7: BALIK

598 40 0
                                    

"a... aku... akuuuu" tergagap makhluk di hadapan aku ini "aku senior kau" terangnya lagi

"kenapa aku tak pernah nampak pun kau kat sekolah?" soal aku inginkan kepastian

"sebab kau masuk sekolah aku dah SPM, ya dah nak habis SPM, dulu aku comot kau mana nak pandang aku" terang jejaka tersebut

"yeke?" soal aku lagi, macam tak percaya dengan dia ni, muka dah handsome tambah lagi badan berketak ketak takkan aku tak cam "kau buat apa kat sini?" soal aku hairan, takkan dia pun tertinggal bas

"a... aku... akuuu... jogging malam, saja.... siang aku sibuk" terangnya tergagap-gagap 

"jogging kene pakai seluar jeans ke? perlu tanggal baju?" kini banyak persoalan di dalam kepala aku ini. 

"kau ni banyak la soal kau pandang aku" arahnya lagi 

Aku akur dengan arahan jejaka di hadapan aku ini, tatkala aku melihat melalui anak matanya, anak matanya bersinar jingga keemasan. Dunia aku kembali kelam. Terus terlentok.

Kesuma cepat cepat menahan dari tubuh badan Zeeyad menyembah bumi, kini kepala Yadd disandarkan atas bahu. 

"aku mintak maaf Yadd, aku terpaksa tipu kau, bukan masa yang sesuai aku perlu berterus terang dengan kau lagi, dengan usia kau yang muda kau takkan dapat faham apa yang bakal kau tempuhi dan apa yang aku nak sampaikan, kelak kau akan tahu juga" bisik Kesuma sambil melihat Zeeyad Naufal "sabarlah, terima kasih kerana terima aku dalam hidup kau" tambahnya lagi

______________

"Yadd? eh Yadd? bangun Zeeyad Naufal" arah satu suara dari arah aku "ya Allah anak aku ni, sini kamu rupanya, bangun, puas ayah cari kamu ni" nada suara macam aku kenal. Ayah aku!

Aku membuka mata aku terlihat kelibat Tuan Berahim manampar lembut pipi aku, terasa sejuk tapak tangan ayah aku. 

"ayah?" soal aku yang masih kebingungan, mamai baru bangun tidur, kau 'expect' terus segar dan ceria macam iklan ubat gigi kat televisyen tu?

"iya, dah jom balik, puas ayah cari, kat sini rupanya" arah ayah aku

"gelap lagi ni, pukul berapa sekarang yah?" soal aku, langit masih gelap tapi macam mana ayah aku boleh jumpa aku dekat sini?

"dah pukul 6.15 pagi, ayah baru balik dari surau, terdetik nak cari kamu disini, alhamdulillah janji awak selamat" sambil menyarungkan helmet di kepala aku

"kejap, Yadd tak nak balik, Yadd nak pergi cari kesuma" pinta aku, misi mencari kesuma tak selesai lagi

"ni apa?" soal Tuan Berahim sambil menunjuk kucing hitam yang berada dalam raga motorsikal

"mmeeeoooww"

"kesumaaaa!!" meluru aku kearahnya tetapi dihalang ayah aku

"dah, kat rumah baru gomol dia, ayah nak siap nak pergi kerja ni, mak kamu risau, sampai tak makan mak kamu kat rumah tu" terang Tuan Berahim

"hahaha, baik" aku hanya menurut kata ayah

Sepanjang perjalanan yang sunyi, pagi ni tak banyak kenderaan lalu lalang kerana masih awal lagi. Kampung sibuknya bila jam 8 pagi keatas. 

"ayah, macam mana ayah jumpa Kesuma? dekat mana ayah jumpa Kesuma?" soal aku untuk mendapatkan kepastian, peristiwa semalam aku dah ingat ingat lupa. 

"dia ada dekat sebelah kamu, ketika kamu tidur depan kedai tadi" jawab ayah aku bersahaja

Aku berasa pelik, aku yang cari dia, akhirnya Kesuma dapat jumpa aku, ajaib!

AKu mengintai kearah raga motorsikal hadapan, ternyata Kesuma bagai menikmati angin dan suasana pagi subuh. Deruan angin atas motorsikal membuatkan bulunya berkibar kibar, misainya ikut juga. Comelllaaaa..... Janji aku dapat jumpa Kesuma balik, makin hari makin sayang dekat kucing aku ni, walaupun tiada pengalaman membela kucing tapi nak jaganya tidak lah sukar mana.

_____________

Usai je masuk dalam perkarangan rumah, Mak aku dah tercongok depan tangga pintu beranda, dia bagai teruja melihat kelibat aku

Mak Yah meluru kearah aku, aku menyalam dan disambut lembut oleh Mak aku. Tapi hati aku masih terasa dengan perbuatan Mak aku.

"Yah" ayah aku menggeleng tanda suruh Mak Yah cool down dulu, bagi laluan marah aku reda

AKu mengendong Kesuma dan meluru kedalam rumah, tanpa sepatah kata, Mak Yah terkesima dengan tegahan Tuan Berahim. 

Terdengar hujung telinga esakan Mak Yah makin kencang. 

______________



KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now