manis, saya ada rumah la, mesti awak pelik kan, saya dah la 24 jam berkepit dengan awak tapi awak tak pernah nampak saya hilang kan?" soal Ian, soalan dia sama tepat dengan soalan yang bermain dalam fikiran aku

"ha'ah" aku setuju

"saya balik rumah ketika awak pergi sekolah pagi" jawab Ian ringkas

"ouhhhh" okay ni make sense bagi aku. 

Sedang aku membelek kemeja yang terletak atas badan aku ini Ian mula bangun dari atas katil dan memeluk aku erat dari arah belakang. 

"awak nanti kalau ada apa apa masalah kat luar sana panggil saya dalam hati je, saya datang dekat awak, kali ni biar saya jadi Kesuma Jiwa awak bukan jadi kucing peliharaan awak lagi" bisik Ian

Muka aku dah bertukar kemerahan. Cair la aku dia buat macam ni. "o-okayy" gugup aku "apa awak buat ni Ian?" 

"saja, nanti saya rindu, awak nak pergi cari kerja kan? bagi saya peluk awak lama sikit" dakapan dia yang hangat, aku memusingkan diri dengan mengadap mukanya, Ya ALLAHH handsomenyaaa.. 

_________________


KESUMA JIWA (COMPLETED)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora