21: CUBAAN

432 24 2
                                    

Saat aku balik dari kedai sambil menjinjing seplastik roti buku didalamnya, terlihat orang ramai sedang mengerumuni hadapan bangunan blok kediaman aku.

'ni apa hal ni semua berkerumun kat depan ni? ada orang buat tunjuk perasaan ke apa?' soal aku dalam hati

"Assalamualaikum kak, kenapa semua kerumun kat sini kak?" soal aku kepada salah seorang penduduk disitu

"tu ha, makcik tu cuba nak bunuh diri" terang akak tersebut sambil menunjuk jarinya ke atas

Aku melihat ada seorang nenek tua yang cuba untuk terjun dari atas bumbung, orang lain semua dah berteriak tatkala warga emas itu bagaikan terhuyung hayang dek kerana tiupan angin kuat diatas bumbung tersebut.

"dah panggil bomba ke polis ke kak?" kini aku pulak jadi panik

"dah dik, nanti diorang sampai la, lagi pun makcik tu tak betul sangat dik, ni bukan kali pertama dia buat macam ni, dah masuk 6 ke 7 kali dia cuba nak bunuh diri selepas kematian anak dia tahun lepas" ujar kakak sebelah kanan aku pula

Aku hanya terdiam mendengar kata kata kakak tersebut. Bunyi siren kereta pihak berkuasa telah pun tiba, anggota polis dan bomba bergegas ke atas bumbung bangunan blok. 

"kesian Nek Yah tu kan kiah?" soal akak kanan aku tadi kepada wanita sebelah kanannya pula, aku pasang telinga saja la, apa lagi aku boleh buat

"Ye la KakLi, dulu waktu ada anak dia tak macam ni, dia la paling banyak menyembang dengan jiran tetangga, tukar tukar kuih, peramah, tapi tula, Kiah rasa dia terkilan sebab tak sempat nak jumpa anak dia" ujar Kiah

"anak dia meninggal sebab apa kak?" menyampuk aku tiba tiba

"eh kau tak tau ke?" soal Kak Kiah kehairanan

"maaf kak, saya baru dua bulan duduk sini" balas aku sambil menggaru kepala yang tak gatal

"oh patut la, anak dia mati kene langgar lari waktu dia balik kerja, kebetulan waktu tu jugak Nek Yah sedang menunaikan ibadah umrah, 3 hari sebelum nak balik Malaysia kiranya dah habis la ibadah Nek Yah kat sana tapi tulah tak sempat Nek Yah nak tengok anak dia buat kali terakhir" terang panjang lebar Kak Kiah, banyak jugak cerita pasal Nek Yah, aku hanya diam memasang telinga.

Aku melihat atas, adegan Nek Yah membuat percubaan membunuh diri telah pun tamat, mereka pun bersurai. 

"aik bersurai macam tu je?" bisik aku perlahan

"habis? takkan kau nak akak bentang red carpet lak kat depan ni?" ujar Kak Kiah tatkala terdengar bisikan aku

HAHAHAHAHAHHAA.... terhambur ketawa masing masing. Aku? hanya menggaru kening yang tak gatal... Mulut aku ni kan, tak ada traffic light langsung lah

_________________

'Kesian Nek Yah, mesti dia hidup sorang-sorang kat rumah, anak dah tak ada, tak sempat pun nak jumpa anak dia' aku mula menongkatkan dagu dan menghirup air teh sedikit, terasa kenikmatan manis air teh ini.

"Yadd?" 

"sayang!" 

"ha?" aku tersentak, satu suara mengganggu konsentrasi aku untuk termenung

"awak termenung apa tu?" soal Ian kehairanan "dari tadi saya panggil awak, roti bakar dah 3 keping saya sebat, awak masih lagi dengan kacau air teh awak tu"

"hehehe" aku hanya mampu tersengih

"sayang saya ni kenapa? cuba cerita? saya tahu la kalau awak ada masalah macam mana, muka tu kalau berkerut seribu sampai hilang biji mata memang tak sah" ujar Ian

HAHAHAHAHAHAHA!!!! pagi pagi laki aku ni dah buat lawak

"tak macam ni" ujar aku

"okay macam mana tu?" soal Ian, dia ni kan, nak bergurau manjang dengan aku

"hahaha sabar la, orang nak cerita ni" aduyaii lawak dia tadi masih lagi tersisa ni "okay, pagi tadi lepas saya pergi kedai, ada nenek ni cuba nak bunuh diri dengan terjun bangunan dari atas bumbung dekat blok kita ni" 

Kini Ian tekun mendengar, kali ni serius

"dan nenek tu selamat, tapi saya kesian tengok dia sebab saya dengar dia kehilangan anak dia, anak dia meninggal, tak sempat nenek tu nak tengok arwah sebab nenek tu ada kat tanah suci mekah sedang menunaikan ibadah umrah" aku berhenti seketika untuk menghirup teh yang masih lagi berbaki 

"orang cakap dia dah tak betul sebab tak dapat jumpa anak dia, saya pun terfikir, mesti dia sunyi dan terkilan tak dapat jumpa anak dia" tambah aku lagi "so saya kesian la kat dia, mesti dia perlukan teman tapi jiran jiran macam tak peduli je" 

"mana awak tahu jiran tak peduli kan nenek tu?" soal Ian lagi

"yela, kalau jiran semua prihatin mesti semangat nenek tu pulih kembali kan?" ujar aku "entah la awak, hati saya ni mudah kesian kat orang"

Ian bangun dari tempat duduknya dan merangkul aku dari arah belakang "sayang, tepat sungguh pilihan abang kali ni, sayang ada jiwa yang besar dan hati yang baik" 

AKu sejuk mendengar kata kata Ian yang keluar dari mulutnya. Rangkulannya juga hangat

"nanti ada masa dan peluang kita pergi ziarah nenek tu ya?" pujuk Ian, aku hanya menggangguk tersenyum tanda setuju. Ian banyak bantu aku dari segi emosi dan mental, sungguh bertuah aku bertemu dengan lelaki ini, eh kucing? ke orang? lantak la. Sama saja.




KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now